post

Bekas pemain badminton kebangsaan maut kemalangan

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton kebangsaan, Tan Chee Tean, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas.

Dalam kejadian itu, Chee Tean, 24, yang menaiki kereta, dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian.

Beliau menyertai beregu campuran dalam kejohanan ‘Czech Republic International Challenge’.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pagi ini, Chee Tean bernaung di bawah BAM selama enam tahun bermula 2012 sebelum meninggalkan badan penaung badminton negara itu pada Februari tahun ini.

“Saya amat sedih apabila mengetahui kematian Chee Tean. Beliau anak muda yang mempunyai bakat istimewa, yang mampu bermain dalam beregu campuran dan beregu lelaki.

“Pemergiannya adalah kerugian besar bukan hanya kepada keluarga beliau tetapi juga kepada pemain dan peminat badminton. Doa dan ingatan kami bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mendiang pada masa yang sukar ini,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. — Bernama

 

Kami di Ligakampung.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang. Semoga pengorbanan beliau akan dihargai oleh badan berkaitan.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei mengidap kanser hidung

Berita yang tular di media sosial mengenai lagenda badminton dunia, Lee Chong Wei nampaknya disahkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataannya mengesahkan bahawa bekas pemain nombor satu dunia itu menghidap kanser hidung tahap awal.
Menurutnya, rawatan Chong Wei di Taiwan berjalan dengan baik dan sedang dalam proses pemulihan. Sebelum ini Chong Wei telah menarik diri daripada acara yang diimpikan untuk mencapai kejuaraan iaitu Kejohanan Dunia di Nanjing,China dan Sukan Asia di jakarta-Palembang 2018 bulan lalu.
Chong Wei yang membaut proses rawatan di Taiwan sejak Julai lalu diberitakan akan pulang ke tanah air pada minggu hadapan.

Beliau yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.
Ligakampung.com mengharapkan agar kesihatan beliau menjadi semakin baik. Kami tidak mengharapkan beliau menyambung karier beliau sebagai pemain selepas ini.
Beliau perlu berehat dan mungkin boleh memikirkan yang terbaik untuk kariernya. Mungkin tidak lagi sebagai pemain sebaliknya boleh menjadi penasihat atau memiliki kelab badminton sendiri.
Cukuplah pengorbanan yang beliau lakukan selama ini.

Please follow and like us:
error0
post

Goh Jin Wei bakal ketuai skuad Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2018

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan mengetuai senarai 11 pemain skuad remaja negara bagi menyertai Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Ontario, Kanada pada November depan.
Selain Goh Jin Wei, BAM turut menyenaraikan juara remaja Terbuka Malaysia, Pearly Tan-Toh Ee Wei; pemenang gangsa remaja Asia 2017, Ng Tze Yong selain Eoon Qi Xuan, Chia Wei Jie dan naib juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Ketua jurulatih remaja negara, Kwan Yoke Meng berkata, pemain yang disenaraikan adalah pemain bawah 18 tahun terbaik dimiliki Malaysia ketika ini.

“Aidil sememangnya berhak untuk berada dalam pasukan, dia bermain dengan baik dan membuktikannya ketika sesi pemilihan apabila menang semua empat perlawanan dan hanya tewas satu perlawanan kepada perseorangan lelaki utama, Tze Yong.

“Saya harap pasukan kita mampu memenangi pingat pada kejohanan kali ini dan mengulangi pencapaian tahun lalu apabila mara ke final berpasukan campuran.

“Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada Jin Wei tetapi dia sudah mempunyai pengalaman luas di peringkat senior dan saya berharap dia mampu meraih emas untuk pasukan,” kata Yoke Meng.

Senarai pemain Ke Kejohanan Remaja Dunia 2018

Lelaki

Ng Tze Yong

Aidil Sholeh Ali Sadikin

Choong Hon Jian

Lwi Sheng Hao

Yap Roy King

Chia Wei Jie

Chua Yue Chern

Wanita

Goh Jin Wei

Pearly Tan

Toh Ee Wei

Eoon Qi Xuan

Please follow and like us:
error0
post

Dr Wan Azizah penaung baharu BAM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan menjadi penaung baharu bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya mengalu-alukan Dr Wan Azizah sebagai penaung baharu menggantikan penaung terdahulu, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Terima kasih kepada Dr Wan Azizah kerana sudi menjadi penaung BAM dan kami di BAM berbesar hati dengan kesudian beliau.

“Kami yakin sukan badminton akan lebih menyerlah dengan adanya beliau sebagai penaung baharu menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis BAM di Akademik Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini, Khamis.

Mohd Norza berkata beliau percaya selaku individu yang bermain badminton, Dr Wan Azizah sentiasa peka dengan perkembangan badminton negara.

Beliau berharap kecekalan serta kehadiran timbalan perdana menteri wanita pertama negara itu bakal menjadi contoh kepada pemain badminton negara, jurulatih serta pegawai BAM.

Dalam masa sama, BAM turut mengucapkan terima kasih atas jasa serta pengorbanan bekas penaung sebelum ini. — Bernama

Ligakampung.com mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Wan Azizah ke jawatan tersebut. Semoga dengan pelantikan penaung dari ahli kerajaan bakal menyemarakkan lagi perkembangan sukan badminton negara yang sedikit suram kini.
Dimohon juga Dr Wan Azizah akan meneruskan tanggungjawab ini walaupun sekiranya beliau telah turun dari jawatan dalam masa hadapan. Ini bagi memastikan kesinambungan BAM dalam mencorakkan lagi sukan badminton negara.
Diharap pelantikannya bukan sekadar untuk mendapat nama sahaja tetapi mempunyai matlamat tertentu bagi memastikan sukan badminton maju ke hadapan.

Please follow and like us:
error0
post

Badminton Terbuka Jepun 2018 : Goh Liu Ying/Chan Peng Song kandas di separuh akhir

Pasangan beregu campuran negara, Goh Liu Ying/Chan Peng Song tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Pasangan no 8 dunia ini memberikan tentangan sengit kepada pasangan ranking no 1 dunia iaitu Zheng Siwei/Huang Yaqiong dari China dengan keputusan 16-21, 21-17, 14-21.

Kemaraan hingga ke separuh akhir Terbuka Jepun ini menyaksikan mereka akan meningkatkan lagi ranking dan pasti akan mencabar satu lagi pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Juat/Shevon Lai Jemie untuk menjadi beregu campuran no 1 negara.
Dengan kegagalan itu menyaksikan tiada wakil Malaysia ke perlawanan akhir Terbuka Jepun 2018.

Keputusan Penuh Akhir Badminton Terbuka Jepun 2018

Perseorangan lelaki
Kento MOMOTA [3] Japan – Thailand Khosit PHETPRADAB 21-14 21-11
** Tiada wakil Malaysia mengambil bahagian. Thailand pula telah mempunyai pemain perseorangan yang nampak bakal menyinar..

Beregu Wanita
Yuki FUKUSHIMA [1] Japan Sayaka HIROTA Japan – China CHEN Qingchen [3] China JIA Yifan 21-15 21-12
**Tiada wakil Malaysia mengambil bahagian

Beregu Campuran
ZHENG Siwei [1] China HUANG Yaqiong China – China WANG Yilyu [2] China HUANG Dongping 21-19 21-8
** Goh Liu Ying/Chan Peng Song mara ke separuh akhir
** Tan Kian Meng/Lai Pei Jing hanya ke peringkat kedua
** Goh Soon Huat/Shevon Lai mara ke suku akhir

Perseorangan Wanita
Carolina MARIN [6] Spain – Japan Nozomi OKUHARA [8] 21-19 17-21 21-11
** Soniia Cheah hanya di pusingan pertama
** Goh Jin Wei hanya di pusingan pertama

Beregu Lelaki
Marcus Fernaldi GIDEON [1] Indonesia Kevin Sanjaya SUKAMULJO Indonesia – China LI Junhui [2] China LIU Yuchen 21-11 21-13
** Arif Latif/Azriyn Ayub hanya di pusingan pertama
** Ong Yew Sin/ Teo EE Yi hanya di pusingan pertama
** Goh V Shem/Tan Wee Kiong hanya di pusingan pertama

Keputusan yang mengecewakan dari wakil Malaysia.. Kebanyakan kandas seawal pusingan pertama lagi

Please follow and like us:
error0
post

Skuad badminton pulang tangan kosong

JAKARTA: Skuad badminton negara menamatkan kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang dengan rekod buruk selepas gagal menyumbang sebarang kilauan pingat buat kontinjen Malaysia.

Mengakhiri cabaran negara adalah dua pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas kedua-duanya kecundang di tangan pasangan Indonesia pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan di sini, Ahad.

V Shem-Wee Kiong tewas tipis 22-20, 21-19 dalam aksi selama 33 minit kepada gandingan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya sementara Yew Sin-Ee Yi gagal menyaingi kehabatan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

“Tiada apa lagi yang kami ingin katakan kerana kami sudah berikan yang terbaik. Kami berusaha keras di luar dan di dalam gelanggang, namun keputusan kali ini tidak berpihak kepada kami.

“Kami ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan kejayaan kami di sini. Kami tahu keputusan ini bukan apa yang semua inginkan tetapi kami telah berjuang sedaya upaya,” kata Wee Kiong kepada media Malaysia selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, Malaysia yang menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat tanpa mengira warna memulakan cabaran dengan langkah kiri selepas tewas 0-3 kepada Jepun pada pusingan pertama acara lelaki berpasukan.

Kem badminton negara terus mempamerkan aksi buruk dalam acara beregu campuran selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying-Chang Peng Soon dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas seawal pusingan kedua.

Prestasi hambar itu diteruskan dalam acara beregu wanita dan perseorangan lelaki apabila gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta dua pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan Lee Zii Jia gagal melangkah ke pusingan suku akhir. – Bernama

Ligakampung.com telah menjangkakan keadaan ini berlaku apatah lagi selepas ketiadaan Datuk Lee Chong Wei. Agak sukar untuk melihat prestasi yang baik di kalangan pemain Malaysia yang agak yo-yo . Post mortem perlu dilakukan bagi memulakan langkah ke Sukan Olimpik Jepun pada 2 tahun akan datang.

Please follow and like us:
error0
post

Liew Daren disenarai ke Sukan Asia

Aksi memberangsangkan pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren ketika aksi Kejohanan Dunia 2018 minggu lalu memberikan beliau slot bagi menggantikan pemain no 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei bagi memberikan cabaran pada Sukan Asia di Jakarta pada 18 Ogos -2 September ini.
Kemasukan beliau ke kem badminton negara ke Sukan Asia juga menyebabkan pemain muda, Cheam June Wei terpaksa mengundur diri selepas namanya yang sebelum ini berada dalam senarai dikeluarkan.

Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, BAM terpaksa mengggurkan Cheam dan menyenaraikan Daren selepas Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) di Jakarta hari ini.
Maksudnya dalam acara perseorangan lelaki kita akan diwakili Daren dan Lee Zii Jia. Dari segi lain tidak ada perubahan termasuk juga sasaran dua pingat tanpa kira warna. Kita juga tidak mahu beri tekanan kepada pemain,” kata Mohamad Norza, yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), selepas majlis penajaan oleh BATA kepada kontinjen negara ke Sukan Asia 2018 di Wisma OCM, di sini hari ini.

BATA menyediakan 650 pasang kasut jenama Power dan 650 pasang kasut kulit dengan nilai keseluruhan RM130,000.

Susulan keputusan itu, Daren akan sertai tiga pemain perseorangan lelaki yang sudah disenaraikan sebelum ini, iaitu Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven.

Mengulas lanjut mengenai Daren, Mohamad Norza berkata beliau sudah berbincang dengan pemain berusia 31 tahun itu, dan mendapat komitmen daripada pemain berkenaan untuk beraksi di Jakarta.

“Daren sanggup bersama-sama skuad negara ke Sukan Asia dan akan mulakan sesi latihan bersama-sama pasukan pada minggu depan…seminggu sebelum ke Sukan Asia,” katanya.

Daren mempamerkan semangat juang tinggi meskipun cedera buku lali kanan untuk melepasi saingan suku akhir sebelum tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China, minggu lepas.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza mengesahkan pemain beregu campuran, Goh Liu Ying akan beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang, selepas mendapat laporan kecederaan pada tumitnya daripada Institut Sukan Negara (ISN).

— BERNAMA

Tahniah Ligakampung.com ucapkan kepada Liew Daren. Diharap beliau dapat memberikan aksi yang lebih baik dalam Kejohanan Sukan Asia ini. Walaupun sukar untuk mengapai pingat emas namun segalanya mungkin sekiranya beliau berada dalam tahap terbaik nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Liew Daren tersekat di separuh akhir

Impian untuk melakar kejutan mara ke akhir terkubur apabila pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren tidak berupaya untuk menentang bintang muda dari Jepun, Kento Momota di separuh akhir.
Liew Daren yang melakukan kejutan selaku pemain bukan pilihan sehingga layak ke suku akhir mendapat perhatian peminat badminton dunia. Apatah lagi ketika aksi menentang pemain Jepun. Kanta Tsuneyama pada peringkat suku akhir beliau dalam keadaan tercedera pada set kedua namun mampu berjaya memenangi perlawanan tersebut.
Perlawanan separuh akhir menampakkan perbezaan ketara antara Liew Daren selepas tumpas dengan keputusan 16-21, 5-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 37 minit di Pusat Sukan olimpik Nanjing, China.

Pencapaian ini merupakan aksi terbaiknya dalam kejohanan Dunia sepanjang kariernya. Secara peribadi, Ligakampung masih merasakan belum cukup baik lagi tetapi kira ok sebab ada peningkatan. Dengan usianya yang telah menjangkau 31 tahun nampak sukar untuk beliau pergi lebih jauh lagi. Apapun tahniah kepada Liew Daren tapi agak mengecewakan bagi beberapa acara yang mana masih di takuk lama.
Semoga dalam Sukan Asia nanti akan berlaku kejutan buat para pemain badminton negara.

Please follow and like us:
error0