Cabut gigi di Klinik Pergigian Jasin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kalau ikutkan hari entri ini dipublishkan adalah pada hari Rabu dan sepatutnya entri Wordless Wednesday namun saya ingin berkongsi pengalaman sakit ketika di Klinik Pergigian Jasin. Bagi yang rajin singgah blog ini mungkin pernah terbaca mengenai entri ‘Bila Sakit Gigi ‘ beberapa hari yang lepas. Nampaknya sangkaan bahawa gigi telah sembuh setelah mengamalkan petua di internet meleset sama sekali. Pada hari ini (Selasa – 5 Februari 2013) kesakitan pada gigi terasa kembali. Ia makin menyakitkan bila berada dalam keadaan pejabat yang sejuk. Apabila berlaku gegar memang terasa kepedihan pada bahagian gigi ini. Memandangkan tidak mampu bertahan lagi, saya pergi ke Klinik Pergigian Jasin. Klinik ini mungkin agak jauh dari tempat kerja tetapi agak dekat dengan rumah dan tidak terlalu ramai orang.

Petugas bertanya samada saya pernah datang ke klinik Pergigian Jasin atau tidak. Seingat saya, hanya pernah datang pada umur sekolah rendah jadi saya mengatakan bahawa tidak pernah. Yelah, agak mustahil untuk data lebih dari 20 tahun disimpan kan. Selepas selesai mendaftar saya mendapat angka giliran iaitu no 25 dan angka yang sedang berjalan adalah 17. Kira hanya lebih kurang 8 orang sahaja di depan. Cuma petugas mengatakan bahawa ia akan sedikit lambat kerana hanya 1 doktor yang bertugas ( mungkin doktor gigi kerajaan tak ramai kan?)
klinik-gigi-jasin-no

Menunggu memang satu perkara yang membosankan dan dalam kes ini ada sedikit kecuakan (eh ada ke perkataan ni ek?). Lebih kurang sejam menunggu maka giliran saya pun tiba. Melihat sahaja ruang dalaman gigi doktor mengatakan bahawa ia perlu dicabut. Sememangnya dijangkakan walaupun sedikit mengharap agar hanya proses tampal dilakukan.

Proses bius dilakukan dan memang kalau yang lemah semangat boleh pengsan melihat jarum biusnya. Jujur saya katakan ianya besar dan ada kesakitan yang perlu ditahan. Selepas dibius, saya perlu berkumur dan menunggu seketika. Selepas dipanggil, maka tibalah proses mencabut gigi tersebut. Sebelum melakukan proses tersebut doktor menyatakan bahawa supaya mengangkat tangan jika terasa kesakitan dan beliau akan menambah ubat.

Pergh.. Memang amat sakit bila doktor tersebut cuba mencabut gigi ini. Dengan tarikannya dengan peralatan ala spanar, kesakitan masih terasa walaupun telah dibius. Walaubagaimanapun saya berjaya juga menahan ‘macho’ tanpa mengangkat tangan walaupun terasa sakit. Lagipun doktor wanita takkan nak tunjuk sakit pula kan..

Selepas beberapa ketika akhirnya gigi tersebut berjaya dicabut dan lubang yang kosong itu disumbat dengan kapas. Kalau ikutkan rancangan, saya nak minta gigi tu sebagai ‘souvenier’ tapi kesakitan menyebabkan saya lupa segalanya. Minta surat beritahu hadir ke Klinik pun terlupa. Nasib le kalau kena ‘sound’ dengan orang atasan.
gigi-cabut
Keadaan selepas dicabut gigi, di luar Klinik.

cabut-gigi2
Ketika memandu pulang selepas dicabut gigi. Nasib baik rumah dengan klinik hanya 5 minit perjalanan. Kalau dari klinik Ayer Keroh? Memang tak tertahan sakit tu..

Sampai di rumah saya terpaksa menganti kapas yang diberi bagi menutup pendarahan. Ooo ye, saya juga diberi ubat ‘Paracetamol ‘ (ala-ala Panadol ni) untuk mengurangkan kesakitan dan juga panduan selepas mencabut gigi.

Berikut merupakan panduan selepas cabutan gigi yang diberi

1. Menggigit kapas dengan kuat untuk menghentikan pendarahan.
2. Menukar kapas apabila ia telah dibasahi dengan darah. Letakkan kapas di tempat yang sama sehingga darah berhenti.
3. Berkumur dengan air garam selepas 24 jam. Campurkan 1 sudu kecil garam halus ke dalam segelas air suam.
4. Memakan makanan yang lembut. Elakkan menguyah di sebelah gigi yang baru dicabut.
5. Menahan sedikit kesakitan dan ketidak selesaan.

BERITAHU DOKTOR GIGI JIKA :
1. Darah berlebihan keluar terutamanya selepas 18 jam.
2. Anda berasa denyutan yang amat sakit di tempat yang di cabut.
3. Anda demam.

ANDA TIDAK BOLEH
1. Terus menerus berkumur kerana ini akan menyebabkan pendarahan berlanjutan.
2. Minum minuman keras,
3. Melakukan apa-apa senaman atau kerja berat.
4. Menganggu bekas cabutan dengan lidah atau jari
5. Merokok dalam masa 24 jam.

Nampaknya gigi saya telah berkurangan. Kepada rakan-rakan pembaca semua, saya nasihatkan agar anda menjagalah kesihatan gigi anda. Selain dari kesakitan yang perlu ditanggung ketika proses mencabut, anda juga akan kehilangan satu aset yang paling berharga. Walaupun boleh diganti dengan gigi palsu tapi pasti nilainya tidak sama. Tak gitu?

Sekian.

Pengunjung Entri Ini :2185

12 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

68,810 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge