LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chong Wei fokus Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Sukan Asia

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mensasarkan untuk beraksi baik dalam tiga kejohanan utama iaitu Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Sukan Asia.
Keutamaan diberikan bagi sukan tersebut yang akan menjadi penampilan terakhirnya beraksi dalam temasya besar itu.

Sukan Komanwel dan Sukan Asia diadakan empat tahun sekali, jadi sudah pasti ia penting untuk saya apatah lagi ini akan menjadi penampilan terakhir saya. Tidak mungkin saya akan beraksi lagi empat tahun selepas itu.

“Lagipun, dua temasya ini amat penting buat negara. MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) juga mementingkan dua temasya ini… tidak kira anda menang 10 kejohanan Siri Super sekalipun, MSN dan ISN tidak kisah kerana bagi mereka temasya sukan seperti ini lebih penting.

“Jadi, saya perlu memberikan aksi terbaik dalam dua temasya ini,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini, hari ini.

Sebagai rekod, Chong Wei berjaya memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel dua kali pada 2006 di Melbourne dan 2010 di New Delhi.

Dia juga membantu skuad negara memenangi emas acara berpasukan dalam kedua-dua edisi temasya itu.

Pencapaian terbaiknya di Sukan Asia pula adalah memenangi perak pada edisi 2010 di Guangzhou. Dia juga memenangi gangsa acara perseorangan dan berpasukan pada edisi 2006 di Doha dan 2014 di Incheon.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, selain Sukan Komanwel dan Sukan Asia, saingan Piala Thomas 2018 di Bangkok Mei depan turut berada dalam fikirannya apabila menyifatkan ia sebagai Piala Dunia dalam sukan badminton.

Bagaimanapun, dia sebelum itu akan beraksi bersama skuad negara mengharungi Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar Februari depan yang juga pusingan kelayakan ke Piala Thomas.

“Piala Thomas turut menjadi keutamaan saya. Kejohanan ini ibarat Piala Dunia untuk badminton, jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu skuad negara. Apa yang paling penting sekarang kita fokus untuk layak dulu ke pusingan akhir,” ujar Chong Wei yang membantu Malaysia muncul naib juara edisi 2014 di New Delhi selepas tewas kepada Jepun pada perlawanan akhir.

Sumber :-Harian Metro

Please follow and like us:
error0

One thought on “Chong Wei fokus Sukan Komanwel, Piala Thomas dan Sukan Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)