post

Karier Badminton Zulfadli dan Tan Chun Seang bakal berakhir

Pemain badminton negara, Tan Chun Seang dan Zulfadli Zulkifli bakal berakhir selepas kedua-dua atlet yang pernah mewakili negara ini telah dijatuhkan hukuman oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.
Tan bakal digantung selama 15 tahun manakala Zulfadli 20 tahun daripada terlibat dalam sebarang aktiviti badminton.


Penggantungan ini melibatkan pengurusan, kejurulatihan, rasmi atau program pembangunan. Tan dikenakan denda sebanyak US$15,000 (RM58,897) manakala Zulfadli dikenakan denda sebanyak US$25,000 (RM98,162).
Keputusan ini dikemukakan oleh badan panel Etika BWF.Bagaimanapun, kedua-duanya mempunyai 21 hari untuk melakukan rayuan tetapi perlu berdepan risiko sama ada keputusan itu dapat dikurangkan, kekal atau ditambah.

Zulfadli dan Chun Seang dilaporkan terlibat dalam skandal mengatur perlawanan selepas seorang pemain luar negara membuat laporan kepada BWF bagi enam kejohanan sejak 2013 sehingga 2016.
Sumber:-Astro Awani

Amat menyedihkan kepada sukan badminton. Zulfadli yang pernah bergelar juara dunia remaja namun akhirnya tersungkur lebih awal tanpa kita dapat melihat potensi beliau berbanding isu kontroversi sahaja. Harap menjadi pengajaran buat pemain junior dan senior di luar sana.

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton All England 2018 : Chong Wei tumbang kepada Lin Dan, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tumpas

Impian Datuk Lee Chong Wei untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka All England terkubur. Kekalahan kepada seteru utama, Lin Dan dalam perlawanan suku akhir menyaksikan Chong Wei terpaksa akur sekadar melangkah ke suku akhir pada kejohanan tahun ini.
Chong Wei, 35 tumpas kepada Lin Dan, 34 dalam perlawanan straight set 16-21, 17-21. Biarpun usia telah menghampiri penghujung usia namun aksi yang dipamerkan oleh kedua-dua lagenda badminton dunia ini cukup mengkagumkan.

Sementara itu dalam acara beregu lelaki, pasangan no 1 negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong belum cukup ampuh selepas tumpas di suku akhir kepada pasangan pilihan kedua dari Denmark, Mathias Boe/ Carsten Mogensen dengan keputusan 20-22, 11-21.

Tiada wakil Malaysia lain yang berjaya layak ke pusingan seterusnya. Nampaknya All England kali ini

Please follow and like us:
error0
post

Beregu Campuran : Goh Soon Huat/Shevon Lai juara Terbuka Jerman

Pemain beregu badminton campuran negara Goh Soon Huat/ Shevon Lai Jamie berjaya memenangi Kejohanan Terbuka Jerman.
Selaku pasangan pilihan ketiga, pemain beregu campuran yang mendapat tempat ke Sukan Komanwel itu berjaya menumpaskan pasangan beregu campuran Denmark, Niclas Nohr/Sara Thygesen dengan keputusan 21-14, 22-20.

Kemenangan ini mencatat sejarah sebagai pasangan campuran pertama memenangi Kejohanan Badminton Jerman.
Pada perlawanan separuh akhir, mereka berjaya mengejutkan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu/Chae Yoo jung dengan keputusan 23-21, 23-25, 21-13.

Kemenangan ini merupakan kejuaraan ketiga bagi pasangan ini serta yang pertama untuk tahun ini.
Sebelum ini mereka pernah memenangan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016 dan Terbuka Scotland 2016.

Pasangan yang kini menduduki ranking ke 10 dunia akan bersedia dalam Kejohanan berprestij, All-England yang akan bermula pada Rabu ini.

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton Nasional Malaysia 2018 :Iskandar, Soniia Cheah juara

Kejohanan Badminton peringkat tempatan iaitu Kejohanan Nasional Malaysia 2018 telah tamat pagi tadi.
Dalam acara perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain berjaya menumpaskan Lee Zii Jia 21-19. 21-16 bagi merangkul kejuaraan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.00.
Dalam acara perseorangan wanita pula, Soniia Cheah menidakkan harapan S. Kisona bagi merangkul juara. S.Kisona yang mengejutkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Goh Jin Wei akur dengan ketangkasan Soniia Cheah yang menundukkan beliau dengan keputusan 14-21, 19-21.

Beregu lelaki masih utuh dipegang oleh Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang menumpaskan beregu kelab Arif Latif/Azriyn Ayub dengan keputusan 21-17, 19-21,21-15.
Bagi acara beregu wanita pula Goh Yea Ching/Soong Fie Cho menumpaskan pasangan Chow Mei Kuan/ Yap Cheng Wen dengan keputusan 21-19,24-22.
Goh Soon Huat/Shevon Lai yang bergandingan dalam acara beregu campuran pula menumpaskan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dengan keputusan 21-17, 21-17 sekaligus mendapat slot untuk layak ke SUkan Komanwel.

Tahniah kepada para pemain yang menjuarai kategori masing-masing. Diharapkan ianya boleh diteruskan ke peringkat antarabangsa terutama dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.

Please follow and like us:
error0
post

Pemain Badminton Denmark , Vittinghus dedah warga Malaysia cuba atur perlawanan

Pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus pastinya menjadi seorang daripada kalangan pemain badminton yang mengikuti secara dekat skandal mengatur perlawanan sedang diperkatakan ketika ini.

Ia berikutan pada 2014, pemain Denmark itu membuat laporan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) apabila cuba didekati warga Malaysia yang mahu dia mengatur keputusan perlawanan.

Menerusi temubual dengan Sukan NSTP, Vittinghus mendedahkan bagaimana ia berlaku dan kenapa dia percaya BWF akan mencari penyelesaian terhadap dakwaan terbaru membabitkan dua pemain profesional negara.

“Saya melaporkan kes itu kepada BWF menerusi laman sesawang rasmi mereka. Perkara ini membawa saya secara terus dengan Thomas Lund (setiausaha agung BWF).

“Kemudian saya memberi laporan rasmi secara bertulis apa yang berlaku bersama salinan semua perbualan dengan pengatur perlawanan, iaitu warga Malaysia (bukan pemain).

“Dia bekerja untuk satu jenama yang saya tidak mahu namakan, namun tugas itu memberikannya peluang untuk menyertai banyak acara,” kata said Vittinghus ketika dihubungi di Denmark.

“Saya berikan kepada BWF untuk menjalankan siasatan. Saya tahu mereka akan beritahu polis tetapi saya tidak tahu apa yang terjadi kepada orang itu. Saya hanya mendedahkan perkara itu enam bulan kemudian, jadi ada banyak masa buat mereka menyelesaikan siasatan.

“Saya merasakan BWF mengambil serius perkara itu tetapi saya tidak mengambil tahu kerana saya mahu fokus kepada badminton dan bukan kes jenayah, begitupun saya menawarkan diri sebagai saksi jika ia boleh membantu siasatan.”

Selasa lalu, Sukan NSTP mengejutkan dunia badminton apabila mendedahkan pemain Malaysia sedang disiasat kerana mengatur perlawanan.

“Saya yakin saya kenal siapa pemain itu. Saya mengikuti kes ini dengan serius. Saya ada minat terhadap keseluruhan sukan, pertaruhan dan mengekalkan integriti.

“Jadi saya juga sudah memberikan beberapa laporan kepada BWF sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan maklumat mengenai apa yang berlaku. Banyak yang anda dengar sebagai pemain,” kata Vittinghus.

Pemain kedudukan ke-19 dunia itu juga menyatakan keyakinan terhadap BWF yang berupaya menyelesaikan perkara itu hingga ke akar umbi.

Sumber: Harian Metro

Admin rasa ramai yang dah nampak nama-nama yang dikaitkan tu. Kita tunggu dan lihat keputusannya. Agak berat sekiranya benar pemain Malaysia itu terlibat kerana boleh digantung seumur hidup. Pasti boleh menamatkan karier beliau yang sekarang ni pun terumbang ambing.

Please follow and like us:
error0
post

Dua pemain badminton jual perlawanan ?

Jarang sekali kita dengar isu pemain badminton menjual perlawanan kan? Biasa yang kita dengar pemain bola sepak je.
Tapi ini berlaku dan disahkan oleh Preseiden Persatauan Badminton Malaysia(BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.
Menurut Norza, kedua-dua pemain yang berada dalam siasatan BWF itu bukan pemain di bawah naungan BAM.

Pemain berusia 25 tahun dan pernah menjuarai dua kejohanan BWF manakala seorang lagi berusia 31 tahun yang pernah beraksi dalam acara beregu itu telah diambil tindakan oleh BWF.
Bagi Norza, insiden yang berlaku itu secara tidak langsung menjejaskan imej badminton negara walaupun pemain yang terlibat tidak mewakili BAM.

Justeru, dia memberikan satu peringatan buat pemain sedia ada agar tidak sama sekali mencuba untuk terlibat dengan gejala itu.

“Perkara ini memberikan kesan kepada kami dan ia juga sebagai peringatan buat semua pemain bahawa setiap orang diperhatikan daripada melakukan sebarang kesalahan atau kesilapan,” tambahnya.

– Stadium Astro

Hm.. Siapa agak-agaknya tu ye? Admin tak mampu nak berteka teki ni.

Please follow and like us:
error0
post

Purple League 2017/2018 : Puchong United juara ketepikan KB Kepong

Kelab Badminton Puchong United berjaya untuk muncul juara Purple League selepas menumpaskan KB Kepong dengan keputusan 10-8 dalam perlawanan akhir di Arena Of Stars, Resorts World Genting sebentar tadi.
Pada perlawana tersebut, pemain Puchong United Chou Tien Chen berjaya mengatasi pemain perseorangan KB Kepong, Deyu Subhankar dengan keputusan 3-2 (10-11,11-3,11-7,8-11,11-3).

Perseorangan wanita terus menyaksikan KB Puchong melalui Deng Xuan mengatasu Qin Jing Jing dengan keputusan 3-0 (11-7,11-10,11-10).
Dalam acara beregu lelaki pula gandingak KB Kepong pula beraksi baik menumpaskan pasangan Puchong dengan keputusan 3-0.
Pasangan beregu KB Kepoing yang diwakili Liao Min CHun/Su Ching Heng menumpaskaskan pasangan berpengalaman Mak Hee Chun/Yoo Yeon Seong dengan keputusan 11-4,11-10, 11-9.
Pasangan beregu campuran KB Puchong United yang diwakili Goh Liu Ying/Tan Kian Meng pula memberikan kedudukan selesa selepas menumpaskan Cheah Yee See/Goh Soon Huat dengan keputusan 3-1 (11,9, 11-7,9-11,11-7).

Dalam perlawanan penentuan melalui acara perseorangan lelaki, wakil Puchong, Wei Nan hampir dicemaskan oleh pemain KB Keping selepas tumpas dua set pertama namun berjaya memenangi satu set akhir sekaligus memberikan kejuaraan kepada KB Puchong dalam saingan kali ini.
We Nan yang mewakili Puchong United berjaya mendapatkan satu set berharga biarpun tumpas 1-2 kepada Lim Chi Wing (10-11,7-11,11-7).

Penyandang juara, KB Petaling Jaya pula berjaya menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan KB Cheras dengan keputusan 9-2.
Juara kejohanan menerima hadiah wang tunai RM520,000; naib juara, RM265,000; ketiga RM185,000 manakala keempat pula RM160,000.

Kedudukan keseluruhan:

Juara: KB Puchong United
Naib Juara: KB Kepong
Ketiga: KB Petaling Jaya
Keempat: KB Cheras
Kelima: KB Petaling
Keenam: KB Ampang Jaya
Ketujuh: KB Bangsar Hawks
Kelapan: KB Serdang

Tahniah kepada KB Puchong United.

 

Kredit Gambar :- Twitter Purple League

Please follow and like us:
error0
post

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2017 – Perlawanan ketiga kumpulan, Skuad Lelaki menang, wanita tumpas

Kedua-dua pasukan badminton lelaki dan wanita negara berjaya melangkah ke peringkat suku akhir selaku pasukan di tangga kedua di belakang pasukan Thailand.
Pasukan badminton lelaki yang sebelum ini dikejutkan oleh Thailand dapat menyerap tekanan ketika bertemu Taiwan. Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya menumpaskan pemain perseorangan Taiwan Wang Tzu Wei dengan keputusan 17-21, 21-13,21-15.
Pemain beregu no 1 negara Goh V Shem/ Tan Wee Kiong berada dalam prestasi terbaik menumpaskan beregu no 8 dunia, Lee Jhe Huei/Lee Yang dengan keputusan 21-14, 19-21, 21-16. Pemain perseorangan kedua negara sekali lagi membuktikan kemampuan apabila kali ini menumpaskan Hsu Jen Hao dengan keputusan 21-16, 21-13.
Beregu kedua negara Ong Yew Sin/Teo Ee Yi pula memastikan mata keempat negara melalui persembahan hebat menumpaskan beregu Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan keputusan 21-14, 20-22, 21-14.

Iskandar Zulkarnain pula memastikan skuad badminton negara membawa mata penuh selepas menumpaskan pemain perseorangan ketiga Taiwan denga straight set 21-19, 21-15.

Pasukan badminton berpasukan wanita pula nampaknya tidak dapat melakar kejutan ke atas wanita Thailand. Pemain perseorangan wanita pertama, Sonia Cheah terlalu jauh level apabila tumpas straight set dengan Nitchaon Jindapol dengan keputusan 14-21, 15-21.
Pemain beregu negara, Vivian Hoo/Tee Jing Yee memberikan sinar apabila mendapatkan mata pertama menumpaskan beregu Thailand CHAYANIT CHALADCHALAM / PHATAIMAS MUENWONG dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-15.
Pemain muda negara Goh Jin Wei pula tidak dapat menyerap tekanan dan tumpas kepada Pornpawee Chochuwong dengan keputusan 19-21, 17-21.
Beregu kedua negara , Chow Mei Kuan/Goh Yea Ching pula mudah menumpaskan beregu kedua Thailand Putita Supanjirakul/ Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 21-15, 21-15.
Pemain no 3 negara , Lim Yin Fun pula berhempas pulas sebelum tunduk kepada Busanan Ongbamrungphan dengan keputusan 21-23, 20-22.

Please follow and like us:
error0