Bekas pemain badminton negara Cheah Soon Kit akan dipanggil oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadi jurulatih beregu negara. Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin mengumumkan selepas mesyuarat EXCO di pejabat BAM di Bukit Kiara.
Menurutnya, pemilihan Soon Kit berdasarkan saranan Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen. Tugasan beliau samada melatih beregu lelaki, wanita ataupun campuran belum ditetapkan lagi.
– HMetro
Siapa Cheah Soon Kit
Cheah Soon Kit merupakan bekas pemain beregu badminton negara yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau telah bermain untuk pasukan kebangsaan bermula dari tahun 1986. Beliau berpengalaman menjadi pemain beregu dengan ramai pasangan iaitu Ong Beng Teong (1986-1989), Soo Beng Kiang (1990-1994), Yap Kim Hock (1995-1998) dan Chong Tan Fook (1998).
Antara kejayaan besar yang pernah diraih adalah seperti membantu skuad Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992 bersama pasangan Soo Beng Kiang, pingat Perak Sukan Olimpik Atlanta pada 1996 berpasangan dengan Yap Kim Hock.
Dari segi kejurulatihan, beliau pernah menjadi jurulatih pasangan beregu BAM selama 5 tahun sebelum mengambil keputusan bersara. Ketika kariernya terdapat pemain seperti Chong Tan Fook/Lee Wan Wah yang beraksi cemerlang di peringkat antarabangsa. Semoga pemilihan beliau berbaloi untuk kemajuan badminton negara.
Semoga dengan kehadiran Cheah Soon Kit ke dalam BAM akan dapat meningkatkan semula prestasi pemain-pemain Badminton negara… Terutamanya kategori beregu…
Terbaik laa BAM ambil anak tempatan latih player msia. Bukan kita takde coach tempatan bagus tapi jarang diberi peluang… 🙂