Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dikasihi..

Sebenarnya sekarang ni saya tengah menghirup mee segera jadi tengah-tengah syok melayan rasanya boleh tune kepada cerita makanan.

Idea saya kutip dari artikel di Utusan Zon Selatan bertarikh 27/01/2008 Capati Tehel jadi tarikan
Sebelum bercerita tentang capati Tehel elok kiranya kongsi sedikit info pasal capati ni…Mungkin ada antara anda yang tidak berapa kenal dengan capati ni.. Almaklumlah makanan ini lebih digemari oleh kaum India.. Tapi cuba tengok gambar di bawah dulu.. Mana tau anda pernah menjamahnya..

Amacam?? Kenal ?.

Kalau dah kenal mari selidik sedikit sebanyak makanan ni..

Untuk pengetahuan anda semua, capati merupakan makanan ruji yang sering menjadi santapan masyarakat India. Dan yang baiknya ia kurang minyak berbanding roti canai dan sesuai untuk mengurangkan berat badan ( saya pernah disyorkan oleh jururawat satu ketika dulu kerana BMI tidak sepadan..).. Jadi ianya lebih menyihatkan.. Ye ke??Kena tanya doktor Sarah la ni.. Saya tak tau..

Okay cukup pasal info capati .. Untuk keterangan lanjut boleh tanya kawan saya, Cik N*** atau mamak berhampiran.. Malu?? Boleh try sini..
Mesra.net Resipi Capati

Sambung ke tajuk asal iaitu Capati di Tehel yang menjadi tarikan ramai. Secara jujurnya saya hanya 2 kali pernah membeli di ‘Warung Capati Tehel’ di Batu 9, Jalan Tehel . Tapi memang diakui kuah karinya ada rasa unik yang mengujakan.. Seingat saya bulan lepas saya membeli roti jala dan kuah kari ayam.. Almaklumlah dah bertahun-tahun berazam nak membeli kat situ.. Kali pertama diperkenalkan oleh rakan saya, KPSU(PA) hampir lapan tahun yang lalu. Lama tu..

Warung yang dibuka kecuali Hari Jumaat bermula 5.30 petang ini sentiasa dipenuhi pelanggan samada yang berhampiran atau di luar kawasan.. Malahan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata merasai kesedapannya.. ( tak gitu kumbang?).. Malahan peniaga terbabit yang berasal dari Pakistan mampu meraih pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.. Pergh gaji 2 1/4 bulan si ZOol tu..
Memang mantap sekali…

Jadi kalau ada sesiapa yang datang Melaka, janganlah asyik ingatkan ikan bakar je cam Mail... Apakata cuba makanan lain cam Capati Tehel ni.. Saya sedia menunjukkan kedainya ..

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (19)