post

Goh Jin Wei Pemain No 1 Negara

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang baru memenangi kejuaraan Sirkit Kebangsaan Grand Prix (GP) Akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad lalu secara rasmi menjadi pemain badminton nombor satu perseorangan wanita negara.
Menerusi ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Jin Wei kini menduduki tangga ke 32 dunia susulan kejayaan ke suku akhir Terbuka Macau pada minggu lepas.

Keputusan ini menyaksikan pemain berusia 16 tahun itu berada di kedudukan dua anak tangga lebih tinggi daripada senior yang merupakan pemain no 1 perseorangan wanita negara sebelum ini.
Goh Jin Wei yang memenangi GP Akhir Kebangsaan menentang Sonia Cheah dengan keputusan 21-17, 21-12 itu membuktikan kehebatan beliau walaupun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan Remaja Dunia pada tahun ini yang dimenangi pada tahun lalu.

| Pemain Berusia 15 Tahun Juarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia |

Bagi meningkatkan prestasi pada tahun 2017, Goh Jin Wei meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia serta mampu menjuarai GP emas pada musim depan.
Tahniah dari Ligakampung apabila pemain muda negara ini berjaya membawa pulang kejuaraan dan berada di kelompok pemain terbaik negara. Semoga bakat beliau itu mampu berterusan dan akan ada pencabar lain untuk memastikan perseorang wanita badminton negara mempunyai pelapis.

Please follow and like us:
error0
post

Sistem 11 mata lebih kompetitif

Baru-baru ini terdapat ura-ura untuk memperkenalkan kiraan sistem 11 mata bagi kejohanan badminton. Terdapat beberapa kejohanan telah menggunakan sistem kiraan 11 mata sebagai eksperimen.
Menurut Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang juga bekas pemain badminton Denmark, Poul-Erik Hoyer Larsen, perubahan ini mampu memberi galakan kepada pemain muda untuk lebih kompetitif dalam permainan yang lebih pantas.

The new president of the Badminton World Federation (BWF) Poul-Erik Hoyer of Denmark speaks during a news conference after the BWF Annual General Meeting in Kuala Lumpur May 18, 2013. REUTERS/Bazuki Muhammad

Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer Larsen

“Tiga perkara saya cuba hendak tekankan, pertama, kita tahu generasi muda mahu keputusan yang cepat, dan ini dapat menarik minat mereka menceburi sukan badminton.

“(Mereka juga mahu) cepat memenangi perlawanan, lebih agresif dan ini menjadikan perlawanan bertambah menarik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga SS Purple 2016/17.
Sebelum ini, BWF memberi dua pilihan di bawah sistem permarkahan baharu itu, sekiranya kedua-dua pemain mencapai 10 mata, iaitu dengan menetapkan kelebihan dua mata atau maksimum 15 mata untuk menentukan pemenang.

Sebuah portal sukan melaporkan sistem permarkahan 11 mata dicadangkan BWF itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pemain terutama pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang menyokong sistem 11 mata itu kerana ia memberi kelebihan kepada pemain berpengalaman.

“Saya merasakan pendapat itu (daripada Chong Wei) adalah baik, kami sudah menguji sistem permarkahan baharu itu, tetapi tiada bukti daripada mana-mana kajian pemain berpengalaman akan meraih lebih banyak kemenangan.

“Pemain perlu kepada ketangkasan, jika mereka yang mempunyai kekuatan mental semasa beraksi dalam sesuatu perlawanan itu ketika kedudukan mata terikat, mereka mungkin memiliki kelebihan,” sambungnya.
– BERNAMA

Ligakampung.com merasakan ia mungkin satu kaedah yang bagus untuk sukan badminton itu sendiri. Dengan sistem kiraan ini mungkin pemain akan lebih pantas dan tidak membuang mata dengan mudah. Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mengejar pemain yang mendahului kerana jurang mata tidak terlalu jauh sekiranya ketinggalan.

Please follow and like us:
error0
post

3 Kejuaraan Badminton di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia

3 Beregu Badminton Negara berjaya mengondol kejuaraan dalam Kejuaraan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Sabah itu menyaksikan wakil Malaysia mengondol 3 kejuaraan.

Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen beregu lelaki dan CHow Mei Kuan/Lee Meng Yean beregu wanita berjaya memenangi dalam kategori masing-masing.
Soon Huat yang baharu saja menukar kategori dari perseorangan berjaya mencatat kejayaan sulung selepas menumpaskan pasangan Taiwan, Yang Po-hsuan/Wen Hao Yun dengan keputusan 21-13, 21-17 dalam masa 25 minit.
Kemenangan ini merupakan kejayaan pertama beliau dalam karier selepas BAM menukar posisi beliau dari pemain perseorangan 2 bulan lalu.
Ia juga memberikan motivasi kepada Soon Huat yang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa ketika beraksi sebagai pemain perseorangan.

Bekas pemenang pingat gangsa Kejuaraan Dunia Remaja, Mei Kuan/Meng Yean pula berjaya memenangi kategori beregu wanita selepas berhempas pulas menumbangkan pasangan CHina Jiang Binbin/Tang Pinyang dengan keputusan 21-17, 17-21,21-15 dalam masa 62 minit.
Bagi pasangan Kah Ming/Juan Shen pula kejayaan mereka memenangi beregu lelaki menambah koleksi kemenangan selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Cabaran Victor di Semarang pada minggu lepas.
Pasangan beregu ini menumbangkan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao/ Yang Po-han dengan keputusan 21-9, 21-13 dalam tempoh 30 minit.

Bagi wakil perseorang lelaki R.Satheishtharan dan Ho Yen Mei pula tumpas di perlawanan akhir bagi kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita.
Ligakampung mengucapkan tahniah kepada mereka yang bakal menjadi para pelapis untuk menerajui kejohanan seperti Grand Prix , Kejohanan All England, Kejohanan Dunia dan Olimpik.
Semoga maju jaya.

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem/Tan Wee Kiong beregu nombor satu dunia

Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berjaya menduduki carta selaku pemain beregu badminton no satu dunia selepas ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF melalui laman web http://www.bwfbadminton.org menyenaraikan pasangan beregu no 1 negara di tempat teratas selepas mengumpul 71,297 mata diikuti gandingan dari China Chai Biao/Hong Wei dengan 70,220 mata manakala beregu berpengalaman dari Denmark, Mathias Boe/Carsten Mogensen di tempat ketiga dengan 67,534 mata.

Pencapaian ini dinobatkan selepas mereka muncul juara Terbuka Denmark 2016 pada 24 Oktober lalu selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Ogos lalu.
Bagi pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei masih unggul di tangga pertama dunia dengan 93,503 mata manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67.060 mata.
-BERNAMA

Tahniah kepada pasangan beregu negara yang memang mengimpikan tempat teratas itu. Diharap ia dapat dikekalkan pada tahun ini bagi memberikan mereka keyakinan dan kelebihan. Jangan pula tekanan yang dirasai selepas berada di tangga teratas nanti.

Please follow and like us:
error0
post

Skuad Badminton Remaja Dunia tumpas di perlawanan akhir

Harapan Malaysia untuk menjadi juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Sepanyol terkubur apabila tunduk kepada kuasa besar, China dengan keputusan 3-0.
Skuad China memulakan pungutan mata melalui beregu He Jiting/Du Yue yang menumpaskan beregu Tang Jie-Thinaah dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-12.

Wakil perseorangan lelaki negara, Leon Jun Hao pula tewas mudah kepada perseorangan lelaki China Sun Feixiang dengan keputusan 15-21, 13-21.
Pemain perseorangan wanita negara yang diharapkan memungut mata, Goh Jin Wei tumpas kepada Chen Yufei dalam rubber set 20-22, 21-14, 8-21.

Ketua jurulatih, Kwan Yoke Meng tetap memberikan pujian kepada anak buahnya yang berjaya melebihi sasaran untuk berada dalam kedudukan empat terbaik.
Semoga barisan pelapis negara ini akan meneruskan aksi mantap dan memperbaiki untuk masa hadapan bagi bersaing di peringkat tertinggi.

TAHNIAH dari Ligakampung.com.

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem/Tan Wee Kiong juarai Super Series Terbuka Denmark

Pemenang pingat Perak Olimpik, Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya memenangai kejohanan Super Series pertama apabila berjaya memenangai Terbuka Denmark di Odense.
Pasangan beregu no 1 negara itu berhempas pulas untuk menumbangkan pasangan dari Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet dengan keputusan 14-21, 22-20, 21-19 dalam aksi 61 minit.

Kemenangan ini pasti memberikan motivasi terbaik selepasa pasangan ini memeneangi GP Terbuka US pada tahun lepas dan Kejohanan Syed Modi pada Januari lalu.
Selain itu, pasangan Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani berjaya memenangi beregu di Kejohanan Siri Antarabangsa Swiss selepas menumpaskan rakan senegara Aaron Chia-Wong Wai Jun dengan keputusan 21-18, 21-12.

Tahniah kepada pasangan beregu negara ini. Pasti ranking mereka akan terus melonjak selepas ini.

Please follow and like us:
error0
post

Filem Biografi Lee Chong Wei bakal menemui penonton

Umum mengetahui betapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei berada di takhta sekarang selepas mengalami proses yang cukup mencabar.
Namun seberapa ketatnya latihan yang diketahui mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebuah syarikat perfileman, CB Pictures Sdn Bhd merancang untuk mengumpulkan kisah Lee Chong Wei dalam sebuah filem biografi yang dijangka akan dipasarkan pada tahun 2018.

Menurut prosedurnya, Josiah Chieng pihaknya juga dalam proses memujuk pemain tersebut untuk berlakon dalam filem tersebut. Beliau berkata selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu.
Ligakampung.com memang menantikan sebuah filem biografi sukan dan memang Datuk Lee Chong Wei adalah yang paling sesuai dengan statusnya. Selaku ikon pasti ramai yang ingin melihat pahit jerih beliau untuk berada di kedudukan sekarang.
Mungkin ia boleh memberi inspirasi kepada barisan atlet muda negara untuk berjuang seperti beliau.
Pasti pertarungan antara beliau dan Lin Dan akan ada dalam filem tersebut.

Please follow and like us:
error0
post

V Shem- Wee Kiong tempat pertama SuperSeries

Pemenang pingat perak beregu badminton Olimpik Negara, Goh V Shem- Tan Wee Kiong mencatat sejarah tersendiri apabila menduduki tangga pertama SuperSeries.
Pada Jumaat lalu, Persatuan Badminton Dunia (BWF) mencatatkan pasangan beregu pertama negara itu di menduduki tangga pertama selepas pasangan Kore Selatan, Lee Dong Yae/ Yoo Yeon Seong akan berpecah.
Ini kerana Lee Yong Dae telah memutuskan untuk bersara selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Korea pada bulan hadapan.

Mungkin ramai akan keliru kerana mereka adalah pasangan no 7 dunia dan hanya mampu melangkah tiga separuh akhir sahaja tahun ini iaitu di All England, Terbuka India dan Terbuka Korea serta suku akhir di Terbuka Indonesia.
Kedudukan ini amat penting bagi mereka kerana hanya 8 pasangan yang akan bertarung dalam Kejohanan Akhir Superseries yang akan berlangsung di Dubai pada 14-18 Disember ini.

Ligakampung.com berharap V Shem- Wee Kiong perlu menggunakan kesempatan ini untuk beraksi dengan lebih baik. Berada dalam kedudukan terbaik ini akan memberikan tekanan kepada mereka untuk beraksi lebih baik namun itu adalah cabaran bagi atlet seperti mereka.

Please follow and like us:
error0