LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei menang kejohanan Terbuka Hong Kong 2015

Nampaknya kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei diteruskan lagi dalam kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015. Selepas menempuh bulan-bulan yang sukar sebelum ini, Lee Chong Wei berjaya mengondol gelaran kelima pada tahun ini sekaligus peluang layak ke Olimpik sudah hampir pasti.
Lee Chong Wei berjaya menumpaskan pemain dari China, Tian Houwei dengan keputusan straight set 21-16,21-15.

Bekas pemain no 1 dunia itu mengambil masa 49 minit untuk menewaskan pemain perseorangan lelaki dari China berusia 23 tahun bagi menjuarai kejohanan tersebut. Cukup hebat aksi pemain berusia 33 tahun ini untuk mengejar impian pada Sukan Olimpik 2016 nanti.
Nampaknya ada beberapa pencabar muda seperti Tian Houwei, Ng Ka Long yang mungkin mampu meningkat pada Sukan Olimpik nanti. Untuk rekod, Tian Houwei merupakan pemain yang berjaya menumbangkan Iskandar Zulkarnain untuk muncul juara Dunia Junior dan Asian Junior pada tahun 2009. Diharap Iskandar Zulkarnain perlu menjadikan beliau sebagai penanda aras sejauh mana tahapnya.
Pemain-pemain ini perlu diberikan perhatian oleh Lee Chong wei dan pemain lain bagi mengejar impian emas Olimpik 2016.

Keputusan Akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015

Beregu Campuran
Zhang Nan/Zhao Yunlei vs Liu Cheng/Bao Yixin 21-17,17-21,21-17

Perseorangan Wanita
Carolina Marin vs Nozomi Okuhara 21-17, 18-21, 22-20

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tian Houwei 21-16, 21-15
tian-houwei

Beregu Wanita
Tian Qing/Zhao Yun Lei vs Tang Yuanting/Yu Yang 21-15, 21-12

Beregu Lelaki
Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong vs Mathias Boe/Carsten Mogensen 21-7, 18-21, 21-18

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Chong Wei menang kejohanan Terbuka Hong Kong 2015

  1. Semakin meningkat naik pulak Lee Chong Wei ni..makin tua makin berisi..siapalah pengganti Lee chong wei ni..Harap Malaysia ada pelapis untuk masa akan datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)