Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Image SOurce :- Beneath The Red Hood
Hari raya kebiasaannya ketupat menjadi hidangan rasmi bagi masyarakat Islam di Malaysia. Memang ianya menjadi tradisi di negara kita bagi menyambut Aidilfitri..Ia ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus. Terdapat banyak jenis ketupat antaranya ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat palas. Jadi mesti ramai diantara anda yang ingin belajar cara-cara menganyam ketupat secara mudah..
Ini video cara-cara masak ketupat.. . Layankan
Anyam Ketupat
Beras ke Ketupat
Video Rebus Ketupat
Sesiapa yang tak boleh buka youtube boleh belajar kat website solocybercity
Lepas ni saya akan upload video rebus ketupat pula.. Belum buat lagi..
RSS Feed
Twitter



September 19th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


tukang tengok pandailah.nak buat tak adalah……
Reply
Aku pandai mengayam ketupat tp tak pernah kemas. Tangan ku tak berseni. hihihh
Reply
safar –> samalah.. setakat rebus tu taulah nak anyam memang terbelit tangan pun tak jadi2..
fatin pauzi –> aku langsung tak jadi.. adik, mak,bapa ngan abang je reti.
Reply
I dont understand!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:(. but cool website
Reply
zool
Reply:
September 26th, 2009 at 12:32
don’t understand?? Just watch the video without sound…
maybe you can understand a bit
Reply
Tak semua orang boleh mengayam seni tahunan turun temurun ini walau bagaimana jenoh mempelajari nya. Tetapi, ibarat sudah di takdirkan oleh Allah Taala, jika dengan keizinan Nya, belajar sebentar saja, sudah dapat memulakan penganyaman. Itu lah pengalaman dari saya yang mempelajari cara cara mengayam ketupat dari Aruah nenek saya. Semua saudara mara saya tak dapat memahami nya termasok juga ibu saya sendiri tetapi cuma saya saja yang di takdirkan dapat mengayam ketupat dalam masa yang terlalu singkat ( sebiji seminit )
Jika ada sesiapa yang tidak tahu cara seni ini, cuba lah sedaya upaya untuk mempelajari nya tetapi jika sudah di takdirkan tidak faham juga, lupakan saja kerana sehingga tua pun tetap tidak dapat menganyam nya. Tetapi, jika sudah pandai menganyam ketupat, walau bertahun tidak menganyam nya, apabila teringin mengayam, tetap menjadi kerana ia nya tak akan hilang dari ingatan. Sama keadaan nya jika seseorang yang sudah mahir membaca Al Quran, tetapi jika sudah bertahun tidak membaca nya, dan apabila ingin membaca semula akan ayat ayat Al Quran tadi, pembacaan tetap lancar dan teratur kerana ingatan terhadap cara cara membaca tetap tidak akan lenyap dari ingatan dengan seizin Allah Taala.
Walaubagaimanapun, satu petua cara cara mengayam ketupat ialah, jari hendaklah sentiasa basah kerana daun kelapa terlalu licin untuk di sentuh dan jika jari jemari terlalu kering, daun kelapa tak akan kekal di tangan dan seringkali terjatuh kerana kelicinan akan daun tadi yang mana menjadikan untuk belajar menganyam selalu tak menjadi.
Sudah bertahun saya tinggal menetap di Belanda dan selama itu juga saya tidak menganyam ketupat maklum lah perayaan Hari Raya di Belanda ( Aidil Fitri ) tak pernah wujud lainlah jika di negeri sendiri. Walaubagaimanapun, jika di beri daun kelapa untuk di jadikan ketupat, saya masih mampu menganyam nya dengan sempurna.
Reply
Kalau nk buat ketupat palas, click kat sini ada cara mudah..
http://www.youtube.com/watch?v=JeIe8Gkw9ss
Reply
aku cukup beruntung coz bisa menganyam Ketupat: http://www.youtube.com/watch?v=3d4vNy_-fJE
salam,
dasril.com
kodzan.blogspot.com
Reply