Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya topik ini saya terasa nak tulis sebab salah seorang member saya akhirnya akan melaksanakan projek kambing beliau.. Harap2 beliau berjaya kerana perancangan untuk beliau menternak kambing ni rasanya dah lebih 2 tahun..
Sebenarnya memang penternakan kambing merupakan salah satu penternakan yang kian diperkatakan di Malaysia ni.. Terdapat banyak jenis kambing antaranya kambing Boer, Jamnapari, Katjang, biri-biri dan berbagai lagi yang diternak..

Tengah membaca suratkhabar Utusan terbaca pula sisipan mengenai “R&D hasilkan makanan ternakan ruminan”. Berdasarkan penulisan didapati negara kita amat sesuai menjalankan penternakan ruminan - kambing dan lembu atas faktor cuaca tidak bermusim selain kekayaan sumber biologi yang menawarkan pelbagai jenis makanan berkhasiat kepada ternakan. Dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa kualiti daging kambing banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan. Konsep makanan yang diberikan iaitu daun dan rumput mempunyai banyak serat yang hanya membentuk air dan darah.. Dan salah seorang penternak yang juga bekas saintis telah menggunakan formulasinya untuk mengatasi masalah berikut. Makanan yang digunakan berasaskan daun sawit ditambah dengan beberapa campuran lain bagi meningkatkan kandungan protein.. Malahan syarikat Kamuda Bio- Technology berjaya menghasilkan makanan yang mempunyai serat yang mencukupi tanpa menyimpan hampas. Formula makanan ini memberikan input yang positif seperti pembesaran yang cepat, tenaga da antibodi yang kuat..
Nampaknya kambing juga mempunyai makanan khusus bagi meningkatkan kualiti.. Saya bukanlah penggemar daging kambing walaupun boleh memakannya dalam kuantiti sederhana..Bila tengok ramai menceburkan diri dalam bidang ini memang teruja namun komitmen untuk menternak kambing agak sukar untuk dibahagikan. Teringin juga MAHA 2008 tapi ada banyak tugasan menanti minggu ni loo..
Tags: cari duit, kambing, penternakan kambing, ternak kambing









August 12th, 2008 at 5:28 pm
Dulu aku hampir2 nak berjinak2 dengan bisnes kambing ni. Tapi nasib kurang baik, projek tu tak jadi, sampailah sekarang. Bukan rezeki aku kot…
[Reply]
August 13th, 2008 at 1:33 am
Saya ada seorang teman yg buat perusahaan ni.Memang dapat untung lumayan…rezeki masing2
[Reply]
August 13th, 2008 at 3:27 am
perancangan sampai 2 tahun knp ye lama?
[Reply]
August 13th, 2008 at 4:57 am
Imam Khalid –> takpe rezeki masing2..
shila –> memang lumayan kalau diusahakan dengan betul..
syia –> ala terbengkalai sebab macam2 le..
[Reply]
August 13th, 2008 at 8:19 am
nak puasa dah ni. Pastu, bakal raya. Semua penternak kambing pasti gembira pada waktu ini..
[Reply]
August 26th, 2008 at 9:01 pm
.. kambing oh kambing…
[Reply]
September 29th, 2008 at 3:55 pm
fuyyo! peminat kambing nih!
[Reply]
October 14th, 2008 at 10:47 am
aku baru buat projek kambing,tapi slow pasal modal sendiri.
[Reply]
October 14th, 2008 at 10:51 am
rooy –> kalau nak sedikit ilmu boleh beli ebook rahsiakambing .. Insyaallah boleh tambah ilmu..
[Reply]
November 21st, 2008 at 3:50 am
mane nak cari baka kambing kacang(katjang)….. susah botu nk cari…. sape2 bleh tlg edjust jual kat aku…. tk minat la bele boer…. semangat patriotik kene la bele kambing kaMpong
[Reply]
November 21st, 2008 at 4:34 pm
faizal –> kat Melaka banyak yang bela kambing katjang ni.. Kat kg aku pun ada.. kalau ko nak aku boleh tanya2kan..
[Reply]
January 3rd, 2009 at 7:23 am
… ramai lagi pengusaha kambing yangbertahan, ada yang semakin maju dan ada juga yang give up… masing2 bergantung pada pengurusan.. penglibatan pemasaran .. dan juga nasib (takdir- semuanya kuasa Allah)…
Aku harap dapat bela kambing balik bila biz / life dah establish balik.
Seriously, I’m fall in love with kambing!
[Reply]