Cari Cetak baju

Archived in the category: kehidupan, manusia
Posted by zool on 05 Jan 09 - 16 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ini saya menyelidik sedikit sebanyak tentang percetakan baju.. Ops bukan ingin menceburi bidang ini (banyak perlu difokuskan) tetapi sebab ada projek untuk membuat baju untuk satu geng bas sekolah bekas-bekas pelajar..
Terdapat beberapa pembuat cetakan baju yang sedang diteliti.. Almaklumlah projek ini adalah permulaan jadi saya perlu membongkar dan menyelidik tentang hal-hal berkaitan terutamanya tentang harga dan kualiti yang ditawarkan.. Saya telah survey beberapa ‘kompeni’ yang membuat percetakan baju ni.. Dan didapati dari segi harga tidak banyak bezanya namun ianya tetap menjadi ukuran kepada saya..

Kenapa si Zool nak cetak baju untuk geng? Tiada sebab musabab yang penting cuma nak mengembalikan sedikit nostalgia.. Saya yakin jika anda ada kumpulan mahupun persatuan , mesti ada cadangan untuk membuat baju dengan tulisan yang berkaitan dengan geng anda..

Selain dari mendapatkan maklumat dengan ‘pembuat cetak baju’ sepenuh masa, saya juga mendapati terdapat pelajar UTEM (mungkin kawan topotato) yang menjalankan perniagaan t-shirt ni… Syabas En Sahab kepada mereka.. Muda-muda dah berjinak dengan bisnes, belajar lagi tu..
Walaubagaimanapun setakat ini saya masih belum membuat sebarang keputusan untuk memilih yang mana.. Masih mencari…..

p/s :- Saya yakin akan ada pencetak baju yang ingin mengiklankan perniagaan mereka dengan menggunakan ruangan komen ini.. Dipersilakan tetapi diharap dilakukan dengan cara yang berhemah..

Saya telah membeli satu produk mengenai CD Cetak Baju.. Memang tak berbaloi.. Guna video youtube omputeh lepas tu tulis sikit lebih kurang dalam MSWord (2 m/s tanpa gambar).. Jual.. Memang hampeh… Tapi takpelah, itu rezeki diorang..

16 comments for “Cari Cetak baju”

1

cetak baju tak tau. nk cetak poster guna gambar sendiri tau la. hehe

[Reply]

January 6th, 2009 at 2:57 pm
2
zino

kalau nak cetak apa pun pastikan benda yg di cetak tu tak menyakitkan mata yg memandang..ok.. hehe

[Reply]

January 6th, 2009 at 3:22 pm
3

t-shirt nk buat apa bro? kalau ada design yg cantik2 plus hot, pas la kat hamba yg x celik design ni.. ada juga imej utk produk kt ebay. hehehe..

[Reply]

January 7th, 2009 at 12:09 am
4

waaa, nak cetak baju plak bro nih..
sepupu aku ada buat benda ni gak tapi biasalah design2 remaja..
aku kurang berkenan skit..mybe sebab aku dah tua,hahaha..:)
cari desgin yang semat dan kemas..

[Reply]

zool Reply:

Sepupu ko jual mahal ke bro??
Aku layan baju untuk reunion budak2 sek menengah aku…
Ada sikit tanda…
Ada maju sikit nanti aku nak buat baju ‘ Persatuan Cacing Semalaya’ ..
Amacam?? Ada OK??

[Reply]

January 7th, 2009 at 3:47 am
5

kat melaka berapa market price baju siap cetak arr? aku tengah survey ni untuk t’shirt family day bulan march nanti kat PD… :D

[Reply]

zool Reply:

Dia tengok berapa banyak kita buat..
Kalau banyak anggaran RM20 leh dapat tapi kalau kurang dari 10 memang dalam RM30 lebih woo..

[Reply]

January 8th, 2009 at 12:33 am
6

Biasala…bebudak u. kalau xphostostat, print takpun design baju…boleh tahan masyuk gak r..

[Reply]

January 8th, 2009 at 4:24 am
7

Haha En Zool dah jmpe ke org yg nk printing bju tu??anyway thanks sbb jmpe aritu..nnt saya blanja mkn cendol lak..hehe

[Reply]

zool Reply:

Buat masa ni belum buat keputusan..
Lagipun masih mengumpul budak-budak yang nak print baju ni..
Saya tengah cuba dapatkan lebih dari 10 orang..
Insyaaallah kalau ada rezeki mungkin saya ambil dari anda..

[Reply]

January 8th, 2009 at 8:34 am
8
yus

sesapa nak cetak baju sy bleh tolong buat cozz saya ada kawan2 yg buat bisnes ni minimum 12 helai

[Reply]

nak0 Reply:

salam, ad cpe2 tw x kt ne nk wt bju t-shirt yg berkuali n hrga berpatutan….?? kalu anda tahu…sila emailkan ke saya, mohon bantuan dgn segera

[Reply]

January 9th, 2009 at 3:34 am
9

hi, i hav a blog on tshirt printing … its not fully updated yet. harganya ada kat blog tu … bagi la design yg tak terkira jumlah warnanya … i leh print satu copy sebagai sampel tapi kena bayar untuk sample tu … hehe … kalo encik nak print yg designnya kurang dari 10 color pun boleh .. yang ber-bagai corak dan color pun boleh … asalkan tujuannya tercapai ya ? lokasi i kat klang ..

contact la kalo ada per per … looking forward for ur design … to be placed at my blog !

thanks !

[Reply]

January 10th, 2009 at 6:11 am
10

Aku pun dah start buat biz ni, tapi baru print satu set, aku give up.. tak larat nak handle.. aku fokus jubah ngan tudung je tahun ni… :)

[Reply]

January 11th, 2009 at 3:22 pm
12

aku nak cetak baju, satu helai je..aku design khas sempena birthday adek aku..

tapi stakat ni, xde mane2 syarikat yg nak terima satu helai je..

ayyo…mana mau cari tmpat yg boleh buat 1 helai saja?

harga aku x kesah la…demi adek aku, mahal cket pon xpa..

[Reply]

April 9th, 2009 at 7:31 pm


Baca artikel ini melalui emel dan anda tidak terlepas entri menarik..

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner



TIngalkan komen mantop..

Personal Coaching di Melaka Menjana Pendapatan Melalui Blog









Perhatian !! Blog ini adalah perkongsian pendapat .. Sebarang info tidaklah tepat seratus peratus. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekira terdapat kerosakan ketika anda membaca dan mengikuti blog ini..

Blog Kita All Malaysian Bloggers Project

web stats


Zool Ligakampung's Facebook Profile
Powered by Free Wordpress Themes. Web hosting