LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

CEO Pahang FC letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pahang , Fahrizal Hassan mengambil keputusan untuk meletak jawatan berkuatkuasa hari ini.
Ia berikutan kegagalan terbaru skuad Pahang yang dikendalikan Ahmad Shaharuddin Rosdi melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA 2016.
Kegagalan pasukan Pahang ke atas pasukan Liga Perdana, Sime Darby FC di Stadium Darul Makmur kelmarin dengan keputusan 1-0 amat mendukacitakan.

fahrizal

Peminat pasukan Tok Gajah telah berkumpul secara aman dan menyuarakan ketidakpuasan hati di luar stadium selepas tamat perlawanan tersebut.
Beliau yang telah berkhidmat dengan PBNP sejak tahun 2012, memegang jawatan CEO pada tahun ini dengan mengetahui risiko  besar yang bakal dihadapi.

Dalam pada itu ketua jurulatih skuad Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi akan diketahui nasibnya dalam tempoh terdekat ini.
Sinar Harian

// Ligakampung.com sudah menjangka pasukan Pahang akan mengalami masalah pada musim ini. Ini berikutan penghijrahan nama-nama besar seperti Azamuddin Akhil, Hafiz Kamal, Gopinathan, Razman Roslan dan Khairul Azhan.
Ketua jurulatih juga telah berubah dan pasti bukan mudah bagi jurulatih baru untuk membentuk kembali skuad ini. Malahan pemain import Matias Conti dan Dickson Nwakaemae juga telah bertukar haluan menyebabkan semakin sukar untuk membentuk kembali skuad.
Berbekalkan pemain muda sahaja belum mencukupi untuk mencabar pasukan-pasukan lain dalam Liga Super yang mempunyai skuad berpengalaman. Mungkin sekarang ni Pahang perlu membentuk skuad yang jitu agar mereka tidak kembali beraksi ke Liga Perdana pada tahun 2017 nanti.
Pengunduran CEO pasukan sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah. Mungkin masalah lain akan timbul pula dalam pengurusan Pahang. Semoga perbincangan antara persatuan dan penyokong perlu lebih bertoleransi bagi mengembalikan semula maruah pasukan Pahang yang digeruni sebelum ini.

Terlalu awal sebenarnya untuk menilai prestasi pasukan tatkala perlawanan belum pun masuk setengah musim. Namun jika keputusan tetap oleh CEO, maka pasukan Pahang perlu mencari CEO yang berpengalaman dan lebih cekap berbanding Fahrizal.

Please follow and like us:
error0

One thought on “CEO Pahang FC letak jawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)