Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kepada ibu dan bapa mungkin hari ini agak sibuk terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang mula melangkah ke alam persekolahan.. Ada yang menangis di dalam kelas tidak mahu berpisah dengan ibu bapa.. Dan tidak kurang yang cukup gembira dengan rakan-rakan baru..
Seperti yang pernah dilalui oleh kita dahulu cuma yang membezakannya adalah suasana dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru..
Banyak persiapan yang dilakukan oleh ibubapa dari segi kewangan, pakaian dan sebagainya.. Malahan sokongan moral diberi bagi memberikan semangat kepada anak-anak kecil untuk belajar berdikari dan menempuh satu proses kematangan.. Riuh rendah di sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan dan buat kali pertama mengucapkan ‘Selamat pagi cikgu’ atau ‘Assalamualaikum cikgu’.
Tenaga pengajar pula perlu bersedia dengan pelan-pelan terbaik bagi memastikan ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik sampai dengan tepat dan betul..

Gambar curi dari Kosmo
Anda ada cerita ke pasal kisah hari pertama sekolah?? Tak kisahlah samada kenangan orang lain ataupun kisah anda sendiri.. Sama-sama kongsikan..
Artikel berkenaan hari pertama persekolahan..
Nostalgia Hari Pertama oleh Kosmo
Banjir ,30,000 murid terjejas
Bangun…Selamat pagi cikgu! Terima kasih cikgu!
p/s :- Artikel ini diminta oleh rakan untuk menulisnya..

















terkenang masa di sekolah dulu
hehehe nangis jugak
Reply
saya tak dihantar masa hari pertama sekolah darjah satu, sekolah dekat jer ngan rumah, sepelaung jaraknya
Reply
waaa, nantilah ada masa aku cerita hari pertama kat sekolah,hehe..:)
terkenang masa mula2 masuk sekolah dulu, bajupun bau baru lagi,hehe
Reply
zool
Reply:
January 6th, 2009 at 2:09 pm
Aku dah tak ingat kisah masa hari pertama.. Menangis ke melalak atau jadi Gaban dah tak ingat..
Reply
Biasanya seseorang budak akan menangis pada hari pertama bersekolah kerana mereka tidak mempunyai kawan.Justru,sebagai ibu bapa kita kena ajar anak-anak cara berkawan sejak mereka kecil lagi..Selain itu,suasana di dalam kelas juga memainkan peranan yang amat penting.Terpenting sekali…seseorang guru harus bijak ‘tackle’murid-murid mereka terutamanya pada hari pertama ini agar ibu bapa merasa lega dan tidak ragu-ragu untuk meninggalkan anak-anak mereka….
Reply
zool
Reply:
January 6th, 2009 at 2:14 pm
Ye cikgu.. MUngkin cikgu ada pengalaman hari pertama persekolahan anak-anak murid cikgu
Reply
sampai terkencing kot!!! nangis,melalak bla..bla sume ada…..skrg malu r jwb nyerw……..huh!!!!
0!39384439
Reply
zool
Reply:
June 11th, 2009 at 6:13 pm
Er… kenapa letak no telefon???
Reply
huhu…sy pun xingat sgt pasal cerita hari pertama sekolah… hehe pe pun sekarang still further study kat universiti
Reply