Capati Tehel, best woo

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dikasihi..

Sebenarnya sekarang ni saya tengah menghirup mee segera jadi tengah-tengah syok melayan rasanya boleh tune kepada cerita makanan.

Idea saya kutip dari artikel di Utusan Zon Selatan bertarikh 27/01/2008 Capati Tehel jadi tarikan
Sebelum bercerita tentang capati Tehel elok kiranya kongsi sedikit info pasal capati ni…Mungkin ada antara anda yang tidak berapa kenal dengan capati ni.. Almaklumlah makanan ini lebih digemari oleh kaum India.. Tapi cuba tengok gambar di bawah dulu.. Mana tau anda pernah menjamahnya..

Amacam?? Kenal ?.

Kalau dah kenal mari selidik sedikit sebanyak makanan ni..

Untuk pengetahuan anda semua, capati merupakan makanan ruji yang sering menjadi santapan masyarakat India. Dan yang baiknya ia kurang minyak berbanding roti canai dan sesuai untuk mengurangkan berat badan ( saya pernah disyorkan oleh jururawat satu ketika dulu kerana BMI tidak sepadan..).. Jadi ianya lebih menyihatkan.. Ye ke??Kena tanya doktor Sarah la ni.. Saya tak tau..

Okay cukup pasal info capati .. Untuk keterangan lanjut boleh tanya kawan saya, Cik N*** atau mamak berhampiran.. Malu?? Boleh try sini..
Mesra.net Resipi Capati

Sambung ke tajuk asal iaitu Capati di Tehel yang menjadi tarikan ramai. Secara jujurnya saya hanya 2 kali pernah membeli di ‘Warung Capati Tehel’ di Batu 9, Jalan Tehel . Tapi memang diakui kuah karinya ada rasa unik yang mengujakan.. Seingat saya bulan lepas saya membeli roti jala dan kuah kari ayam.. Almaklumlah dah bertahun-tahun berazam nak membeli kat situ.. Kali pertama diperkenalkan oleh rakan saya, KPSU(PA) hampir lapan tahun yang lalu. Lama tu..

Warung yang dibuka kecuali Hari Jumaat bermula 5.30 petang ini sentiasa dipenuhi pelanggan samada yang berhampiran atau di luar kawasan.. Malahan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata merasai kesedapannya.. ( tak gitu kumbang?).. Malahan peniaga terbabit yang berasal dari Pakistan mampu meraih pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.. Pergh gaji 2 1/4 bulan si ZOol tu..
Memang mantap sekali…

Jadi kalau ada sesiapa yang datang Melaka, janganlah asyik ingatkan ikan bakar je cam Mail... Apakata cuba makanan lain cam Capati Tehel ni.. Saya sedia menunjukkan kedainya ..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :6244
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

19 Responses to “Capati Tehel, best woo”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    kat mana ni zool ?
    kt melaka ke ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kat Melaka. Tehel..
    Ada berani?? Belanja aku???

    Reply

    KNizamNo Gravatar Reply:

    ke arah mana sebenarnya tehel ni eh ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Hm.. Camne nak cakap ek..
    Jalan dari Bemban ke Ayer Molek..
    Sebelah dengan reban ayam…
    Kalau ko nak pegi contact aku….

    Nanti boleh aku tunjukkan makanan best2 kat Melaka ni

  2. oktantNo Gravatar says:

    rasanya kalo gi kedai mamak, sy mmg selalu makan capati drpd roti canai. nampak cam sedap jer tu. :)

    Reply

  3. kumb@ngNo Gravatar says:

    zool…taknak tekel anak tokey kedai ke?pakistan + melayu tuuu….

    capati + kari kambing….pergh!! cuba jangan tak cuba….

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kumb@ng –> huhuhuhuhuhuhuhuhu… pandai je ko ek.. aku tak terpk pun ke situ walaupun tau ada anak dara kat situ..

    Reply

  4. UMARNo Gravatar says:

    SALAM ZIARAH,nice blog.erm sye nak jemput tuan rumah atau sesape je dtg ke kenduri blog sye di http://sabtu-day.blogspot.com .n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye

    Reply

  5. CyzaNo Gravatar says:

    Hmmm menggiurkan dan menyelerakan…

    Reply

  6. izanNo Gravatar says:

    izan hnya tahu mkn roti canai jer..:D. itu pon roti kosong.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala rugilah camtu.. capati ni kurang minyak berbanding roti canai..
    kawan izan pandai buat capati .. cuba tanya dia..

    Reply

  7. haritzNo Gravatar says:

    Untuk makluman, abang saya penjual roti canai dan capati dan saya sendiri pelajarinya. Setahu saya capati lansung takder minyak dari pembuatan hingga bakar, semua tak pakai minyak. Bagus untuk kesihatan.

    ps: strongly recommend

    Reply

  8. sitiNo Gravatar says:

    warung capati ni kt umha aku jer…
    mmg sedap pun..
    kuah dia pekat giler…
    klu order,x cukup satu..mesti nak lebih..

    Reply

  9. Azhar AhmadNo Gravatar says:

    Tak terkehel ke makan capati tehel?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak de terkehel la..
    kecuali masa makan asyik pandang anak dara tokei.. tu memanglah

    Reply

  10. YusNo Gravatar says:

    Wo kg aku tuuu.. kat ngan umah lg tapi aku pun tak pernah pergi la plak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Ala kalau segan tapau je la… pedehal..

    Reply

  11. izaimizaNo Gravatar says:

    best la…tp ada ker kedai mamak yg ummphh?? slalu p kedai mamak yg alahai…..nk mkan pun rsa susah.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Memang best.. Senang je

    Reply

Leave a Reply