LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris 2015

Agak jarang sekali ligakampung.com menulis mengenai Liga Luar Negara. Almaklumlah, tajuk blog pun ligakampung kan. Tapi sesekali tengok juga ‘English Premier League’ pada hujung minggu.
Di Malaysia ni memang ramai peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris dan pastinya ramai yang menunggu untuk melihat pasukan yang akan menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2014/15.

Nampaknya pasukan Chelsea telahpun boleh dinobatkan sebagai juara selepas mendapat 3 mata menumbangkan pasukan Crystal Palace di Stamford Bridge, Chelsea. Pasukan Chelsea yang telah bermain sebanyak 35 perlawanan telah memungut 83 mata dimana pasukan terdekat Arsenal tidak mampu untuk mengejar mereka walau apa terjadi pada baki 5 perlawanan lagi.

chelsea-player
Walaupun pasukan Chelsea dikritik pada tahun ini namun permainan mereka yang lebih mementingkan kemenangan berbanding permainan cantik telah memberikan mereka kejayaan yang sukar untuk dicapai oleh pasukan lain.

Pastinya penyokong pasukan Chelsea akan tersenyum girang pada minggu ini apabila pasukan mereka secara sahnya akan menjulang trofi yang menjadi kebanggaan pasukan yang bertanding dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris ini.

Secara peribadi, kejayaan pasukan Chelsea ini banyak dibantu oleh kebijaksanaan pengurus mereka, Jose Mourinho yang bijak merencanakan strategi dalam sesuatu perlawanan. Beliau tidak terikut-ikut dengan permainan yang diinginkan sebaliknya mencari jalan terbaik untuk menang dalam sesuatu permainan.Beliau juga cukup tegas dan dapat mendisplinkan pemain yang dilatih.

Tahniah.

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris 2015

  1. Jose mourinho nie..pegi kelab mana2 mesti bawak team at least champion 1 cup…tapi lebih banyak perhatian kat england aa tengok…

    Eksyen mmg eksyen tapi dier berhak ckp mcm tue sbb dier proof dengan result..

    Mcm pak asan nak jaki ngan dier pon mcm mana dah berapa lama tak champion dalam league kan…

    Tahniah2 chelsea…

    1. @si bongkok, dia memang handal.. walaupun den adalah peminat pak asan tapi pakcik ho ni memang strategis terbaik pada aku…

      1. @zool,

        Hoho! kipas susah mati pak asan rupanya… 🙂

        Pak asan tak bawa champion byk pd kelab tapi kerap konsisten dalam liga dan eropah. Banyak ketengah bakat2 muda dalam skuad tue antara specialty pak asan juga… 🙂

        p/s: Kwn org kuat pak rodgers… tahun nie mmg takde luck langsung…hoho

  2. Chelsea2x.. hehe ,, musim kali ini laluan nampak macam mudah buat chelsea.. musim depan tak pasti .. harap ada tentangan yang lebih jitu..

Leave a Reply to si bongkok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)