LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Chan Peng Soon- Goh Liu Ying juara badminton terbuka New Zealand

Beregu campuran utama Malaysia, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon berjaya mendapatkan kejuaraan pertama mereka pada tahun ini.
Kejayaan pasangan beregu campuran negara ini apabila menjuarai kejohanan Badminton Terbuka New Zealand 2016 yang berlangsung tadi.

nzbadopen.transformed

Juara Kejohanan Asia 2010 ini berjaya menumbangkan pasangan China Zheng Siwei/Li Yinhui dari China dengan keputusan straight set 21-19, 22-20 dalam perlawanan sengit yang berlangsung hampir 45 minit itu.
Kemenangan ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pasangan ini yang sedang mengejar tempat untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio pada Ogos ini. Ia sedikit sebanyak mengubat kekecewaan kegagalan di peringkat pusingan pertama pada Kejohana Terbuka Jerman dan All-England pada bulan lepas.

Pasangan ini akan meneruskan perjalanan menuju ke Rio apabila akan bertanding pada kejohanan Terbuka India pada 29 Mac dan Terbuka Malaysia pada 5 April 2016. Bagi keputusan lain pula, tiada pemain lain yang mara ke akhir.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)