Carolina Marin membawa peminat Malaysia lebih dekat dengan La Liga

Bagi peminat sukan, mungkin mengenali Carolina Marin selaku pemain badminton wanita yang hebat. Kehebatannya menjadikan beliau satu-satunya pemain dari Sepanyol yang berjaya menjulang kejuaraan dunia badminton serta pingat emas Olimpik.
Jarang sekali kita dengar pemain dari Sepanyol namun itu bukan penghalang baginya untuk membuktikan kemampuannya.
Bagi peminat badminton, Carolina akan datang ke Malaysia bagi menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2018 yang akan bermula esok (Selasa).
Pemain berusia 24 tahun itu akan menjadikan Terbuka Malaysia sebagai platform terbaik bagi menguji prestasinya sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di China pada bulan hadapan.

Demam Piala Dunia juga dirasakan oleh Carolina Marin yang telah dilantik sebagai duta untuk La Liga(Liga Bola Sepak Sepanyol). Beliau yang telah tiba untuk persediaan Terbuka Malaysia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan La Liga kepada rakyat Malaysia.
Sudah pastinya, beliau menyokong negara kelahirannya Sepanyol bagi mengondol Piala Dunia Rusia 2018 ini.

“La Liga adalah liga yang paling dikenali di dunia dan saya gembira mewakili liga bola sepak Sepanyol di negara yang indah ini,” kata Marin,

Marin, yang memenangi gelaran Kejuaraan Dunia 2014 dan 2015, yakin La Liga akan memberi impak positif untuk sukan bola sepak di Malaysia.

“Saya sangat menghargai peluang saya untuk mempromosikan nilai-nilai teras La Liga seperti semangat berpasukan, kepimpinan, tanggungjawab dan penghormatan,” tambah Marin.

“Malaysia terkenal dengan peminat bola sepaknya, menjadikannya pasaran yang sempurna untuk La Liga. Kami teruja untuk mengalu-alukan jenama ini di negara di mana rakyatnya hidup dan bernafas dengan bola sepak. ”

Sumber :-Badminton Planet

1 thought on “Carolina Marin membawa peminat Malaysia lebih dekat dengan La Liga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives