post

Ho Yen Mei juarai badminton Terbuka Rusia selepas kecederaan panjang

Pemain badminton wanita negara, Ho Yen Mei berjaya melengkapkan kempen dalam Terbuka Malaysia selepas menumpaskan pemain dari Jepun Shiori Ebihara dalam perlawanan akhir.
Yen Mei yang beraksi bagi pertandingan pertamanya sejak Januari selepas pulih dari kecederaan menamatkan saingan dengan kemenangan rubber set 22-20, 11-21, 21-18 dalam tempoh 67 minit.
Ini merupakan gelaran kedua pemain berusia 22 tahun itu sejak memenangi Terbuka Poland pada tahun 2015.

Pasangan beregu professional lelaki negara, Mohd Arif Latif bersama gandingannya Nur Mohd Azriyn Ayub juga memenangi gelaran tanpa beraksi di akhir selepas lawan dari Rusia yang juga pilihan kedua, Konstantin Abramov-Alexandr Zinchenko menarik diri akibat kecederaan.

Please follow and like us:
error0
post

Cheam June Wei ganti Chong Wei

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan dengan menyenaraikan pemain pelapis kebangsaan yang menduduki ranking ke-81 dunia, Cheam June Wei bagi membawa cabaran negara di Sukan Asia 2018 di Indonesia, bulan depan.

Pemilihan pemain berusia 21 tahun itu adalah bagi menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CT) selepas menilai beberapa faktor utama selain mengambil kira kecederaan yang dialami seorang lagi pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

“Sebagaimana yang kita maklum, beberapa nama telah dikemukakan dan menurut keputusan yang dibuat CT untuk dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kita mungkin akan mengetengahkan Cheam June Wei sebagai pengganti.

“Kita (BAM) akan menghantar nama beliau dan memohon kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) untuk membuat pertukaran secepat mungkin walaupun proses penamaan itu telah ditutup. Namun ia ada pengecualian bagi kes-kes tertentu yang melibatkan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pakaian rasmi Asia Pacific Masters Game 2018 di sini, hari ini.

Antara pencapaian terbaik June Wei adalah menjuarai Kejohanan Terbuka Belanda pada April lepas, selain muncul naib juara Terbuka Finland (April) dan Terbuka Austria (Februari).

Pada masa sama, Mohamad Norza mengakui ketiadaan Chong Wei ternyata memberi impak terhadap sasaran pingat yang diletakkan ke atas skuad badminton negara di Indonesia.

“Dari segi sasaran pingat, sebelum ini kita sasarkan tiga, namun memandangkan Chong Wei tidak dapat bersama-sama, sasaran itu diturunkan kepada dua pingat. Tidak kira apa warna pingat sekali pun,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata perkembangan mengenai tahap kesihatan Chong Wei hanya akan dimaklumkan dalam tempoh tiga minggu hingga sebulan daripada sekarang.

“Saya sentiasa berhubung dengan beliau (Chong Wei) dan buat masa ini beliau sedang menjalani proses rawatan jadi sebaiknya kita biarkan dan berikan kesempatan untuk beliau meluangkan masa bersama keluarga.

Mungkin kita (BAM) akan maklumkan mengenai perkembangan kesihatannya dalam masa tiga minggu ke satu bulan daripada sekarang,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei tarik diri Kejohanan Dunia dan Sukan Asia

Jaguh badminton negara hampir pasti akan kempunan untuk merangkul pingat emas Sukan Asia dalam kariernya apabila dijangka akan menarik diri dari Sukan Asia 2018 dan Kejohanan Dunia di Nanjing.
Chong Wei yang dikatakan tidak hadir latihan pada minggu ini dikhabarkan mengalami masalah pernafasan yang memerlukan dia berehat hampir sebulan untuk pulih sepenuhnya.
BAM dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut selepas mendapat maklumat terkini.

BAM juga berharap orang ramai dapat memberi ruang dan menghormati privasi Chong Wei dan keluarganya buat masa ini dan meminta peminat berdoa agar Chong Wei cepat sembuh dan kembali beraksi di gelanggang.
Kami di Ligakampung juga berharap jaguh badminton negara ini sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Mungkin beliau sudah boleh mengurangkan beraksi dalam beberapa kejohanan dan lebih memilih serta mengurangkan tekanan.
Memang ada beberapa impian beliau yang tidak tercapai seperti emas Sukan Asia, Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia tapi tak mengapa. Anda tetap LAGENDA badminton negara.

Please follow and like us:
error0
post

Goh Soon Huat/Shevon juarai Terbuka Singapura tumpaskan juara Olimpik

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai membuktikan bahawa ranking bukan penentu segalanya apabila berjaya menumbangkan pasangan no 1 dunia yang juga juara Olimpik 2016, Liliyana Natsir/Tontowi Ahmad dari Indonesia.
Kejayaan itu terhasil dalam perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Singapura pada Ahad. Pasangan negara yang berada di kedudukan ke-8 dunia mengambil masa 36 minit untuk menumbangkan pasangan pilihan pertama itu dengan keputusan 21-19, 21-21-18 dalam perlawanan yang berlangsung sengit.
Atas kejayaan ini Soon Huat/Shevon berjaya membawa pulang US$28,045 selaku pemenang buat kali pertama.

Shevon berkata bahawa perancangan mereka adalah untuk melakukan aksi serangan bagi mendapatkan mata-mata berharga. Mereka juga berabgngga berhadapan dengan pasangan beregu campuran negara yang juga merupakan pasangan berpengalaman serta telah banyak menjuarai kejohanan bertaraf antarabangsa selain menjadi juara Olimpik.
Shevon juga menyatakan bahawa kemenangan ini akan memberikan suntikan moral untuk mereka beraksi dalam kejohanan Dunia yang akan berlangsung pada hujung bulan ini di Nanjing, China.
Shevon mula bergandingan dengan Soon Huat yang juga bekas pemain perseorangan negara pada November 2016 dan pernah menjuarai kejohanan Terbuka Jerman pada Mac tahun ini.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong catat sejarah pegang gelaran Terbuka Malaysia untuk kali ke 12

Lagenda badminton yang berasal dari Pulau Pinang mencipta rekod yang pasti sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa juga apabila mencatat gelaran ke 12 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Satu pencapaian yang cukup menakjubkan bagi atlet bernama Lee Chong Wei ini apabila menamatkan aksi kejohanan dengan menumpaskan pemain muda Jepun yang meningkat naik, Kento Momota. Dalam aksi yang memakan masa 1 jam 11 minit itu, Lee Chong Wei yang telah berusia 36 tahun membuktikan keupayaan apabila menentang Kento Momota yang berusia 23 tahun itu.
Pertarungan itu menyaksikan Chong Wei berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 21-17, 23-21 di Arena Axiata, Bukit Jalil. Chong Wei juga menggunakan ‘Challenge’ dalam mendapatkan mata terakhir yang juga memberikan beliau kejuaraan tersebut.

Dalam temuramah Chong Wei juga menyatakan bahawa beliau juga bernasib baik dengan beberapa keputusan net. Beliau juga menyatakan bahawa kemungkinan keputusan tidak memihak kepadanya sekiranya berlaku permainan rubber game berdasarkan stamina yang beliau ada.
“Cabaran(challenge) itu adalah 50-50, saya terpaksa menggunakannya, saya masih mempunyai dua cabaran, dan jika gagal, saya masih dalam permainan, jadi saya perlu menggunakannya. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku, “kata Chong Wei, yang terus tersungkur ke lantai selepas mengetahui dia menang dalam perlawanan itu.

Chong Wei terbaring di gelanggang selepas challenge berjaya sekaligus memberikan mata kemenangan

Mengenai rekodnya, Chong Wei berkata: “Saya selalu mencabar diri sendiri kerana saya tidak lagi 26. Saya juga berharap pemain muda akan memecah rekod saya satu hari nanti.

“Memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-12 di depan penyokong tempatan tidak mudah, saya mengalami tekanan yang sangat besar dalam kejohanan ini, terdapat ramai pemain muda dan saya adalah satu-satunya pemain lelaki Malaysia yang layak.”

“Pada perlawanan akhir, saya bertemu Momota, yang telah mencatat kemenangan 21 perlawanan berturut-turut. Malah, saya kalah dalam pertemuan sebelumnya di Kejohanan Asia, jadi tidak mudah.

“Motivasi saya adalah keluarga saya dan juga rakyat Malaysia, yang sentiasa menyokong saya. Saya kini berharap dapat terus maju dan berjaya, terutamanya dalam Kejohanan Dunia (Nanjing, China) dan Sukan Asia (Indonesia). “

Ketika ditanya mengenai rekod yang boleh dipecahkan di Terbuka Indonesia yang bermula pada hari Selasa, juara enam kali, Chong Wei menambah: “Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa, tetapi saya akan melakukan yang terbaik kerana ia bagus untuk menetapkan rekod.

“Yang lebih penting bagi saya ialah mengelakkan dari kecederaan dan memberi tumpuan kepada kejohanan utama tahun ini,” katanya.

Chong Wei mendapat US $ 49,000 (RM198,000) untuk kejayaan beliau, manakala Momota menerima US$ 23,800 (RM96,000).

Aksi Chong Wei menentang Kento Momota

Keputusan Akhir Terbuka Malaysia 2018

Barisan Pemenang Terbuka Malaysia 2018

Perseorangan lelaki: Lee Chong Wei (Mas) menang Kento Momota (Jpn) 21-17, 23-21;

Beregu Lelaki: Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (Jpn) menang Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (Jpn) 21-8, 21-10;

Perseorangan wanita: Tai Tzu Ying (Tai) menang He Bingjiao (Chn) 22-20, 21-11;

Beregu wanita: Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi (Jpn) menang Chen Qingchen-Jia Yifan (Chn) 21-12, 21-12;

Beregu campuran: Zheng Siwei-Huang Yaqiong (Chn) menang Wang Yilyu-Huang Dongping (Chn) 21-19, 21-18

Sumber :-NST

Ligakampung.com masih menunggu para pemain Malaysia lain yang akan menang dalam Terbuka Malaysia. Mampukah Goh Jin Wei untuk menang pada tahun hadapan atau ada pemain dalam kategori lain? Acara beregu nampaknya tidak boleh mengharap lagi pada Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Please follow and like us:
error0
post

Carolina Marin membawa peminat Malaysia lebih dekat dengan La Liga

Bagi peminat sukan, mungkin mengenali Carolina Marin selaku pemain badminton wanita yang hebat. Kehebatannya menjadikan beliau satu-satunya pemain dari Sepanyol yang berjaya menjulang kejuaraan dunia badminton serta pingat emas Olimpik.
Jarang sekali kita dengar pemain dari Sepanyol namun itu bukan penghalang baginya untuk membuktikan kemampuannya.
Bagi peminat badminton, Carolina akan datang ke Malaysia bagi menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2018 yang akan bermula esok (Selasa).
Pemain berusia 24 tahun itu akan menjadikan Terbuka Malaysia sebagai platform terbaik bagi menguji prestasinya sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di China pada bulan hadapan.

Demam Piala Dunia juga dirasakan oleh Carolina Marin yang telah dilantik sebagai duta untuk La Liga(Liga Bola Sepak Sepanyol). Beliau yang telah tiba untuk persediaan Terbuka Malaysia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan La Liga kepada rakyat Malaysia.
Sudah pastinya, beliau menyokong negara kelahirannya Sepanyol bagi mengondol Piala Dunia Rusia 2018 ini.

“La Liga adalah liga yang paling dikenali di dunia dan saya gembira mewakili liga bola sepak Sepanyol di negara yang indah ini,” kata Marin,

Marin, yang memenangi gelaran Kejuaraan Dunia 2014 dan 2015, yakin La Liga akan memberi impak positif untuk sukan bola sepak di Malaysia.

“Saya sangat menghargai peluang saya untuk mempromosikan nilai-nilai teras La Liga seperti semangat berpasukan, kepimpinan, tanggungjawab dan penghormatan,” tambah Marin.

“Malaysia terkenal dengan peminat bola sepaknya, menjadikannya pasaran yang sempurna untuk La Liga. Kami teruja untuk mengalu-alukan jenama ini di negara di mana rakyatnya hidup dan bernafas dengan bola sepak. ”

Sumber :-Badminton Planet

Please follow and like us:
error0
post

Peng Soon-Liu Ying raih gelaran kedua musim 2018

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying merangkul gelaran kedua musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Amerika Syarikat di California, hari ini.

Pasangan pilihan kelima tersebut, yang menjuarai Thailand Masters, Januari lalu, melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 38 minit untuk menyingkirkan gandingan pilihan keempat, Marvin Emil Seldel-Linda Efier dari Jerman dengan straight set 21-19, 21-15 pada final.

Pada kejohanan yang berlangsung di Gimnasium Fullerton Titan, China, selaku kuasa besar dalam dunia badminton, membawa pulang tiga gelaran iaitu acara perseorangan dan beregu wanita serta acara beregu lelaki.

Bekas juara perseorangan wanita Sukan Olimpik London 2012, Li Xuerui bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan pemain pilihan utama, Zhang Beiwen dari Amerika Syarikat dengan 24-26, 21-15, 21-11.

Gelaran beregu wanita menjadi milik Tang Jinhua-Yu Xiaohan apabila turut mengalami kekalahan set pertama sebelum bangkit untuk mengatasi beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kim So Yeong, 18-21, 21-13, 21-15

Dalam final beregu lelaki ,Ou Xuanyi-Ren Xiangyu mengalahkan wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho 16-21, 21-16, 21-17 manakala gelaran juara lelaki perseorangan lelaki menjadi milik pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun selepas mengalahkan pilihan keenam, Mark Caljouw dari Belanda dengan 14-21, 21-17, 21-16

– BERNAMA

 

Please follow and like us:
error0
post

Iskandar Zulkarnain akan dikenakan tindakan akibat merokok ketika saingan Piala Thomas

Patutlah nampak pancit je. Rupa-rupanya pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainudin mempunyai tabiat merokok.
Isu ini diketengahkan selepas hotel rasmi lokasi ketika saingan Piala Thomas di Bangkok tempohari telah menghantar bil menuntut bayaran disebabkan kerosakan kecil di bilik angkara mereka merokok.
Iskandar dan Arif Latif (yang baharu sahaja dibuang dari BAM) dijangka akan dikenakan tindakan berat selepas isu ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa latihan dan kejurulatihan (C&T) BAM minggu lalu.

Pengerusi C&T, Datuk Ng Chin Chai memaklumkan bahawa keputusan isu merokok akan dilakukan selepas Hari Raya dan BAM amat tegas mengenai pendirian terhadap aktiviti merokok dan perjudian.
Antara hukuman yang bakal dikenakan adalah amaran, pengantungan atau dibuang daripada BAM. Arif yang telahpun keluar dari BAM mungkin juga akan dikenakan tindakan.
Iskandar pula sedang menjalani proses rehabilitasi dan akan menerima keputusan BAM.

Jamal menjangkakan hukuman yang berat dan tidak mustahil Iskandar boleh mengucapkan selamat tinggal kepada BAM. Apatah lagi dengan prestasinya yang tidak ke mana, mungkin isu ini akan memudahkan lagi pengurusan BAM untuk menolak pemain yang bermain sebagai perseorangan ketiga dalam kejohanan Piala Thomas lalu.
Dengan usia yang dah nak ke 30-an, Jamal rasa elok Iskandar beralih arah ke era professional. Mungkin kalau main professional boleh senang nak hisap rokok. Jangan marah ye.. Nasihat je dari Jamal supaya takde budak-budak muda terikut kalau nak berjaya sebagai atlet.


Kemaskini terkini : Iskandar Zulkarnain dikenakan denda elaun bulanan dipotong 50%.

Please follow and like us:
error0