Cerita pasal dadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dalam minggu ni hangat dimedia masa tentang cerita pasal dadah. Saya terbaca di dalam akhbar online dan menjumpai beberapa berita mengenainya. Antaranya :-

Ibu, anak ditahan disyaki edar dadah
2 wanita antara disyaki edar dadah
Bekas imam dipenjara enam tahun kerana ganja

Adakah sebelum ini tiada kes-kes dadah? Memang ada cuma rentetan penangkapan selebriti berkaitan dadah menjadikan topik ini popular. Sekiranya anda mengikuti perkembangan tentang kes artis tersebut mungkin sedikit terkejut kerana mengikut laporan media, pelajaran membuat syabu diketahui melalui internet. Cukup hebat sekali informasi yang boleh dikutip dari internet ni.Berbeza dengan si Zool hanya belajar di internet mengenai cara membuat ‘blog’ , main gitar (tapi tak pandai-pandai pun lagi), menternak cacing ( dah berenti sebab tak larat nak layan karenah cacing), bercucuk tanam ( pun dah tak cari sebab tahap kemalasan melampau), memasak ( ni eksyen je lebih.. nak potong bawang pun malas.. lagikan nak masak) dan beberapa perkara yang menjadi idea dalam tulisan ni. Tak pernah pula terfikir dengan berpandukan internet, mini makmal boleh dilaksanakan di dalam rumah.. Cukup kreatif dalam mencari ilmu tapi salah isinya..

Kalau diperhatikan melalui berita-berita diatas didapati bahawa dadah ini tidak hanya sekadar melibatkan golongan remaja sahaja. Malahan ianya boleh mempengaruhi sesiapa saja samada mempunyai tahap pelajaran yang tinggi ataupun rendah. Cuma mungkin dari jenis dadah sahaja yang membezakan antara pengamalnya. Bagi yang tidak berduit mungkin dadah murah manakala golongan kaya tak sedar diri mendapatkan dadah jenis mahal seperti dadah sintetik.

Cerita pasal dadah ni memang tiada kesudahannya selagi banyak pengaruh dan anasir luar yang membelengu kita. Di zaman persekolahan lagi ramai yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Dengan bermula-mula ajakan rakan seterusnya menjadi ketagih sehingga tak mampu untuk dibuang lagi. Memang sukar untuk meninggalkan najis dadah sekiranya telah terjebak dan hanya kekuatan diri mampu memulihkannya.

Masalah dadah di negara kita memang agak meruncing sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan sebuah agensi khas untuk membanteras dadah iaitu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK). Sepengetahuan saya, kerajaan Malaysia antara negara yang mempunyai agensi khas berkenaan dadah ni. Ini menunjukkan keseriusan untuk membendung masalah yang boleh meruntuhkan negara.

Apa taknya, jika rakyat lalai dengan dadah pasti prestasi negara akan jatuh sekaligus mudah untuk dijajah oleh negara lain.. Kalau membaca Piagam Pelanggan AADK, mereka mensasarkan untuk negara bebas dadah menjelang 2015 tetapi mampukah mereka melaksanakannya? Berdasarkan pemerhatian, ianya satu kerja yang sukar tetapi perlu diteruskan jua. Sukar sekiranya tiada kesedaran dan sokongan dari masyarakat kita sendiri. Walaubagaimanapun diharap mereka mampu melaksanakannya..

Bukan sekadar kerajaan, terdapat banyak NGO ditubuhkan untuk membanteras masalah dadah ini seperti PENGASIH. PENGASIH ditubuhkan oleh bekas penagih untuk membimbing penagih kembali ke jalan sebenar. Selain dari PENGASIH terdapat juga beberapa pertubuhan yang diwujudkan untuk membantu penagih ni.
AMIN..

Okay cukup setakat ini. Mungkin anda ada pandangan dan cerita pasal dadah yang boleh dikongsikan bersama

p/s :- Entri ini tidak ditaja oleh AADK. . Sebarang pertanyaan sila hubungi Agensi Antidadah Kebangsaan di alamat :-

Aras 3-7, Bangunan Two IOI Square, IOI Resort
62502 Putrajaya No Tel : 603 – 8949 8400 No Fax : 603 – 8944 1931

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2533
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Cerita pasal dadah”

  1. joegrimjowNo Gravatar says:

    isu yg xkan habis
    entah macam mana cakap bahaya pon
    still ada yg mahu
    aigooo

    Reply

  2. syiaNo Gravatar says:

    dadah.. herm..
    issue ni memang dah lama gile.. tp still menjadi2..
    mcm rokok jugak ..even cakap bahaya pun ada gak isap lagi..
    nk buat byk2 program kesedaran pun..xtau la menjadi ke x

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    betul tu.. susah nak bagi kesedaran kat manusia ni

    Reply

  3. Bb HussainNo Gravatar says:

    kena mencari idea yang lebih hebat membanteras dadah ni..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bukan mudah tanpa bantuan ramai

    Reply

Leave a Reply