Assalamualaikum dan salam sejahtera..
2- 3 hari lepas saya membeli cendol pulut di Taman Maju, Jasin. Boleh tahan mantop la juga Cuma ianya menggunakan air batu dan bukannnya ais yang di blend. Tapi takpelah, waktu panas-panas menghirupnya cukup nyaman bukan. Waktu saya muda-muda dulu cendol biasa di nikmati di bulan Ramadhan malahan campuran dibuat sendiri oleh mak saya tapi kini telah mudah. Telah siap semuanya, malahan ada berbagai jenis cendol seperti cendol pulut, cendol kacang, cendol durian dan bermacam-macam aneka cendol. Seingat saya 4 tahun yang lalu di Bandar Masjid Tanah, Melaka terdapat cendol tepi jalan yang agak mantop rasanya (tak tau masih beroperasi atau tidak). Selalu melayannya kalau ada tugasan di kawasan berhampiran. Tapi sekarang tiada tugasan di sana.

Image SOurce :- MisterP
Seperti biasa kita layan info
Cendol ialah sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.
Ia dibuat dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan, dahulunya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.
Sejarah
Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis
Sumber :- Ms.wikipedia.
Wah baru tau yang ianya berasal dari bahasa selatan Thai ( CikSaffa boleh tak sahkan? )..
Semestinya cendol di tempat lain mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin anda boleh berkongsi kehebatan cendol di tempat anda.. Jangan tak caya blog KLUE ada juga menyenaraikan 10 tempat cendol mantop di KL. Kira hebat penangan cendol dikalangan rakyat kita. Bukan hanya terhad pada golongan bawahan cam si Zool tapi tokoh korporat pun melayannya.. Eh kat dalam senarai KLUE ada Bukit Rambai Cendol, kena tanya budak Bukit Rambai ni.. Kat mana tempat utamanya sampai ada francais kat KL tu..
RSS Feed
Twitter



October 14th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Hahaha.
Chorn dooi..
Kalau Saffa. Chin Do(as in ‘do’ your work)-ai
Haah. Ada lah bunyi chin duai dengan cendol tu. Nnt Saffa tanya mak! Hahahaha.
Reply
zool
Reply:
October 15th, 2009 at 00:18
sebab wikipedia kata dlm bahasa thai..
tu yg tanya saffa..
tak konal org lain yg tau bahasa siam…
Reply
best jugak cendol nih lebih-lebih lagi musim panas. kalo musim sejuk lagi sejuk jadinya.
Reply
Huh ! Lama tak pekena cendol ni. Kat ganu, kena buat sendiri laa… Tak de warung2 cendok begini….
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 18:27
mesti lagi best homemade..
Reply
cendoollllllll adusss nak kena pergi makan la esok. hhe
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 18:28
dah makan ke bro?
Reply
lapar pulak masuk blog niii..haha
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 18:27
lapar, haus.. lepas ni apa plak ye…
Reply
cik saffa ni asal dr thailand ke?hehe..huhhu..masjid tanah kg aku tuh..xjmpa pun..zool pg belah mn ni?pekan ke?
Reply
zool
Reply:
October 16th, 2009 at 18:28
kat pekan tapi dah lama..
masa awal2 keje..
sekarang ni tak tau samada wujud lagi ke tak
Reply
Cendol sedap.tak selalu makan.
Reply