Car-seh, perkhidmatan mencuci kenderaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni terbaca suratkhabar Sinar Harian ( Suara Cakna Komuniti Anda – suka tagline dia ) mengenai satu program pembasmian kemiskinan yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Melaka Tengah untuk membantu golongan miskin di daerah ini. Perkhidmatan mencuci kenderaan di lokasi Wisma Negeri ini dengan pekerja yang diambil dari senarai E-Kasih. Apa tu E-Kasih? Mesti ramai yang tertanya-tanya .. Ia adalah satu sistem yang dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pangkalan data rakyat miskin seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut singgah ke portal E-Kasih.


Gambar Hiasan semata-mata.
Image Source :- Princetonacademy

Program yang dinamakan ‘Car-Seh’ yang bermaksud ‘kereta bersih’ mensasarkan golongan yang kurang berkemampuan untuk berusaha dalam mencari wang. Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.

Memang menarik sekali program yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Melaka Tengah. Ini memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk berdikari. Dari asyik mengharapkan bantuan Kerajaan setiap bulan ia mampu membantu mereka mengeluarkan diri dari garis kemiskinan.

Insyaallah kalau ada kesempatan, saya akan cuba menghantar ‘Silver Ray’ di sana untuk dimandikan.

Kredit Berita untuk Sinar Harian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1161
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Car-seh, perkhidmatan mencuci kenderaan”

  1. beliamudaNo Gravatar says:

    bagus la ada program macam ni.. buleh bantu golongan yang memerlukan..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    bagus2 program mcm ni
    boleh menambah pendapatan diaorangkan. hehe :)

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    bantu orang yang memerlukan.

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    beliamuda + knizam + safar –> Memang bagus usaha yang dibuat oleh Pej Daerah Melaka Tengah ni.. Masa baca tu terus je tulis kat blog. Sebab rasa ianya sesuatu yang perlu dicontohi.. Bukan oleh kerajaan je.. NGO pun sama

    Reply

  5. tapi kalau lebih dari 3 buah kereta kita basuh…letih ooo.. :)

    Reply

Leave a Reply