Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Image Hosting
Tajuk tak tau nak di Melayukan. Kalau ikutkan Google Translate jadi ‘Digi Pelan Kemalangan Peribadi’. Dah cam ada pelan nak kena kemalangan pula, jadi ikut je ayat Inggerisnya.. Bukan nak promote tapi tetiba je dapat SMS berbunyi begini :-
SMS 1
Congrats! Your Free PA is activated. DiGi covers you with RM 30,000 PA for 12 mths. Just stay active with us. T&C apply…
SMS 2
Details. Name : ZOOL********************* Policy Ref No :28*********. Coverage Begins : 23 Sep2011 02:51 Coverage End : 22 Sep2012 23:59 For assistance. call : 016******
Saya cuba menyemak di laman web Digi dan didapati memang terdapat pelan tersebut (boleh semak di (http://www.digi.com.my/). Ada 3 jenis pelan PA (Personal Accident ) iaitu PA1, PA2 dan PA Family. Ada pelbagai perlindungan seperti kematian dan kecacatan kekal, subsidi pendapatan akibat kematian atau kecacatan kekal, kecurian dan pembayaran penuh bagi bil Digi jika kematian atau kecacatan kekal.
Selain itu, ada juga disediakan perlindungan Takaful yang disediakan. Boleh rujuk website (http://www.digi.com.my) yang memberi perlindungan kematian dan kecacatan kekal.
Kira oklah perlindungan yang diberikan. Almaklumlah Digi bukanlah syarikat Insurans, jadi diberikan perlindungan insurans ni kira menjadi pertambahan dari insurans sedia ada.
Sebenarnya agak was-was juga tentang pelan ni. Almaklumlah takde buat permohonan bertulis, malahan Digi pun tak pernah hantar surat. Arahan SMS pun tak pernah buat pun..Tak tau le kalau pihak Digi memang automatik daftarkan. Ye lah, biasanya kalau nak daftar insurans bukan senang. Kena isi macam-macam borang.
Ada tak rakan-rakan yang menggunakan Digi dan mendapat pelan ini? Ada pengalaman yang boleh dikongsikan tak??
Sekian..
Pengunjung Entri Ini :747



