LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Cara Bermain 9-Ball Pool

Untuk kali ini Jamal telah diminta oleh boss untuk menulis mengenai permainan pool iaitu bagi kategori 9-ball pool. Jamal bukan pakar dalam permainan indoor games ni tapi memandangkan telah diberi tugas maka Jamal cuba sebaik mungkin untuk menulis artikel mengenai salah satu jenis kategori dalam permainan pool.

Sebelum tu elok kiranya Jamal terangkan serba sedikit mengenai pool ni. Ia merupakan sukan dalam (Indoor sport) dimana permainan dilakukan di meja yang mempunyai 6 poket dimana bola perlu dimasukkan ke dalamnya. Dalam pool terdapat banyak kategori seperti ‘ eight-ball’, ‘nine-ball’, ‘ten-ball’,’seven-ball’, ‘straight pool’ dan banyak lagi.

Seperti yang Jamal bagitau sebelum ini, Jamal akan menerangkan mengenai kategori ‘9-ball pool’.

PENGENALAN

Namapun 9-ball jadi ianya mempunyai 9 biji bola yang disusun di dalam cue. Pemenangnya adalah pemain yang berjaya memasukkan bola no 9 yang berwarna kuning dan putih(sila rujuk gambar di bawah ni). Untuk memasukkan bola tersebut anda perlu memasukkan bola lain secara turutan.

SUSUNAN

Susunan bola juga sedikit sukar memandangkan hanya terdapat 9 bola dimana akan terdapat 6 ruang kekosongan ketika meletakkan bola di segi tiga (triangular) tu(rujuk gambar bawah). Susunan bola tidak tetap cuma no 9 mesti di tengah dan no 1 di hadapan.

PERATURAN

Peraturan adalah mudah dimana anda perlu memasukkan semua bola mengikut turutan dengan diakhiri bola bernombor 9. OO ye, tak semesti anda kena masukkan nombor ikut turutan tetapi yang pastinya anda perlu menembak bola ikut turutan. Sebagai contoh : kalau sekarang ada no 2, anda perlu menembak kea rah bola nombor 2. Tetapi sekiranya bola nombor 2 yang ditembak itu mengenai bola nombor 5 maka anda tetap dikira lepas untuk tembakan selanjutnya. Kalau terus tembak dan kena no 9 lagi cantik, anda dah terus menang je game tu.

Sekiranya tembakan anda tidak memasukkan bola maka pusingan anda akan diambil oleh pihak lawan.

DENDA (FOUL)

Anda akan dikenakan denda sekiranya :-

  • Melanggar atau mengusik bola putih(bola yang disasarkan tu)
  • Dilatih dalam perlawanan
  • Menonjol bola dengan kedua-dua belah kaki tidak dijejak lantai
  • Bola putih masuk ke poket atau terkeluar dati meja
  • Menembak bola tidak mengikut turutan
  • Bola putih tidak terkena sasaran
  • Memasukkan bola 9 dan juga bola putih sekaligus

Selepas dikenakan denda, pemain lawan boleh meletakkan bola tersebut di mana-mana kawasan di meja.

PERKARA LAIN PERLU DIKETAHUI

  • Sekiranya seseorang pemain melakukan kesilapan(denda) tiga kali berturut-turut maka perlawanan tersebut secara automatic dimenangi pihak lawan.
  • Bola dan poket lebih besar dari bola ‘8-ball’

Itu serba sedikit yang dapat Jamal terangkan mengenai permainan pool ‘9-ball’ ni.  Untuk lebih lanjut korang boleh tengok video ni

Sumber :-Rileys.co.uk

Sukan pool 9 ball ini ada dipertandingkan di Sukan SEA namun para atlet Malaysia semakin suram dengan sukan ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)