LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei , Nicol pemenang Anugerah Utama Perdana Legasi

Dua lagenda sukan serta ikon negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David menerima Anugerah Utama Perdana Legasi pada majlis Gala IPEC Global Legacy 2019 malam tadi.
Kedua-dua atlet yang baharu sahaja mengumumkan persaraan pada tahun ini diberikan anugerah besar itu oleh Biro Pengiktirafan IPEC terhadap dua individu berbakat besar ini.
Chong Wei dan Nicol merupakan atlet yang menjadi inspirasi kepada orang ramai hasil kejayaan menguasai sukan sehingga dinobatkan sebagai lagenda dalam sukan masing-masing di peringkat dunia.

“Saya sangat gembira. Tahniah juga kepada Nicol kerana diberi anugerah ini. Pertama kali (diberi anugerah ini) dengan Nicol sekali.

“Malangnya, Nicol tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Saya dan Nicol bekerja keras dan kami diberi anugerah ini, saya sungguh gembira.

“Anugerah ini juga diharap memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk berusaha bagi mendapat pengiktirafan,” kata Chong Wei kepada pemberita selepas malam gala itu.

Sumber :-Astro Awani

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)