Cara bayar saman MyEG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Berita tentang kenaikan bakal saman kompaun oleh JPJ nampaknya memberikan impak kepada rakyat Malaysia. Dan sudah pasti ianya sedikit sebanyak menakutkan pengguna jalanraya. Jika dahulu samannya RM 300 dijangkakan kenaikan menjadi RM 1,000. Jadi kepada yang ingin memakai kereta yang laju-laju tu fikir-fikirkanlah ye..

Kepada rakan-rakan yang mengikuti blog ini mungkin pernah membaca kisah kena saman traffik . Disebabkan atas rasa tanggunjawab si Zool mengambil keputusan untuk membayar saman tersebut dengan menggunakan kaedah online iaitu melalui portal MyEG. Berdasarkan penggunaan saya mendapati perkara berikut :-

1. Kaedah ini lebih mudah.. Tak perlu beratur atau pergi ke balai polis traffik berdekatan. Cukup dengan hanya klik mengikut arahan yang diberikan. Cepat dan mudah. Waktu malam pun boleh bayar..
2. Data tidak dikemaskini ‘on the spot’. Data saman masih wujud dalam sistem MyEG walaupun anda membayar. Melalui pengalaman ianya dikemaskini selepas 2 hari waktu bekerja. Kes ini berlaku mungkin disebabkan pihak penerima bayaran ( dalam kes si Zool PDRM) perlu menerima wang tersebut dari bank sebelum pangkalan data dikemaskini. Saya mengetahui sedikit sebanyak prosedur ini kerana pernah berurusan untuk sistem pembayaran online.. Memang bukan mudah nak setting ni..
3. Dari segi transaksi mudah bagi saya yang mungkin mempunyai pengalaman pembayaran online. Bagi yang tak pernah menggunakan perbankan online mungkin sukar. Selain dari penggunaan perbankan online, kad kredit juga diterima..
4. Interface yang digunakan mudah difahami.. Tak terlalu banyak klik cuma masa nak pergi ke perbankan online tu banyak ‘pop up window’. Biasalah bagi transaksi online..
5. Kalau dalam notis MyEG dinyatakan ada diskaun bagi yang membayar awal tetapi takde apa-apa pun. Si Zool membayar harga yang sama je.. Tak pelah.. Bayar je lah.. Lepas ni tak payah fikir lagi..


Pembayaran telah pun dilakukan. Walaupun ada rakan yang memberitahu bahawa mempunyai kabel untuk dapat diskaun tetapi tak perlu berpaling. Keputusan telah dilakukan dan tak perlu nak menyesal… Berikut merupakan gambar-gambar screenshot ‘cara-cara bayar saman melalui MyEG’. Harap-harap anda boleh menjadi rujukan anda .

1. Masuk ke website MyEG.com.. Mula-mula anda perlu mendaftar sebelum boleh log in ke akaun…
Photobucket
Ini merupakan screenshot pandangan pertama website MyEG.. Lepas daftar log in guna nama dan kata laluan anda..

2. Dah log in , anda akan bertemu page ini pula.. Pilih mana agensi yang telah menyaman anda.. Anda juga boleh menyemak sekiranya tak tau agensi yang telah memberi saman .. Dalam kes si Zool, polis traffik iaitu dalam agensi PDRM..
Photobucket

3. Anda akan sampai ke page yang comel ni plak.. Lebih kurang je design antara agensi..
Photobucket
Okay pilih je apa saman anda. Dalam kes Zool, memilih no pendaftaran kereta dan no kad pengenalan..

4. Terpaparlah jumlah saman yang perlu dibayar..
Photobucket
Kalau nak bayar. Tick kat saman dan tekan proceed..
5. Anda akan ditunjukkan jumlah bayaran beserta bayaran perkhidmatan RM2.00 . Kira oklah tu kan. Mana ada perkhidmatan percuma kan… Tak payah beratur nak pergi traffik lagi..
Photobucket
6.Akan keluar pop up window ni .. Pastikan juga pop up blocker di disablekan..
Photobucket
7. Pilihan bank ( ni tak sempat nak print screen .. ) , SI Zool menggunakan maybank2u..
Photobucket
8. Page yang ini perlu dipaparkan.. Maklumat mengenai pembayaran yang ingin dilakukan..
Photobucket
9. Perbankan online akan menghantar no pin transaksi(TAC). Biasanya TAC akan di hantar ke no hp yang anda daftarkan..
Photobucket
Photobucket
10. Pembayaran telah disempurnakan
Photobucket
Okay dah selesai pun bayaran. DUit anda dibank akan ditolak .. Pastikan anda mencetak resit dari pihak bank dan portal untuk rujukan. Mana tau sekiranya ada masalah ‘network’, takut nanti tak sampai pula kat pangkalan data.

Photobucket
Resit dari pihak bank..
Photobucket
Resit dari portal website..
11. Anda juga digalakkan untuk menghantar emel untuk kepastian. Si Zool telah menghantar dan mendapat resit online ..
Photobucket

Akhir sekali, cuba semak di MyEG, insyaallah maklumat saman telah dikeluarkan. Kalau masih tak berpuas hati boleh terus ke agensi berkaitan..
Okay cukuplah setakat ini. Harap-harap sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk membayar saman secara online melalui MyEG, gerbang pembayaran e-Kerajaan..

p/s:- Harap-harap pihak pengurusan MyEG baca blog ni.. Bolehlah bagi diskaun untuk pembaharuan cukai jalan yang bakal dibuat pada bulan Jun ni.. Harap je..

Pengunjung Entri Ini :19059

16 Responses

  1. MelzNo Gravatar says:

    hoho rajin kau zool bikin step ;]

    neway thanks yoh coz share benda camnie , lepas nie kalau kena [ops harap tak lah]

    boleh refer sini ;] .

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jgn lah kena bro..
    silap haribulan tak lama lagi naik kompaun nya

    Reply

    hussein_ridwan@yahoo.comNo Gravatar Reply:

    Jangan silap bro. Bagus sangatlah si zool tu. Dah terebang RM302.00 handa aja nak tulis cerita pulak. Ingat senang nak cari duit sebanyak itu. Anak boleh tak menyusu sebulan! Zool itu watak ciptaan aja. Sebenarnya Myeg official yang reka cerita. Lakunan aja. Orang dia. Tapi apapun tak kiralah. Terima kasih ajelah. Mesejnya adalah untuk didik kita supaya bayar saman pakai online. Iklan beb.

    Reply

  2. kenwooiNo Gravatar says:

    interesting.. i used to try to check once.. but cant.. so i gave up.. lol
    maybe i’ll try checking again =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    maybe you must try again..

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    wooO..thanks so much..aaa syia ni susah ati la pulak klua check2 kene saman

    Reply

  4. Bb HussainNo Gravatar says:

    wahh..complete from a to z..bagusnyer

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kongsi2 je…

    Reply

  5. imranNo Gravatar says:

    Bagus tutorial ni. Takde la orang yang tak bayar saman lepas baca panduan ni :D

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mustahil takde org tak bayar saman..
    panduan ni cuma perkongsian ilmu je.. mesti ramai tak nak bayar saman lagi

    Reply

  6. emonNo Gravatar says:

    tq kerana kongsi bnda2 mcm ni…..berguna sgt kbetulan sy nak byar saman tp xtau cara dia..nsib baik jmpa step kt sni….tq sngat2

    Reply

  7. izwanNo Gravatar says:

    nak tanya skit, knape pop up maybank2u x kluar? dh banyak kali try tp x dpt gak…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mungkin web browser tu pop up blocker di disable kan.. cuba tengok

    Reply

  8. anjungNo Gravatar says:

    Terima Kasih

    Reply

  9. udinNo Gravatar says:

    untuk dapat online resit dari PDRM tu emel kat adress mane ye? berapa hari baru die reply?

    Reply

  1. 2013/04/04

    [...] CARA BAYAR SAMAN MELALUI MYEG [...]

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam