post

Chong Wei bakal beraksi di Terbuka Malaysia 2019

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek menjangkakan Lee Chong Wei akan kembali beraksi  dalam latihan selepas rehat Tahun Baru Cina.

Misbun gembira melihat kemajuan Chong Wei  sejak dia melaporkan latihan kecergasan pada awal bulan ini.

Ketua jurulatih itu berkata, pemenang pingat perak tiga kali Olimpik perlu mempertingkatkan diri sekiranya ingin beraksi di Terbuka Malaysia pada bulan April . Misbun tidak ragu-ragu bahawa bekas pemain nombor satu dunia itu akan dapat kembali berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan.

“Dia pasti boleh bermain jika dia mahu (di Terbuka Malaysia), tetapi adakah dia mahu hanya bersaing dalam kejohanan atau pergi untuk menang?” Kata Misbun.

“Dia mempunyai sasaran untuk dicapai kerana dia adalah jenis pemain sebegitu. Dia akan bermain sehabis mungkin, “kata Misbun.

“Dia mempunyai hasrat untuk kembali bermain dalam kejohanan kompetitif kerana dia sudah lama tidak beraksi.”

Pemain berusia 36 tahun itu telah keluar dari persaingan sejak Julai tahun lalu selepas didiagnosis dengan kanser hidung. Dia telah menetapkan sasaran  untuk kembali ke All-England pada Mac tetapi terpaksa membatalkan rancangannya berikutan nasihat doktor.

Misbun berkata bahawa Chong Wei telah konsisten dalam mengendalikan kondisinya dan menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Kecergasannya tidak 100 peratus lagi, dan itu dijangkakan. Terdapat banyak aspek yang masih kurang terutama dari kuatannya, dan ototnya telah lembut sedikit, “kata Misbun.

“Dia tidak  lengkap sebagai pemain sebelum ini, jadi dia belum bersedia untuk kejohanan. Tetapi saya percaya tidak ada masalah baginya untuk kembali ke tahap teratas.

“Jika dia boleh berlatih kira-kira dua jam sehari dan melakukan 20 kali dalam sebulan selepas rehat Tahun Baru Cina, dia akan dapat membina dirinya dengan baik pada tahap kompetitif di Terbuka Malaysia.”

Tanpa sebarang kejohanan sejak akhir separuh akhir Terbuka Indonesia pada bulan Julai, Chong Wei jatuh dari tangga ke-2 ke No. 31 dunia dalam ranking terbaru BWF.

Baca lebih lanjut di The Star

Please follow and like us:
error0
post

Cerita Sukan : Berat 331 pound tapi power main badminton

Jamal ditugaskan oleh boss untuk buat artikel yang orang teringin nak baca. Jamal terjumpa artikel mengenai lelaki gemuk yang handal main badminton di Indonesia ni.
Hanri Yustanto dengan berat 331 pound atau 150 kilogram berjaya membuktikan beliau mampu bersukan. Yustanto yang dilahirkan dan dibesarkan di Samarinda, Indonesia memulakan aktiviti badminton seawal usia 5 tahun dan memulakan latihan di kelab ketika usia sembilan tahun.
Walaupun dengan berat 150 kg namun skill Yusanto dalam badminton memang hebat sehingga beliau pernah menyertai kelab profesional Pusdiklat Sumber Mas Samarinda dari tahun 2000 hingga 2007.
Jamal memang kagum dengan Hanri Yustanto ni. Dari segi skill memang terbaik. Cuma mungkin dari segi pergerakan agak terbantas.Cuba korang tengok video ni

Terbaik dia nganjing pihak lawan tu. Skill pergelangan tangan dia memang superb. Memang nampak dia ayam-ayamkan pihak lawan tu. Rasa pihak lawan mesti ingat boleh makan je dia ni, sekali diaorang yang kena.

 

Kalau tak silap Jamal banyak juga pemain badminton professional yang agak gempal badannya. OOo.. sebelum kena kecam, Jamal maksudkan GEMPAL ye bukan GEMUK.

Macam Akane Yamaguchi, pemain badminton Jepun yang fizikal sedikit gempal dan rendah tapi bila beraksi di gelanggang memang kita yang tengok pun penat. Jamal walaupun minat dengan Tai Tzu Ying tapi bila tengok game Akane ni memang salute habis. Bola hantar kat mana mesti dia boleh ambil punya. Rasanya kalau Jamal nak bertarung dengan Akane pun belum tentu menang ni..

Kalau dalam Malaysia ni, bekas beregu wanita negara, Chin Eei Hui juga boleh dijadikan contoh. Walaupun berbadan gempal namun pernah dinobatkan sebagai beregu no 1 dunia satu ketika dulu dan pernah mengondol pelbagai kejuaraan bersama pasangannya Wong Pei Ty. Sekarang ni dah jadi jurulatih pasukan badminton negara.

Ia membuktikan fizikal bukanlah halangan untuk bermain badminton. Main badminton ni kena banyak berlari dan perlukan pergerak hampir setiap anggota badan.

Tetapi, Jamal tetap menyarankan agar anda yang bermain sukan untuk mengurangkan berat badan bagi mengelakkan kesan di kemudian hari terutama pada lutut anda. Kalau tengok semula kebanyakan pemain badminton yang berbadan gempal ni akan bersara lebih awal berbanding pemain bertubuh sederhana. Jamal takde buat kajian cuma berdasarkan pengamatan rambang je ni. Kalau ada yang mempunyai fakta boleh lah kongsikan dengan kami di sini ye.


Sumber :-Shuttlers

Kalau korang nak follow Hanri Yusanto ni boleh tengok link di bawah

https://www.instagram.com/yonglee15/

https://www.facebook.com/yonglee15

Pergh!! Siap mampu Half Marathon tu.. Ko mampu?

Please follow and like us:
error0
post

Puchong United BC kekalkan Kejuaraan Purple League

GENTING HIGHLANDS, 27 Jan (Bernama) — Kelab Badminton Puchong United (Puchong United BC) berjaya mempertahankan kejuaraan Purple League apabila menundukkan Kepong BC 10-6 pada perlawanan akhir di Arena of Stars, di sini, hari ini.

Kemenangan hari ini menyaksikan Puchong United BC meraih hadiah RM520,000 dan trofi kejohanan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pegawai Eksekutif Purple League Datuk Jack Koh sementara Kepong BC membawa pulang RM265,000 .

Dalam aksi hari ini, Kepong BC bertindak garang apabila pemain kebangsaan, Soong Joo Ven, menumpaskan Goh Giap Chin 3-1 (8-11, 11-6, 11-6, 11-10) dalam acara perseorangan lelaki.
Perseorangan wanita, Deng Xuan memberikan kelebihan apabila menjadikan kedudukan PUBC 4-3 selepas menumpaskan rakan senegara dari China Qin Jing Jing dengan keputusan 3-0 (11-10,11-10,11-6).

Pemain beregu Mak hee Chun/Tan Boon Heong memberikan mata tambahan selepas menumpaskan pasangan Mds Conrad Petersen/Rian Agung Saputro dengan keputusan 3-1( 5-11, 11-9,11-10,11-10).
Pasangan beregu campuran Hye Won Eom/Chun Man Tang mengesahkan kemenangan miik Puchong United BC selepas mendapatkan kemenangan 3-2 menumpaskan Yee See Cheah/Ricky KarandaSuwardi dengan keputusan 11-7, 10-11, 10-11, 11-10, 2-1.

 

Kredit Gambar : FB Purple League

Please follow and like us:
error0
post

Badminton Perodua Masters 2019 : Tiada juara di tangan pemain Malaysia

Jika dalam kejohanan pertama musim di Masters Thailand 2019 minggu lalu menyaksikan pasukan badminton negara memiliki wakil pemenang bagi beregu lelaki dan beregu campuran tetapi di Kejohanan Masters Malaysia tiada pemenang dari kalangan pemain tempatan.
Hanya Ong Yew Sin/ Teo EE Yi yang berjaya ke akhir menentang beregu pilihan pertama Marcos Gideon dan Kevin Sanjaya.
Dalam perlawanan tersebut pasangan muda negara itu terpaksa akur dengan kehebatan lawan selepas tumpas dalam masa 36 minit dengan keputusan 15-21,16-21.
Kemampuan pemain berusia 19 tahun ini melangkah ke separuh akhir tetap membanggakan sebelum akhirnya tumpas pada juara kejohanan pemain Thailand Ratchanok Intanon.
Selaku pemain bukan pilihan ia sesuatu yang mengkagumkan apatah lagi beliau berjaya menumbangkan pemain seperti Akane Yamaguchi dan He Bingjiao yang berada dalam kelompok 5 pemain terbaik dunia.
Cuma dalam separuh akhir mungkin pengalaman Ratchanok Intanon memisahkan Jin Wei dari beraksi di pentas akhir.
Begitu juga dalam beregu lelaki dimana terdapat 3 wakil pasangan negara di peringkat separuh akhir. Pemain beregu no 1 negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong juga menampakkan hasil baik apabila bertarung sengit dengan pilihan pertama Marcos Gideon dan Kevin Sanjaya.
Mungkin jika tuah memihak, tidak mustahil juara beregu dapat dimahkotakan kepada pasangan negara.

Pemain perseorangan negara , Liew Daren juga menampakkan masih mempunyai kudrat untuk beraksi di peringkat tertinggi. Menumpaskan pemain no 2 dunia, Shi Yuqi yang muda hampir 10 tahun adalah satu pencapaian baik buat pemain professional yang agak yoyo persembahannya sebelum ini.
Cuma agak menyedihkan apabila Daren terpaksa menarik diri di separuh akhir menentang juara sebenar Son Wan Ho akibat kecederaan.

[Liew Daren tarik diri hadapi Son Wan Ho

Bagi pasangan beregu campuran pula, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan ketiga terpaksa akur dengan kehebatan pilihan pertama Yuta Watanabe dan Arisa Higashino selepas beraksi sengit dalam perlawan separuh akhir sehingga ke rubber set.

Bagi beregu wanita, Vivian Hoo dan Yap Cheng Wen hanya ke peringkat kedua sahaja.

Kejohanan kali ini menampakkan sedikit sinar terutama pada pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei. Kemampuan pemain
Keputusan Penuh Kejohanan Badminton Perodua Masters 2019

Please follow and like us:
error0
post

Juara perseorangan Thailand Master 2019 sebenarnya rakyat Malaysia

Bagi anda yang mengikuti perkembangan badminton pada minggu lepas mungkin mengetahui bahawa pemain lagenda, Lin Dan ditumpaskan oleh pemain kurang dikenali dari Singapura iaitu Loh Kean Yew.
Dalam perlawanan akhir itu, Kean Yew yang berada pada ranking ke 77 dunia berjaya menempa sejarah menumbangkan Juara Dunia itu dengan keptuusan 21-19, 21-18.
Namun yang lebih mengejutkan adalah pemain tersebut adalah berasal dari Malaysia dan dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau berhijrah ke Singapura selepas mendapat biasiswa menerusi skim Foreign Sports Scholarship pada 2012.
Beliau telah memasuki Sekolah Sukan Singapura ketika usianya baru mencecah 13 tahun ketika itu.

Kean Yew dalam kenyataan sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak menyesal menukar kewarganegaraan untuk beraksi sebagai pemain Singapura. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini kurang senang dengan kaedah Singapura mengambil para pemain dari Malaysia untuk mewakili negara Singapura.

Sumber :-Dunia Sukan

Ligakampung.com merasakan ianya adalah terbuka bagi para pemain untuk mendapatkan peluang. Sekarang ni BAM dan pasukan professional Malaysia perlu membuka mata. Kejayaan Kean Yew membuktikan bahawa tidak semestinya mereka perlu berada dalam BAM untuk berjaya. Mungkin salah satu caranya adalah dengan berhijrah ke tempat lain.
Dalam masa yang sama, BAM perlu mengambil isu ini dengan serius. Mereka perlu memikirkan cara untuk memastikan pemain-pemain muda dapat kekal dan mewakili negara.
Kita tidak mahu akan ada lagi pemain seperti Kean Yew yang sanggup beraksi di negara importnya berbanding di negara kelahiran sendiri.

Please follow and like us:
error0
post

Beregu Lelaki dan Beregu Campuran Raih Kejuaraan Sulung 2019 selaku pemain Professional

Walaupun bergelar pemain professional , nampaknya pasangan beregu lelaki dan beregu campuran negara berjaya mengatasi tekanan dengan menjuarai Kejohanan Masters Thailand sebentar tadi.
Beregu campuan negara yang melalui gandingan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang turun selaku pilihan pertama tidak menghadapi masalah besar untuk menumpaskan pasangan tuan rumah Tinn Isriyanet/Chasinee Korepap dengan keputusan 21-16,21-10.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit itu, pasangan no 1 negara itu tidak menghadapi banyak masalah walaupun tekanan dari penyokong tuan rumah dirasai.
Ini merupakan satu pencapaian baik biarpun Thailand Masters tidak disertai pemain-pemain terbaik dunia. Sekurang-kurangnya ia memberikan kekuatan moral kepada bekas pemenang pingat perak Olimpik 2016 yang sedang memburu tempat ke Olimpik 2020, Jepun nanti.

Bagi pasangan beregu lelaki yang agak goyah persembahan pada tahun 2018, sudah pasti kemenangan pertama mereka di arena antarabangsa boleh menjadi pemangkin untuk meneruskan kemaraan selepas ini.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung kita-kira 32 minit, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai beregu pilihan tidak menghadapi banyak masalah menumpaskan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan keputusan 21-13,21-17.

Bagi kategoi lain tiada wakil Malaysia yang layak ke peringkat akhir. Apapun ia merupakan satu pencapaian baik bagi pasangan beregu yang mengambil keputusan untuk keluar dari kepompong BAM. Mungkin mereka mampu untuk berdikari dan semoga akan ada lagi kemenangan buat mereka dan atlet badminton negara.

Menariknya dalam kejohanan kali ini, pasangan ini bekerjasama menjadi pemerhati dalam acara masing-masing. Macam ketika pasangan beregu campuran beraksi, beregu lelaki akan melihat dan melakukan analisa dan begitu sebaliknya. Satu kerjasama yang cukup baik bagi pemain professional.

Keputusan Penuh Badminton Masters Thailand 2019

Kredit Gambar : Twitter Kota Goh

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong sah keluar BAM

Selepas berteka teki sekian lama, akhirnya pasangan beregu lelaki no 1 negara Goh V Shem bersama pasangannya Tan Wee Kiong sah keluar dari Persatuan Badminton Negara (BAM).
Pasangan yang membawa pulang pingat perak Olimpik 2016 itu mengesahkan yang mereka akan bergerak secara bebas.
BAM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa keputusan ini berkuatkuasa 5 Januari ini dimana badan induk badminton negara itu meluluskan permohonan mereka.

[ Goh V Shem/Tan Wee Kiong pasangan no 1 dunia ]

Pasangan beregu negara itu yang telah 17 tahun dalam badan induk badminton Malaysia itu kini bergelut dalam prestasi untuk bangkit ke tahap terbaik.
Pasangan ini juga telah mendapat amaran dari BAM ekoran prestasi buruk sejak dua ahun lalu. Sebelum ini gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying juga telah meninggalkan BAM pada bulan lalu.
Walaupun bergelar professional, mereka masih berimpian untuk layak ke Sukan Olimpik 2020. Menurut V Shem, mereka tetap akan berusaha untuk beraksi baik dalam kejohanan yang disertai dengan dimulakan dalam kejohanan di Thailand, Malaysia dan Indonesia Masters pada bulan ini.

Sudah pasti mereka mempunyai sebab tersendiri untuk keluar dari BAM. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan membuktikan kemampuan mereka tanpa dibantu oleh pihak BAM.
Jika sebelum ini mungkin penajaan bukanlah masalah besar tapi kini mereka perlu mencarinya sendiri. Semoga mereka mampu berjaya setelah mengambil keputusan ini.

Please follow and like us:
error0
post

Kento Momota bakal beraksi di SS Purple League

Kejohanan badminton secara liga di Malaysia iaitu SS Purple League kembali lagi.
Kejohanan yang bermula pada 21 Disember dan akan berakhir pada 27 Januari 2019 ini menampilkan lapan pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan terulung ini.
Bukan sahaja diwakili pemain tempatan, ia juga menarik minat pemain-pemain bertaraf dunia untuk sama-sama memeriahkan kejohanan yang telah memasuki tahun kelima ini.
Purple League Malaysia yang diinspirasikan oleh bekas pemain remaja kebangsaan Datuk Jack Koh yang kini memegang jawatan CEO di Malaysia Purple League. Sekiranya anda melihat kembali bagaimana tertubuhnya Purple League ini pasti anda akan melihat betapa bersungguhnya Datuk Jack Koh cuba untuk membangunkan sukan badminton di negara kita. Bukan satu tugas mudah untuk membangunkan sebuah Liga Badminton yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dengan bantuan agensi berkaitan seperti Kementerian Belia dan Sukan serta para penaja, liga ini semakin mula dikenali.

Dalam kejohanan pada tahun ini, pemain no 1 dunia dari Jepun, Kento Momota dijangka akan bersama-sama bermain Gem In Mall, Cyberjaya manakala pusingan akhir pula akan berlangsung di Genting Highlands pada 24 hingga 27 Januari 2019.

Kehadiran pemain bertaraf dunia ini pasti akan menarik minat penonton dan juga memberikan saingan sengit dalam kejohanan ini.
Kento Momota akan beraksi mewakili pasukan Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya. Selain itu, bintang beregu yang cun melecun dari Australia , Gronya Somerville akan beraksi untuk Kelab Badminton Petaling.

 Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini juga para pemain dunia pernah beraksi di Purple League. Ada juga pemain-pemain yang mula di Purple League dan mula menyinar di kejohanan antarabangsa,

Pastinya juga format SS Purple League ini cukup unik apabila ia menampilkan 11 mata dengan 3 set. Bagi mereka yang telah follow Purple League pada tahun depan mungkin sudah biasa dengan format ini.
Format yang menampilkan aksi lebih pantas kerana pemain perlu menyelesaikan tugas secepat mungkin bagi mendapatkan mata untuk pasukan yang diwakili.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1.5 juta pasti menjadi taruhan terbaik bagi menyaksikan pertarungan hebat antara para kelab-kelab tersebut.
Ligakampung.com melihat satu perkembangan positif tentang penyertaan para pemain dunia di Purple League ini. Semoga ia memberi inspirasi terutama kepada para pemain tempatan bagi mendapatkan aksi kompetitif.
Ia peluang yang baik untuk meningkatkan tahap kualiti dan skill masing-masing.

Please follow and like us:
error0