LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Cerita Sukan : Berat 331 pound tapi power main badminton

Jamal ditugaskan oleh boss untuk buat artikel yang orang teringin nak baca. Jamal terjumpa artikel mengenai lelaki gemuk yang handal main badminton di Indonesia ni.
Hanri Yustanto dengan berat 331 pound atau 150 kilogram berjaya membuktikan beliau mampu bersukan. Yustanto yang dilahirkan dan dibesarkan di Samarinda, Indonesia memulakan aktiviti badminton seawal usia 5 tahun dan memulakan latihan di kelab ketika usia sembilan tahun.
Walaupun dengan berat 150 kg namun skill Yusanto dalam badminton memang hebat sehingga beliau pernah menyertai kelab profesional Pusdiklat Sumber Mas Samarinda dari tahun 2000 hingga 2007.
Jamal memang kagum dengan Hanri Yustanto ni. Dari segi skill memang terbaik. Cuma mungkin dari segi pergerakan agak terbantas.Cuba korang tengok video ni

Terbaik dia nganjing pihak lawan tu. Skill pergelangan tangan dia memang superb. Memang nampak dia ayam-ayamkan pihak lawan tu. Rasa pihak lawan mesti ingat boleh makan je dia ni, sekali diaorang yang kena.

 

Kalau tak silap Jamal banyak juga pemain badminton professional yang agak gempal badannya. OOo.. sebelum kena kecam, Jamal maksudkan GEMPAL ye bukan GEMUK.

Macam Akane Yamaguchi, pemain badminton Jepun yang fizikal sedikit gempal dan rendah tapi bila beraksi di gelanggang memang kita yang tengok pun penat. Jamal walaupun minat dengan Tai Tzu Ying tapi bila tengok game Akane ni memang salute habis. Bola hantar kat mana mesti dia boleh ambil punya. Rasanya kalau Jamal nak bertarung dengan Akane pun belum tentu menang ni..

Kalau dalam Malaysia ni, bekas beregu wanita negara, Chin Eei Hui juga boleh dijadikan contoh. Walaupun berbadan gempal namun pernah dinobatkan sebagai beregu no 1 dunia satu ketika dulu dan pernah mengondol pelbagai kejuaraan bersama pasangannya Wong Pei Ty. Sekarang ni dah jadi jurulatih pasukan badminton negara.

Ia membuktikan fizikal bukanlah halangan untuk bermain badminton. Main badminton ni kena banyak berlari dan perlukan pergerak hampir setiap anggota badan.

Tetapi, Jamal tetap menyarankan agar anda yang bermain sukan untuk mengurangkan berat badan bagi mengelakkan kesan di kemudian hari terutama pada lutut anda. Kalau tengok semula kebanyakan pemain badminton yang berbadan gempal ni akan bersara lebih awal berbanding pemain bertubuh sederhana. Jamal takde buat kajian cuma berdasarkan pengamatan rambang je ni. Kalau ada yang mempunyai fakta boleh lah kongsikan dengan kami di sini ye.


Sumber :-Shuttlers

Kalau korang nak follow Hanri Yusanto ni boleh tengok link di bawah

https://www.instagram.com/yonglee15/

https://www.facebook.com/yonglee15

Pergh!! Siap mampu Half Marathon tu.. Ko mampu?
Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)