LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei nafi ada aset RM300 juta

Sebelum ini heboh diperkatakan, Datuk Lee Chong Wei memiliki aset bernilai RM300 juta yang dilaporkan oleh thecelebritiesnetworth.com.
Selaku pemain no 1 dunia, beliau bukan sahaja menang dalam banyak pertandingan yang menawarkan hadiah wang yang lumayan malahan menjadi duta pelbagai syarikat yang menggunakan wajah dan namanya untuk melariskan produk mereka.

Selain mendapat pendapatan hasil kemenangan, penajaan serta elaun beliau juga memiliki syarikat pemaju perumahan dengan nama Chong Wei Binajaya dimana beliau memegang jawatan selaku Pengarah Eksekutif dalam syarikat tersebut.
Sebuah kompleks sukan di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur juga diberitakan dimiliki oleh badminton no 1 dunia ini.

SkyLine GTR milik Lee Chong Wei
SkyLine GTR milik Lee Chong Wei

Beliau juga memiliki pelbagai kereta mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe dan banyak lagi.
Namun baru-baru ini, Chong Wei menafikan berita yang beliau memiliki RM300 juta. Beliau memaklumkan bahawa sukar untuk ahli sukan di negara ini memiliki jumlah aset seperti ini.

Sumber :- Sinar Harian
Ligakampung.com tidak mengetahui kesahihan samada kenyataan dari Lee Chong Wei atau portal celebritiesnetworth.com tapi memang tak terkejut jika aset beliau sebanyak itu berdasarkan banyaknya penajaan dan juga kemampuan beliau menubuhkan syarikat pemaju perumahan.
Apatah lagi baru-baru ini beliau mendapat secara percuma sebuah kondomunium berharga jutaan ringgit. Nampak macam mudah je, menjadi seorang pemain badminton dan berjaya menjadi jutawan tapi ia bukan semudah yang disangka. Banyak juga pemain badminton negara yang kecundang di tengah jalan.

Jadi kepada para pembaca, janganlah cemburu dengan kejayaan mereka. Untuk sampai ke tahap ini kebiasannya mereka perlu berkorban terlalu banyak masa berbanding kita. Kalau ada yang bercita-cita nak Anak mereka menjadi seperti Lee Chong Wei, anda juga perlu melakukan PENGORBANAN yang cukup tinggi.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Chong Wei nafi ada aset RM300 juta

  1. Bintang sukan di Malaysia sebenarnya tidaklah sekaya bintang-bintang sukan di luar negara.
    Bintang sukan di luar negara kalau dah jadi juara dunia macam DLCW bukan setakat RM300 juta, malah ada yg memiliki kekayaan sehingga berbilion ringgit….

Leave a Reply to sabree hussin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)