post

Liew Daren kempunan kejuaraan badminton Master Taiwan 2016

Pemain badminton negara, Liew Daren yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Master Taiwan 2016 terpaksa pulang dengan kecewa selepas terpaksa menarik diri.
Perlawanan antara pemain professional Malaysia itu dengan pemain India, Sourabh Varma menyaksikan Liew Daren ketinggalan 10-12, 10-12 pada set pertama dan kedua sebelum menarik diri pada set ketiga ketika kedudukan 3-3.

Liew yang berkedudukan 106 dunia manakala Varma kedudukan 82 hanya mampu bertahan selama 27 minit sebelum mengaku kalah atas kecederaan bahu. Dalam kedua-dua set, Liew memberikan tentangan sengit namun gagal untuk menamakan perlawanan walaupun mendahului pada set pertama dengan 10-7 dan 9-6 pada set kedua.
Ligakampung.com merasakan Liew masih boleh beraksi untuk 2-3 tahun lagi dan diharap beliau perlu membuktikan kemampuan beliau. Agak malang karier beliau tidak mencapai seperti apa yang diharapkan oleh para peminat sukan badminton bagi menggantikan tempat Datuk Lee Chong Wei.
Namun masih belum terlambat untuk beliau mensasarkan sesuatu dalam tempoh beberapa tahun ini. Mungkin beliau boleh mensasarkan kejayaan yang lebih besar lagi.

Dalam kejohanan Master Taiwan 2016 ini didapati pasukan Jepun mendominasi kategori perseorangan wanita dan beregu wanita. Agak menghairankan apabila tiada nama besar dalam kejohanan ini namun hanya satu wakil sahaja bagi skuad badminton negara.

Keputusan Penuh Badminton Terbuka Taiwan 2016

Please follow and like us:
error0
post

Badminton : Sistem kiraan 11 atau 21 ?

Sistem kiraan dalam permainan badminton berubah lagi. Jika 10 tahun lalu, Persatuan Badminton Dunia (BWF) memperkenalkan kiraan 21 mata menggantikan kiraan 15 mata, dijangkakan satu sistem kiraan 11 mata (5 game ) diperkenalkan.
Sebelum ini ada dicuba dalam beberapa kejohanan kecil termasuk di kejohanan Purple League di Malaysia tapi baru-baru ini di Kejohanan Masters Taiwan juga eksperimen itu cuba dilakukan.

Kaedah yang diperkenalkan ialah perlawanan diadakan untuk mengambil 3 set terbaik bagi setiap perlawanan. Ini bermaksud, 5 set maksimum dengan penggunaan kiraan penamat adalah 11 mata atau 2 mata perbezaan (jika terikat 10-10).
Ligakampung.com tidak arif untuk komen dengan lebih lanjut namun berdasarkan pengiraan baru ini, mungkin perlawanan akan jadi lebih pantas. Para pemain kena sentiasa FOKUS dan tidak boleh melakukan kesilapan mudah. Pemain-pemain yang lambat panas mungkin mengalami sedikit kesusahan untuk beraksi dalam sistem ini.

Diharap para pemain badminton negara telah BERSEDIA dengan sebarang kemungkinan perubahan yang bakal dilakukan oleh BWF ini. Jangan nanti memberi ALASAN kegagalan akibat tidak biasa dengan sistem baru ini.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah anda merasakan sistem kiraan 11 ini lebih baik dari kiraan 21 atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda disini.

Please follow and like us:
error0
post

Zulfadli Juarai Terbuka Russia 2016

Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Zulfadli Zulkifli semakin mengorak langkah apabila memenangi kejohanan kedua pada tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Russia di Vladivostok pada Ahad ini.
Zulfadli yang diletakkan sebagai pilihan pertama menumbangkan pemain India, Siril Verma dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-10 dalam tempoh 63 minit.

Pada bulan lepas, pemain berusia 23 tahun ini berjaya memenangi kejohanan senior pertama di Grand Prix Brazil. Pemain no 39 dunia ini akan kembali beraksi dalam kejohanan SUper Series pada Terbuka Denmark (18-23 Oktober) dan Terbuka Perancis (25-30 Oktober).
Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada Zulfadli namun beliau belum boleh berpuas hati kerana masih ramai pemain muda lain yang semakin meningkat naik. Beliau perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk cabaran dalam kejohanan lain yang lebih mencabar lagi.

Selain itu, ini juga membuktikan kemampuan beliau selaku pemain yang bukan di bawah naungan BAM tapi masih mampu mencapai kejuaraan. Cuma diharap beliau perlu lebih konsisten kerana ada kalanya kejohanan yang sepatutnya beliau mampu juarai namun kecundang pada pemain lawan.

 

Please follow and like us:
error0
post

Kian Meng/Pei Jing juarai beregu campuran Kejohanan Terbuka Thailand

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing berjaya memenangi kejohanan Emas GP pertama mereka.
Beregu campuran yang semakin meningkat naik ini berjaya memenangi kejohanan di Terbuka Thailand selepas menumbangkan pasangan dari Hong Kong Tang Chun Man/Tse Ying Suet dengan keputusan 21-16, 22-20.

Pasangan negara yang menjadi pemain pilihan ketiga kejohanan ini berjaya menumbangkan lawan dalam masa 39 minit. Kemenangan ini membolehkan mereka mengondol wang sebanyak US$9,480 (RM39,380).Sebelum ini pasangan ini pernah memenangi Kejohanan Terbuka Vietnam namun ia adalah kelas tiga.
Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu campuran negara. Cuma dalam kejohanan ini terdapat beberapa wakil dari Thailand dimana perseorangan lelaki dan beregu wanita dimenangi oleh pemain dari Thailand manakala pemain perseorangan wanita mereka menjadi naib johan.
Adakah ini bermakna Thailand telah mula mengorak langkah untuk menghasilkan pemain terbaik sedangkan Malaysia masih lagi mengharapkan kepada beberapa nama lama?

Please follow and like us:
error0
post

Cabaran Malaysia berakhir di Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan 2016

Saingan pasukan badminton negara pada kejohanan badminton Terbuka Korea Selatan 2016. Tanpa penyertaan Lee Chong Wei, wakil pada separuh akhir terletak pada pasangan beregu perak Olimpik iaitu beregu lelaki dan campuran negara.
Kedua-dua pasangan yang diharapkan merangkul kejuaraan selepas Olimpik tersungkur di separuh akhir. Pasangan beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang diletakkan sebagai pilihan kelima tumpas 21-18, 15-21, 13-21 kepada pasangan pilihan ketujuh dari China, Li Junhui/Liu Yuchen.
Untuk rekod, pasangan China itu baharu sahaja merangkul kejuaraan Terbuka Jepun pada minggu lepas.

Bagi pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula tumbang kepada pilihan utama dari Korea Selatan Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dengan keputusan 21-15, 14-21, 15-21.
Banyak yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasangan ini bagi membuktikan bahawa kejayaan Olimpik mereka bukan sekadar tuah sahaja. Mereka perlu membuktikannya dengan berjaya menjuarai beberapa Siri Super.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei juara kali ke 6 Kejohanan Badminton Terbuka Jepun

Walaupun kecewa selepas tidak berjaya menghadiahkan pingat emas dalam Sukan Olimpik baru-baru ini, semangat Datuk Lee Chong wei masih membara.
Kejohanan pertama selepas Olimpik menyaksikan pemain badminton no 1 dunia ini menjuarai Kejohanan badminton Terbuka Jepun 2016.

Lee Chong Wei yang beraksi untuk kejuaraan keenam bagi Terbuka Jepun ini berjaya menumbangkan pilihan ketiga, Jan O Jorgensen dari Denmark.
Lee Chong Wei terpaksa beraksi dalam tiga set apabila mencatat kemenangan 21-18, 15-21, 21-16 dalam pertarungan hampir 70 minit itu.

Kemenangan ini menyaksikan pertambahan koleksi kemenangan beliau pada Terbuka Jepun dimana beliau pernah menang pada tahun 2014, 2013, 2012, 2010 dan 2007.
Bagi pemain lain, pasangan beregu campuran Chan Peng Song/ Goh Liu Ying terkandas di separuh akhir manakala pemain lain tewas sebelum peringkat itu.

Tahniah kepada Lee Chong Wei dan pastinya ranking no 1 dunia masih berpihak kepada beliau.

Please follow and like us:
error0
post

Zulfadli Juarai Terbuka Brazil

Pemain perseorangan profesional negara, Zulfadli Zulkifli berjaya meraih gelaran sulungnya di peringkat antarabangsa. Kejayaan beliau menjuarai Terbuka Brazil selepas menewaskan pemain India, Anand Pawar dengan keputusan 18-21, 21-11, 21-17.
Perlawanan akhir yang berlangsung selama sejam 20 minit itu pastinya menjadi pemangkin bagi bekas juara remaja Asia dan dunia 2011 ini.

Zulfadli akan bersaing pada kejohanan Terbuka Jepun dua minggu lagi dan pastinya beliau ingin mencapai satu lagi kejayaan.
Ligakampung.com mengucapkan tahniah kepada Zulfadli namun pemain berusia 23 tahun ini perlu tahu bahawa ini hanya permulaan dan banyak lagi yang menanti.

Beliau perlu membuktikan keupayaan selepas mendapat kritikan hebat dari peminat sukan tempatan. Beliau perlu mensasarkan untuk jadi setanding dengan pemain seangkatan dengannya seperti Victor Axelsen dan Kento Momota.

Please follow and like us:
error0

Chong Wei nafi ada aset RM300 juta

Sebelum ini heboh diperkatakan, Datuk Lee Chong Wei memiliki aset bernilai RM300 juta yang dilaporkan oleh thecelebritiesnetworth.com.
Selaku pemain no 1 dunia, beliau bukan sahaja menang dalam banyak pertandingan yang menawarkan hadiah wang yang lumayan malahan menjadi duta pelbagai syarikat yang menggunakan wajah dan namanya untuk melariskan produk mereka.

Selain mendapat pendapatan hasil kemenangan, penajaan serta elaun beliau juga memiliki syarikat pemaju perumahan dengan nama Chong Wei Binajaya dimana beliau memegang jawatan selaku Pengarah Eksekutif dalam syarikat tersebut.
Sebuah kompleks sukan di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur juga diberitakan dimiliki oleh badminton no 1 dunia ini.

SkyLine GTR milik Lee Chong Wei

SkyLine GTR milik Lee Chong Wei

Beliau juga memiliki pelbagai kereta mewah seperti Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe dan banyak lagi.
Namun baru-baru ini, Chong Wei menafikan berita yang beliau memiliki RM300 juta. Beliau memaklumkan bahawa sukar untuk ahli sukan di negara ini memiliki jumlah aset seperti ini.

Sumber :- Sinar Harian
Ligakampung.com tidak mengetahui kesahihan samada kenyataan dari Lee Chong Wei atau portal celebritiesnetworth.com tapi memang tak terkejut jika aset beliau sebanyak itu berdasarkan banyaknya penajaan dan juga kemampuan beliau menubuhkan syarikat pemaju perumahan.
Apatah lagi baru-baru ini beliau mendapat secara percuma sebuah kondomunium berharga jutaan ringgit. Nampak macam mudah je, menjadi seorang pemain badminton dan berjaya menjadi jutawan tapi ia bukan semudah yang disangka. Banyak juga pemain badminton negara yang kecundang di tengah jalan.

Jadi kepada para pembaca, janganlah cemburu dengan kejayaan mereka. Untuk sampai ke tahap ini kebiasannya mereka perlu berkorban terlalu banyak masa berbanding kita. Kalau ada yang bercita-cita nak Anak mereka menjadi seperti Lee Chong Wei, anda juga perlu melakukan PENGORBANAN yang cukup tinggi.

Please follow and like us:
error0