Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni nampaknya ada sedikit masyuk.. Nampaknya telah ada rakan-rakan yang membeli baju reunion malahan mungkin ada penambahan lagi.. Syukur rezeki Allah. Dan nampaknya tak lama lagi rumah saya akan berpenghuni. Sedih juga tapi dari dikosongkan dan dihuni oleh makhluk halus eloklah di sewakan kepada orang yang memerlukan.. Dapat dijaga sikit rumah tu.. CUma nampaknya bendi kat sana tak tau ceritalah lepas ni..
Ok cukup dengan mukadimah yang agak panjang tu. Cerita tentang tajuk di atas yang agak sinonim dengan masyarakat kampung..
Mungkin ramai yang pernah ternampak alas kaki seperti diatas.. Sebenarnya saya terasa ingin menulis mengenainya selepas melihat ledakan fesyen terbaru di mana ramai individu yang memakai alas kaki ala-ala selipar berwarna warni tu.. Minta maaf saya tak tau apa namanya tapi memang banyak di pasaran sekarang..

Ni gambor dia..
Kalau gi masjid selipar jenis tu berteraburan di sana sini..
Ini menyebabkan saya terfikir bagaimana pula dengan warisan orang Melayu ni, capal… Adakah ianya akan ditelan zaman disebabkan oleh arus kemodenan masakini??
Mungkin ada adik-adik kita yang tidak pernah melihat capal.. Kalau dilihat capal merupakan salah satu keunikan rekabentuk oleh orang Melayu.. Ianya amat selesa dan menampakkan prestij pemakainya.
Capal juga ada beberapa jenisnya.. Kalau yang murah tu diperbuat dari kayu tapi yang lebih berkualiti diperbuat dari kulit.. Tak silap saya, kulit kambing sering digunakan (betulkan kalau salah)..
Dulu zaman-zaman saya muda dulu memang sering membeli capal terutamanya waktu raya.. Di Jasin pun ada pembuat capal buatan tangan tapi tak tau samada masih beroperasi lagi atau tak..
Adakah anda masih memakai capal ?? Agak-agak anda masih mempunyai kuasa beli lagi tak capal di kalangan rakyat Malaysia?? Jom bincang-bincangkan dan layan…
Berikut merupakan website berkenaan capal yang dijumpai :-
Selipar Capal Buatan Tangan
RSS Feed
Twitter



February 22nd, 2009
zool
Posted in
Tags: 


aku ada capal. keras lagi. hehe
asyik gigit kaki aku je.
aku belum beli lagi kaki buaya tuh
Reply
hohoh aku ade capal jugak.. dan juga selipa yg ko kata melambak kat masjid tu.. hohoho capal tu aku gina masa raya je.. sayang beb nak guna buat memain ni… yg seliper tu xde la sayang sgat.. hohoho
Reply
Croctu…nmpak cm selipar tndas aja…tapi mmg ramai yang minat. Aku pun sket lagi jual Crocs…stok dah ada, cuma nak promosi aje nie…
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2009 at 15:13
Tak nak jadi peniaga capal ke??
Takkan jual brg omputeh je?
Reply
zaidi ismail
Reply:
January 14th, 2011 at 14:41
mmg meniaga capal pun sekarang ni….
mmg minat sgt2 capalni..tu yang ttry jual n promot kat kawan2…sbb ramai dah tak pakai capal sekarang….hanya msa mjlis kawin jer baru pakai…ngn raya…hehhee
Reply
err…. gua tak ader capal sebab tak sedap nak pakai… kena gigit selalu.. pastue takder kusyen… keras nak mampus…
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2009 at 15:14
Ala pakailah yang kulit punya..
Best woo pakai..
Reply
Terima kasih kerana melawati blog saya. Saya suka dengan tulisan ini.
Reply
capal pakai dengan baju melayu..pergh! macam nak sanding sekali lagi…hihi…
Reply
zool
Reply:
February 24th, 2009 at 15:14
Hm.. betul la tu kan..
Cam orang nak bersanding plakkan..
Reply
Capal…sinonim dgn masyarakat melayu. capal dh lama terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sape yg x reti pakai capal mmg rugi.
Sy ade jual capal (sambil2 promot), tp yg peliknya masyarakat kite ni selalu kt harga mahal la, itu la, ini la. Sebenarnya dorang tak tau kualiti capal tu. Yg murah mmg ade tp tak tahan lama. So yg kat sy nie mmg dijamin kualitinya. Saiz dr 39-49..harga berbeza..
sape2 yg berminat boleh hubungi saya di email…nm.songkok@gmail.com
Reply
Alamat baru Selipar Capal Buatan Tangan ialah http://www.saadcapal.com
Reply
Seronoknya
:good_bad_balance:
Reply
mana nak cari capal kat kelantan ni. dah merata tempat cari tp takde. nak pakai masa sanding nanti.
Reply
zool
Reply:
March 7th, 2011 at 22:08
aik takkan takde?? kat melaka masih ada lagi ..
Reply