post

Cara Untuk Layak ke Hoki Piala Dunia 2018

Sebelum ini admin pernah bertanyakan cara untuk pasukan Malaysia ke Piala Dunia ? Tiada balasan diterima dan hari ini admin terjumpa jawapannya.
Berikut merupakan cara bagi pasukan Malaysia untuk layak ke Hoki Piala Dunia 2018


1. Hockey World League (Liga Hoki Dunia) adalah Hockey World Cup qualification tournament. (Kejohanan kelayakan Hoki Piala Dunia).
2. Liga Hoki Dunia ini mula diperkenalkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada tahun 2012.
3. Terdapat 4 pusingan (4 peringkat) Kejohanan Liga Hoki Dunia (LHD) iaitu;

  • Pusingan Pertama,
  • Pusingan Kedua,
  • Pusingan Separuh Akhir (Kelayakan Piala Dunia)
  • Pusingan Akhir.

4. Pasukan-pasukan yg berada di ranking ke bawah layak terus ke Pusingan Pertama LHD.
5. Juara & naib juara serta tempat ke-3 terbaik Pusingan Pertama LHD akan layak ke Pusingan Kedua LHD.
6. Berdasarkan kriteria FIH, pasukan yg dipilih sebagai tuan rumah dan sebahagian pasukan yg mempunyai ranking yg lebih baik akan mendapat ‘bye’ dan terus layak ke Pusingan Kedua LHD tanpa mengharungi perlawanan Pusingan Pertama.
7. Juara & naib juara Pusingan Kedua LHD serta pasukan yg mendapat tempat ke-3 terbaik akan layak ke Pusingan Separuh Akhir LHD.
8. 10 atau 11 pasukan terbaik dunia bersama pasukan yg dipilih sebagai tuan rumah akan mendapat ‘bye’ & layak terus ke Pusingan Separuh Akhir LHD tanpa mengharungi perlawanan Pusingan Kedua LHD.
9. Pusingan Separuh Akhir LHD 2017 merupakan kejohanan kelayakan Hoki Piala Dunia 2018 peringkat terakhir di mana 5 pasukan terbaik dari 10 pasukan bagi setiap kejohanan akan layak ke Piala Dunia 2018.
10. Selain itu, 3 atau 4 pasukan terbaik Pusingan Separuh Akhir LHD 2017 bersama tuan rumah Pusingan Akhir LHD layak ke Pusingan Akhir LHD 2017.


Diharapkan para peminat dapat memahami penerangan ringkas tentang kejohanan Liga Hoki Dunia.
Setakat ini, tiada kenyataan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa tentang pemansuhan Liga Hoki Dunia.

Sumber :

Memang agak complicated dan ianya berbeza dari kaedah Bola Sepak yang ‘direct’ tapi ianya ada sebab tertentu. Hanya mereka yang pakar sahaja yang tahu.

Berita Terkini :-

Ada satu berita lagi dimana pasukan Wanita Hoki Negara masih berpeluang untuk layak ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 sekiranya berjaya menjadi juara KEJOHANAN HOKI (W) PIALA ASIA 2017 Kakamigahara, Jepun yang akan berlangsung pada  28 Oktober hingga 5 November 2017.

Pasukan yang terlibat adalah :-

1. Jepun ?? – Tuan Rumah
2. China ??
3. Korea Selatan ??
4. India ??
5. MALAYSIA ??
6. Kazakhstan ??
7. Thailand ??
8. Singapura ??

Secara realistiknya, agak sukar untuk menjadi juara kerana perlu berhadapan pasukan Jepun, China, India, Korea Selatan yang cukup gah di Asia tetapi tiada yang mustahil sekiranya barisan hoki wanita mampu mempamerkan aksi yang meyakinkan dalam kejohanan tersebut.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.