Assalamualaikum.. Salam kepada semua..
Hari yang penuh ceria dan mulia.. Hari Jumaat menjelma lagi.. Nampaknya ada berita yang agak menarik bagi penjawat awam pada minggu ini..
Dan sebagai salah seorang darinya saya ingin bersama-sama mengupas sedikit sebanyak tentang topik yang kini mula hangat..
Nampaknya sekali lagi Presiden CEUPACS bersuara.. Bersuara untuk kepentingan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam.. Berikut tajuk utama di suratkhabar utusan bertarikh 3 April 2008
SUngai 2 April - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CEUPACS ) mengancam akan memboikot dua sambutan Hari Pekerja Mei depan, jika lima tuntutan mereka terhadap kerajaan tidak dipenuhi.
Bla…bla…… Lima tuntutan CEUPACS ialah bayaran honorarium tahun 2007 sebanyak RM 2,000.00 kepada 1.2 juta kakitangan, kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar, perlanjutan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun dan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), elaun kritikal dan Imbuhan Tetap Perumahan..
Bla.. bla.. bla..
Nampaknya mungkin kali ini kerajaan perlu mengambil kira pendapat kakitangan awam kerana mereka merupakan tulang belakang negara.. Di harap tindakan ini mendapat perhatian serius dari kerajaan.. Berikut merupakan pendapat saya ada mengenai perkara yang diminta oleh CEUPACS
1. Saya rasa hampir semua kakitangan awam bersetuju dengan pembayaran honorarium ( kecuali KSN kot) yang sedikit sebanyak membantu dari segi kewangan..
2. Dari segi pelanjutan umur persaraan pula saya kurang bersetuju kerana ianya akan mengurangkan peluang orang lain untuk naik pangkat.. Pada saya lebih elok kalau tempoh kontrak bagi mereka yang bersara boleh ditingkatkan jika kerajaan merasakan individu tersebut bagus.. Tak perlu menambah tempoh persaraan..
3. Kadar pencen mengikut perkhidmatan sebenar.. Hm.. kurang pasti camne yang diminta tetapi kalau berdasarkan pengetahuan mungkin tempoh perkhidmatan perlu diberi perhatian.. adakah 20 tahun,25 tahun.. Kepastian perlu diberikan..
4. Pemansuhan PTK.. Ini satu lagi yang mungkin mendapat persetujuan majoriti oleh kakitangan awam.. Malas nak ambil periksa-periksa ni..
Selain dari perkara berikut saya juga tertanya-tanya bagaimana caranya untuk menyampaikan masalah kepada CEUPACS.. Saya pernah ke laman web CEUPACS tapi memang menghampakan .. Tiada arah tuju web tersebut.. Dan sebagai kakitangan awam saya ingin menjadi ahli CEUPACS bagi menyuarakan ketidakpuasaan hati ..

Kalau ada ahli-ahli CEUPACS membaca blog ini diharap mereka akan lebih mengemaskini web bagi memberi info kepada kakitangan awam..
Wassalam,,,
Tags: boikot, bonus, CEUPACS, gaji naik, isu semasa









April 4th, 2008 at 12:02 am
awk..sorry semlm x dpt balas sms.. syia x tahu la knp ramai dak MMU kat situ..
ramai sgt ke? mungkin ada talk kut
[Reply]
April 4th, 2008 at 9:00 am
ptt ke boikot tu??aku ade bc yang ramai tidak ksh dgn saguhati rm2000 tu..mereka dah rasa beruntung sbb kenaikan gaji ari tu jadi tidak perlu saguhati lagi..
[Reply]
April 5th, 2008 at 4:27 am
syia –> er.. lari topik plak…
hafifi —> patut atau tidak boikot tu aku tak bleh nak jawab.. kena tanya 1 juta kakitangan awam yang lain… pasal saguhati tu kat mana ko baca?? siapa yang tulis??
berdasarkan pemerhatian kat tempat aku boleh kata ramai yang perlukan saguhati tu terutama pekerja bawahan….
yang gaji besar memanglah tak kisah…
[Reply]
April 17th, 2008 at 8:13 am
Tuntut bukan2 ..kualiti kat mane?
[Reply]
April 19th, 2008 at 7:16 am
putih mata lagi DG41 yahoo….yahooo
[Reply]
June 16th, 2008 at 12:30 pm
Isu Gaji sebulan 2 kali. Hanya sesuai untuk orang yang dok di parlimen je. golongan berpendapatan rendah tetap tak setuju. kalau gaji 1000,00. bahagi 2 tinggal 500.00 bayar bil 100. bayar kereta 300. tinggal 100.00. berhentikan anak dari sekolah. lebih sesuai sebab tak mampu nak bayar yuran. nak beli buku. tu tak masuk barang dapur. jangan fikir-fikir lah. CUEPAC jangan lah dok goyang kaki dan hangguk kepala sahaja.
[Reply]