Assalamualaikum.. Hari ini saya telah mengupdate sedikit sahaja dalam blog ini.. Hanya perubahan header dan biodata penulis..

Bermula dengan topik cermin ye.. Mungkin pelik ye biasa cerita pasal emosi, kehidupan, bolasepak tetapi hari ini cerita pasal cermin pula.. Adakah Zool telah berubah arah?? Ingin menceburi bidang kecantikan pula?? Ha ha ha.. Salah semua tu..walaupun hari ni topik melibatkan peralatan namun setakat ini saya masih belum bercita-cita untuk menceburi bidang yang memang besar prospeknya… Eh dah melalut plak…
Okaylah kenapa saya bercerita tentang cermin??? Entahlah sebab tiba-tiba je saya terlihat gambar di atas.. Jadi mulalah saya mencari kesinambungan antara gambar dan blog ini..
Cermin seperti yang kita tahu merupakan tempat untuk kita menggunakan bagi mengemaskan diri… namun pernahkah sesekali anda renungkan dalam cermin dan melihat kembali pada diri anda.. Bukan melihat kepada betapa cantik atau hensemnya anda.. Dan bukan juga untuk mengira tahi lalat yang singgah ke muka anda.. Sebaliknya melihat kembali kepada evolusi pada diri anda… Bagaimana perubahan pada diri anda dari kecil hingga ke saat ini.. Dan pernahkah anda terfikir bagaimanakah rupa anda pada 10 tahun yang akan datang??
Adakah anda masih dapat menggosok gigi di cermin yang sama atau pun mungkin cermin yang lebih mewah ataupun anda tidak mampu untuk melihat wajah-wajah anda…
Semoga cermin bukan hanya mampu mencantikkan kita semua tapi dapat memberikan keinsafan kepada kita bahawa kita tidak akan selama-lamanya kekal sebegini.. Semoga kita tidak lupa asal usul kita..
p/ s : Harap-harap anda boleh meninggalkan komen di http://ligakampung.com/blog/about/ untuk saya mencermin diri..









August 31st, 2007 at 1:58 am
salam zool,bak kata Aziz Desa,”Cermin-cerminkanlah diri anda”.Sambil tgk cermin tnyalah,”cermin..cermin..aku ker yg pling ensem?”..dan jgn lupe,bave doa tgk cermin k..
[Reply]
August 31st, 2007 at 4:07 am
salam,
cermin - mencermin diri…memang perlu..setiap hari..betul cam zool kata..selain dr digunakan untuk bersolek, mengemas diri..perlu juga kita menilai diri sendiri…org kata..muhasabah, post mortem…look back..apa yang dah dicapai, apa kesilapan, di mana kesilapan, di mana kekurangan, di mana kelemahan untuk perbaiki diri, untuk mantapkan diri, untuk meningkatkan diri menjadi orang yang lebh baik, menjadi insan yang lebih baik…supaya kita menjadi insan yang sentiasa berubah ke arah kebaikan…hari ini lebih baik dari semalam.
[Reply]
August 31st, 2007 at 5:38 am
Ktom amat setuju dgn apa yang sya utarakan itu. Cermin adalah simbolik kepada diri dan kehidupan kita. Kita perlu bermuhasabah utk membina keyakinan, bina kekuatan diri, bina semangat jika sekiranya keyakinan, kekutan diri dan semangat diri kita hampir luntur. Dan juga kita perlu cermin diri kita dulu baru kita buat penilaian terhadap org lain.
[Reply]
August 31st, 2007 at 7:42 am
zool, pakai night cream ke tu? hehehe
[Reply]
August 31st, 2007 at 3:13 pm
@ktom,
night cream ker bdak sjuk yek zool pki?hihi..
[Reply]
August 31st, 2007 at 3:35 pm
Sehari tanpa cermin membuatkan hidup kita tak keruan.Cermin amat penting dalam kehidupan, selain untuk menghias diri, cermin penting untuk kita membina keyakinan diri.
Saya letakkan cermin bersebelahan dengan pintu keluar kerana di situlah tempat terakhir untuk saya melihat keyakinan diri saya sebelum berhadapan dengan orang ramai.
ktom & awqi_zar : tu possing ala Zombi kampung Pisang
[Reply]
August 31st, 2007 at 3:43 pm
hehehe…bedak sejuk ya aw_qi zar….
Zombi kampung pisang? wkakakakaka…Ktom pun agak cam tu jugak…..( zool, gurau je ok )
[Reply]
August 31st, 2007 at 3:51 pm
awqi —> betul tu.. dah lama tak nampak Aziz Desa dalam tv ye..
sya –> betul tu cermin diri kita supaya dapat memperbaiki segala kelemahan..
semua sekali —> bedak sejuk pun blh night cream pun blh..
bukan zombi kampung pisanglah.. zombi kampung kesang..he he he.. cariklah dalam peta mana kampung kesang tu..
[Reply]
September 1st, 2007 at 5:05 am
Jangan cermin diri kita, fizikal boleh dilihat dan boleh dibetulkan apatah lagi di zaman serba canggih ini. Cermin lah hati kita dan nilai dari situ kan
[Reply]
September 1st, 2007 at 7:21 am
Cermin wahai cermin.kalaulah cermin yg zool pakai tu cermin ajaib,saya akan tempah satu,nak lihat produk mana satu yang paling laris di pasaran.Jadi tak payah lagi saya gunakan tools internet untuk kajian pasaran,tempah ja dari zool.hehe.
[Reply]
September 2nd, 2007 at 8:48 am
orang tua2 kata, ” kawan yang baik adalah seperti cermin. Dia tidak pandai menipu. Dia akan memberitahu segalanya tentang kita samada perkara itu baik atau buruk..”
fikir-fikirkanlah…..
[Reply]
September 5th, 2007 at 8:33 am
aku mmg suka cermin.. pantang jumpa cermin mmg aku akan toleh dan pandang diri sendiri kat situ…
tak kira apa jenis cermin.. cermin keta pun aku layan…
huhuhu… wahhh zool… posing maut ko dengna night cream tu ya… fair n lovely ke?
[Reply]
September 6th, 2007 at 12:10 am
azwan —> betul tu.. cermin diri kita apa yang pernah kita lakukan sebelum ini..
san —> kalau ada cermin ajaib pun saya nak tau siapakah …..
zuhairy —> betul tu..setuju,,
huda — > ye lah.. orang cantik memanglah suka tgk cermin.. posing maut ke?? hidup lagi je aku..
[Reply]