post

Akademi Badminton Malaysia telah dibuka

 Bagi ibubapa yang inginkan anak menjadi jutawan seperti Datuk Lee Chong Wei nampaknya peluang semakin terbuka luas. Akademi Badminton Malaysia(ABM) telah dibuka di Bukit Kiara dimana ia merupakan satu pusat yang tercanggih untuk para pelatih junior badminton mengembangkan bakat.

 ABM yang dibina dengan kos sebanyak RM31 juta ini mempunyai 18 gelanggang karpet penuh telah dimulakan pembinaan sejak 2 tahun lalu. Kapasiti 120 pemain boleh berlatih di akademi itu setiap hari.

 Chong Wei yang melawat akademi tersebut berharap agar pemain junior akan lebih bersemangat selepas mendapat kemudahan bertaraf dunia. Presiden BAM, Tan Sri Mohd Al-Amin Abdul Majid dalam kenyataan media memberitahu bahawa akademi tersebut dalam sedikit pengubahsuaian dan dijangka mampu digunakan pada April. Hostel bagi akademi tersebut mampu menempatkan hampir 200 orang pada sesuatu masa.

 Sumber :- The Star

Tahniah Ligakampung ucapkan kepada BAM. Ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi sukan badminton. Semoga dengan wujudnya akademi ini akan melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0
post

Masa untuk Chong Wei berikan lebih tunjuk ajar kepada pemain perseorangan

Pemain no 1 badminton dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei telah bersedia untuk memberikan lebih tunjuk ajar kepada pemain junior di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Pemenang 3 kali pingat perak Olimpik ini seakan ingin menyerahkan baton kepada para pemain pelapis negara bagi menyambung legasinya.

“Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria sebelum ini menyatakan bahawa perseorangan lelaki kita dalam ICU dan saya tidak menafikannya’ menurut Chong Wei.

Ini ditambah dalam kejohanan Malaysian Masters di Sibu minggu lepas dimana perseorangan lelaki merupakan kategori yang paling lemah kini.

“Saya telah bercakap dengan jurulatih perseorangan (Hendrawan, Tey Seu Bock dan Indra Wijaya) dan saya akan menjadi lebih terlibat dalam membimbing para pemain. Saya akan menghabiskan lebih banyak masa dengan pemain. ” jelas Chong Wei.

Menurutnya juga, kemahuan pemain adalah yang utama bagi memastikan untuk lebih berjaya lagi.

Iskandar telah berumur 25 tahun tapi masih sukar untuk berada di kalangan 10 teratas sebaliknya, saya telah berada di Top 10 pada usia 25 tahun” menurut pemain yang telah di angkat sebagai antara lagenda badminton dunia ini.

Iskandar-zulkarnain

Fakta : setakat 28 Januari 2017 pemain tertinggi Malaysia adalah Iskandar Zulkarnain yang berada di ranking ke 29 dunia diikuti Zulfadli Zulkifli di ranking ke 30 dunia.Victor Axelsen dari Denmark berusia 23 tahun dan berada diranking ketiga dunia. Top 10 ranking dunia dikuasai oleh China dengan 3 pemain  berada di Top 10. Sumber ( BWFBadminton  , 28 Januari 2017). 

Dalam perkembangan lain, Chong Wei akan memulakan aksi di kejohanan All-England di Birmingham pada 2-12 Mac serta Terbuka India di New Delhi pada 28 Mac-2 April, Terbuka Malaysia di Kuching (4-9 April)_, Piala Sudirman di Gold Coast (21-28 Mei) dan Terbuka Indonesia di Jakarta 13 -18 Jun sebelum kejohanan yang menentukan hala tuju beliau, Kejohanan Dunia di Glasgow,Scotland pada 21-27 Ogos nanti.

Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya dan semoga beliau berjaya juga mencapai Kejohanan Dunia itu. Kami juga berhadap beliau dapat membimbing para pemain untuk mengapai peringkat tertinggi dalam badminton dan mengembalikan para pemain berkaliber perseorangan lelaki negara.

 

Please follow and like us:
error0
post

Tee Jing Yi bakal bertukar ke beregu

Pemain badminton perseorangan wanita, Tee Jing Yi mungkin akan mengambil keputusan drastik bagi meninggalkan acara perseorangan. Bekas pemain no 1 negara ini ingin mengubah dari acara perseorangan ke acara beregu wanita. Ini kerana beliau merasakan masa depannya lebih cerah jika beraksi dalam acara beregu berbanding meneruskan aksi dalam acara perseorangan wanita.

Jing Yi telah membuat keputusan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen. Beliau yang berusia 26 tahun sudah berputus asa dengan prestasinya selaku pemain perseorangan wanita selepas hanya menduduki ranking 35 dunia. Status beliau selaku pemain no 1 negara juga telah dirampas oleh pemain perseorangan muda, Goh Jin Wei yang berjaya menghuni ranking ke 31 dunia.

Beliau yang kini masih belum mempunyai pasangan tidak merasakan keputusan tersebut sebagai kerugian memandangkan buat masa ini beliau tidak mampu memberi kemenangan di peringkat antarabangsa. Beliau yang bermain dalam acara perseorangan sejak umur 13 tahun yakin dengan keputusan yang dibuat.

Ligakampung.com menyokong keputusan yang dibuat oleh Jing Yi. Dalam usia pertengahan umur, sepatutnya beliau sudah mampu menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas sekiranya ingin menjuarai kejohanan penting. Secara peribadi, ligakampung.com merasakan kecederaan berlanjutan juga menyebabkan prestasi beliau berada di takuk lama. Beliau pernah memberikan cabaran hebat kepada pemain badminton yang tinggi ranking tapi apabila baru prestasi nak meningkat kecederaan menganggu beliau. Diharap keputusan beliau ini akan memberi impak kepada sukan badminton negara. Pemain muda selain Goh Jin Wei seperti Sonia Cheah dan Ho Yen Mei untuk bersaing menempatkan diri dalam pasukan negara.

Pemain muda, Ho Yen Mei yang dijangka akan mengisi perseorangan kedua negara

Semoga majulah sukan badminton negara.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei kutip USD 171,500 hadiah kemenangan sepanjang 2016

Datuk Lee Chong Wei sekali lagi muncul pemain badminton lelaki paling banyak mengaut hadiah wang kemenangan untuk tahun 2016. Berdasarkan maklumat laman web badminton, Badzine.net Chong Wei berjaya mengutip USD 171,500(RM769,349.63) sepanjang tahun ini.

Walaupun jumlah yang tinggi namun 2 tempat teratas dikuasai oleh pemain perseorangan wanita iaitu Tai Tzu Ying dari Taiwan yang mengumpul USD 271,025 manakala Chen Qingchen dari China pula mengumpul USD 245,846.

Dalam senarai tersebut, hanya Chong Wei selaku pemain Malaysia yang berada di top 10. Beregu nombor satu dunia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong pula hanya berada di tangga ke-20 dengan kutipan sebanyak USD 95,164.

Berikut merupakan kedudukan 10 pemain yang memiliki pendapatan hasil wang kemenangan terbanyak

 

Melihat angka-angka tersebut mungkin ada yang berkira-kira nak menjadikan anak mereka selaku pemain badminton. Tapi sanggupkah anda?  Cuba baca artikel ini

 

Please follow and like us:
error0
post

Goh V Shem /Tan Wee Kiong Juara Siri Super Akhir 2016

Beregu badminton no 1 Malaysia Goh V Shem/Tan Wee Kiong berjaya mengesahkan status sebagai pasangan beregu no 1 dunia apabila menumbangkan pasangan dari Jepun Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 21-14, 21-19 dalam perlawanan akhir Kejohanan Siri Super AKhir di Dubai sebentar tadi.
Pasangan beregu negara mengambil masa 40 minit untuk menumbangkan pasangan beregu dari Jepun itu.

Ia merupakan pencapaian yang baik untuk pasangan negara dalam menempuh tahun 2017 ini. Bagi acara lain, pemain Denmark Viktor Axelsen berjaya menjuarai perseorangan lelaki manakala Tai Tzu Ying dari Taiwan menjuarai kategori perseorangan wanita.
Pemain beregu wanita dari China Chen Qingchen/Jia Yifan menjuarai kategori beregu wanita manakala pemain beregu campuran dari China Zheng Siwei/Chen Qingchen menjuarai beregu campuran.

Tahniah kepada Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang semakin mencapai kejayaan.

Please follow and like us:
error0
post

Lee Chong Wei kandas peringkat kumpulan Kejohanan Super Siri Dunia Akhir

Pemain perseorangan lelaki no 1 dunia, Lee Chong Wei kempunan untuk memenangi hadiah termahal dalam sejarah apabila tumbang di peringkat Kumpulan dalam Kejohanan Super Siri Dunia Akhir.
Lee Chong Wei yang memerlukan kemenangan bagi melayakkan diri ke separuh akhir terpaksa akur kepada pemain muda meningkat naik dari Denmark Viktor Axelsen dalam keputusan rubber set 21-14,14-21,19-21 yang berlangsung selama 1 jam 12 minit.

Ia merupakan kemenangan pertama Axelsen dalam pertemuan menentang Lee Chong Wei sekaligus memberikan peluang untuk ke peringkat separuh akhir.
Chong Wei yang sebelum ini tumpas kepada pemain Korea Selatan, Son Wan Ho pada perlawanan pertama berjaya menang ketika perlawanan kedua menentang pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Namun kekalahan kepada Axelsen menamatkan cabaran beliau pada kejohanan kali ini.

Chong Wei yang berusia 34 tahun pernah memenangi kejohanan Dunia Siri Super ini sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2013.
Ketika ini hanya pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang akan mewakili Malaysia di separuh akhir nanti.

Walaupun tumpas, bukan penamat bagi Lee Chong Wei. Beliau mempunyai misi untuk Kejohanan Dunia pada tahun hadapan. Semoga beliau berjaya mencapainya. Ligakampung.com mengucapkan selamat maju jaya untuk Lee Chong Wei serta pasangan beregu negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei tumpas aksi Kumpulan Siri Super Akhir

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen Siri Super Akhir di Dubai dengan langkah kiri selepas tewas mudah kepada pilihan kedua kejohanan dari Korea, Son Wan Ho dalam aksi Kumpulan B, hari ini.
Chong Wei yang juga juara empat kali kejohanan itu tewas 10-21, 16-21 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan.


Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mengakui, gagal mencari rentak permai­nan yang diinginkan selain ba­nyak melakukan kesilapan.
Katanya, dia akan bangkit dalam perlawanan selepas ini menentang wakil Hong Kong, Angus Ng, esok.
“Banyak kesilapan mudah dalam set pertama, set kedua lebih baik dan saya akan berusaha mendapatkan semula rentak permainan saya.
“Selepas ini saya akan cuba menggunakan permainan mudah,” katanya.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei juga tewas 7-21, 17-21 kepada pilihan kedua dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen dalam aksi pembukaan Kumpulan B.
Sementara itu, pasangan beregu lelaki yang juga pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mencatat kemenangan pertama saingan Kumpulan B selepas pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menarik diri. – UTUSAN ONLINE

Please follow and like us:
error0
post

Chong Wei menang anugerah pemain terbaik BWF

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk kali kelima malam tadi.

Chong Wei menerima anugerah itu daripada Timbalan Presiden BWF, Gustavo Salazar dalam Majlis Makan Malam Gala di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hasil daripada aksi cemerlangnya sepanjang musim ini, demikian menurut Twitter rasmi BWF: @bwfmedia.

Beliau mengetepikan beberapa calon termasuk pasangan negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, juara Olimpik, Chen Long, beregu China, Fu Haifeng-Zhang Nan dan Jan O Jorgensen dari Denmark.

Sepanjang 2016, Chong Wei memenangi kejuaraan Siri Super di Malaysia, Indonesia dan Jepun serta pingat perak Olimpik ketiganya, selain mencuba memburu gelaran Siri Super Dunia kelimanya di Dubai minggu ini.

Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun dari Pulau Pinang itu pernah memenangi anugerah sama pada 2009, 2010, 2011 dan 2013.

Bagi Siri Super Dunia tahun ini, Chong Wei diletakkan dalam Kumpulan B bersama pemain Korea Selatan, Son Wan-ho, Angus Ng Ka Long (Hong Kong) dan Viktor Axelsen (Denmark).

Kejohanan Siri Super Dunia yang menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta) dijadualkan bermula esok hingga 18 Disember di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai.

Sementara itu, pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei dipilih menerima Anugerah Pakaian Terbaik Wanita pada majlis makan malam tersebut manakala Axelsen pula memenangi kategori lelaki.

Bekas juara wanita remaja dunia, Goh Jin Wei yang dicalonkan dalam Anugerah Eddy Choong untuk Pemain Paling Berbakat, gagal menandingi pemain China, Chen Qingchen yang dipilih sebagai pemenang.

Pasangan beregu wanita Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pemain Wanita Terbaik manakala Pusarla V Sindhu dari India menerima Anugerah Pemain Paling Meningkat.

Bagi kategori badminton para, Lucas Mazur (Perancis) dan Karin Suter-Erath (Switzerland) dinamakan Pemain Para Terbaik, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita. – BERNAMA

 

Tahniah Ligakampung ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei. Semoga terus maju dan mengondol hadiah dalam kejohanan Siri Super Dunia 2016 pada minggu ini.

Please follow and like us:
error0