Cabaran Ternak Cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk artikel kali ini saya akan memberitahu sedikit sebanyak cabaran dalam menternak cacing ni.. Mungkin ianya tidak diberitahu oleh penceramah mahupun penjual cacing .. Saya memberitahu cabaran ini bukan untuk melemahkan semangat kepada mereka yang ingin mencuba bidang ini tetapi sebagai persiapan.. Saya bukanlah serius dalam bidang penternakan cacing ini..Walaubagaimanapun setelah hampir 5 bulan menternak cacing banyak cabaran yang saya hadapi…

Antaranya ialah :-

1. Banyak cacing saya yang tiba-tiba ghaib.. Huhuhuhu.. Berkemungkinan besar cacing tersebut lari meninggalkan kawasan tempat tinggal ataupun mati tanpa perkuburan.. Masalah ini sememangnya sukar dikesan memandangkan kematian mereka sukar untuk dikesan.. Jika binatang seperti lembu, kambing boleh dikesan mayatnya melalui baunya namun cacing sukar untuk dicari.. Ada individu mengatakan bahawa cacing akan ke permukaan.. Memang itu benar tetapi jika ianya mati didalam anda tidak dapat mengetahuinya.. Hanya dengan menimbang berat anda akan dapat merasai perbezaannya.. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu selalu menyemak keadaan cacing.. Jika didapati cacing-cacing tersebut rimas dengan tempat tinggalnya ia akan cuba meloloskan diri.. Dan jika ia berlaku tukar tempat tinggal mereka.. Berdoalah supaya mereka tidak lari ketika anda nyenyak tidur..
2. Kena kutuk.. Bagi mereka yang membuat secara besar ada kemungkinan awek anda akan merasa geli… Malahan tak mustahil anda ditinggalkan kerana malunya mereka kepada anda si penternak cacing.. Tapi jangan pedulikkan.. Usaha bersungguh-sungguh hingga berjaya.. Awekz boleh carik yang lain.. :(
3. Sukar mencari pembeli cacing.. Minta maaf kalau mungkin tersilap tetapi setakat ini memang belum berjumpa lagi syarikat-syarikat membeli cacing untuk komersial.. Ye lah ini disebabkan harga cacing yang masih mahal lagi.. Kebanyakan komersialnya dari segi baja kompos yang dihasilkan cacing… Tapi jangan putus asa kerana insyallah akan ada jalannya.. Perlu mencari dan mencuba.. Mungkin apabila harga cacing dalam paras munasabah akan ada individu yang berani membuat produk lagipun banyak IPT seperti USM dan UPM yang sedang membuat kajian.. Diharap mereka berjaya kerana ianya akan membantu penternak-penternak sekalian..

Setakat ini saja cabaran yang dapat dicoretkan.. Ada beberapa masalah lagi yang tak teringat untuk ditulis.. Diharap dapat menjadi pedoman kepada mereka yang berminat atau nampak-nampak cam berminat..

p/s:-Nampaknya saya terpaksa bermula semula.. Ini kerana saya mengalami kehilangan cacing dalam jumlah yang agak tinggi.. Ini sekaligus mencacatkan perancangan untuk menghasilkan cacing dalam tempoh yang ditetapkan.. Ini atas silap saya yang tidak konsisten dalam memberikan penjagaan kepada cacing-cacing ini.. Bagi mereka yang baru-baru nak berjinak saya menyarankan agar anda lebih berdisiplin kerana walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya penternakannya masih berliku..

Berikut merupakan gambar yang diambil dalam keadaan sedih… Apahal pun layan je la..
Cacing ramai
Ini merupakan cacing-cacing yang sedang berposing sebelum proses pemindahan dilakukan..

Cacing Mati
YB cacing yang telah meninggal dunia dan tidak dapat diberi CPR..

Air Beras
Ini adalah air lebihan beras.. Ianya berguna untuk mengurangkan hama yang merupakan antara musuh cacing..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3453
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

32 Responses to “Cabaran Ternak Cacing”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    sian cacing ko…. banyak juga dah arwah yek??

    Reply

  2. kitaNo Gravatar says:

    wahhh…ko ternak cacing…aku ada hobi gak dalam pertanian ni…(petani moden ler)…berapa kos nak mula tu….

    Reply

  3. |1f34|-|1r3No Gravatar says:

    xper2..aku rasa la…cacing2 ko mati dalam iman ni…hehe

    Reply

  4. callisterNo Gravatar says:

    hehe..ada bela cacing ke??
    ye la..susah rupanya nak bela cacing nih..

    Reply

  5. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    aku suka yang reason kedua tu….aweks lari pasal malu. Aku harap tak terjadi kat ngko…hehehe. Gurau jer bro!!

    Reply

  6. MakanMalayaNo Gravatar says:

    kena amik gambar close up bagi cun bro
    barulah nampak cantek, menarek, tertarek.. hehe

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    samdaddycool –> tu le pasal.. sekarang ni aku lebih rajin melawat mereka.. takpe itu dugaan.. Ko bisnes lagi banyak dugaannya..
    kita –> ramai betul tanya aku berapa kos.. aku nak cakap pun tak tau..tengok berapa besar ko nak buat… kalau nak besar2 80K pun ada.. nak simple 20K pun blh… nak belajor2 1K pun cukup..aku main2 tak sampai 1K pun..
    |1f34|-|1r3 –> AMIN..
    callister –> apa2 keje pun susah.. takde benda yang senang.. orang skim cepat kaya tu pun bukan senang nak tipu orang..
    afzaiafandi –> mungkin terjadi kot.. ha ha ha ha…
    MakanMalaya —> hm.. kamera aku tahap2 level rendah bro.. close up nanti tak berapa nampak.. lagipun aku amatchur

    Reply

  8. amNo Gravatar says:

    bro nak tanya ni… betulke am dengar orang cakap yang cacing sekarang dah takde nilai sebab terlampau ramai orang ternak cacing sekarang.. lagipun pasaran tak besar sebab cuma nak harapkan pihak pengeluar kosmetik (itupun kalau ada) dan orang yang nak guna untuk baja saja. yang lain tak boleh dikembangkan lagi…

    saja nak tau..

    Reply

  9. [...] Read the rest here: Cabaran Ternak Cacing [...]

  10. callisterNo Gravatar says:

    haha..betul gak 2..

    Reply

  11. shaxxNo Gravatar says:

    aku geli ngan cacing…huhuuu

    Reply

  12. CekMaiNo Gravatar says:

    Saya ada juga cuba ternak cacing. Memang byk cabaran. Kena sabar. Byk buat rujukan ttg proses vermikultur ni. Sy pun dulu byk juga cacing mati.

    Reply

  13. freedNo Gravatar says:

    Salam,
    hmmm…. tengah wat perancangan nak cuba ternak cacing, tapi bila baca and pk komen kat atas…. ish,ish,ish boleh ker aku ni? hehe demotivate plak…

    Reply

  14. oneyNo Gravatar says:

    zool..
    ko leh gak guna oren sunkis letak kat media ..ujung media..
    or serai wangi.. nanti hama lari lor

    Reply

  15. oneyNo Gravatar says:

    aku penah kena r..cacing ni bunuh diri beramai²..sayu wooo..nangis aku..rasa cam mengabaikan depa jek..tp nak wat camne ..mungkin salah silap dr makanan la kot..risiko apa pun musti ada kan.. ada tips tak zool.. nak biak bior byk balik.. aku sik teringat jek yg mati tu.. sayuuu :(

    Reply

  16. cacing jugakNo Gravatar says:

    selamat mencuba lagi… cacing saya kene makan dengan tikus!!!!

    Reply

  17. izihanNo Gravatar says:

    salam.. sy juga seorg penternak cacing.. sy rasa ccg byk yg mati@kurg berat sbb medium yg en zool buat.. taik kambing ngn habuk kelapa kena halus skt.. makanan utama ccg adlh taik kambik jadi kena halus skt.. ccg kena siram tiap2 ari utk halau hama..
    guna EM hama merah tkda..
    sy pun pernah alami mslh cam en zool.. suma ni pengalaman..

    Reply

  18. liesynaNo Gravatar says:

    itulah pasal saya takut nak ceburi ternak cacing….ternak banyak2 tapi tak tahu nak jual kat ner….kalau nak jual baja rasanya boleh la tapi nak jugak rasa RM450 sekilo tu…rasanya kena intai ternak benda lain plak…..apa ek?????tapi setiap pekerjaan tu ada risikonya…payahnya nak berniaga….dok macam ni jugak la nampaknya tahun ni..macam tahun2 yang sudah….tolongggggggg……..capai tangan ku kawan aku takut tergelam..capai tangan ku kawan lurah nya sangat dalam…….

    Reply

  19. bondaNo Gravatar says:

    [b]Memang rumit nak bela cacing ni.Tak boleh silap sikit, medium nak kena betul, malam tak boleh bergelap (jadi kena bersedia kalau blackout kalau tidak cacing berdangdut keluor),berperang dengan musuh .Cacing ku pernah stunt dari tingkat 3 rak beramai ramai.[/b]

    Reply

    ieza rcNo Gravatar Reply:

    cacing tu kuar sbb media tak ok..saya tak pernah bia tmpt dia terang pun bl malam, takder sekor pun kuar…
    cuba check media..
    u can email me for more details-vet_vermi@yahoo.com

    Reply

    mieNo Gravatar Reply:

    saya xpenah buka lampu pun dari mula ternak sampai sekarang xpenah pun cacing kuar dari takung saya rasa bukan masalah lampu ada ke x tapi bergantung pada medium yang kita beri

    Reply

  20. Hijau KembaliNo Gravatar says:

    PRODUK TERBARU DI PASARAN- CAN-O-WORM
    Langkah mudah pengusaha cacing di Malaysia untuk membiak dengan BERKESAN DAN MUDAH.
    Kelebihan Can-O-Worm:
    1. Penjimatan ruang yang tidak memerlukan anda membiak cacing secara komersil di atas tanah yang luas.
    2. Penjimatan kos tenaga buruh untuk menjaga dan memastikan keselamatan kawasan ternakan anda oleh kerana ia boleh di simpan di dalam premis perniaagaan, di rumah dan di tapak yang tertutup.
    3. Penjimatan kos penyelenggaraan tapak ternakan oleh kerana ia bekas yang tertutup dan tidak memerlukan penjagaan rapi seperti tapak ternakan cacing yang biasa terdedah kepada ancaman luar.
    4. Tidak berbau dan mudah untuk dipindahkan mengikut kesesuaian pihak penternak.
    PERUBAHAN YANG ANDA LAKUKAN MAMPU MENJANA PENDAPATAN LEBIH DARIPADA PENTERNAK YANG LAIN. JADILAH YANG PERTAMA YANG MENGIKUTI ARUS PERUBAHAN PASARAN SEMASA

    UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI PRODUK, HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0192286010 / 0192166014 ATAU hijaukembali@gmail.com / kunjungi blog kami di http://hijaukembali.blogspot.com/

    Reply

  21. ieza rcNo Gravatar says:

    assalammualaikum to all…
    saya dah belajar ternak cacing ni start jun 08..2 kali cycle jumlah ckit je – 5kg..mmg tll byk mati-tapi kerana kesilapan seorng yg mgelar diri usahawan cacing d area tganu..aper yg dia ajar ttg medium semer tak leh pakai..aper yg patut korang tau ialah-to be a vermiculturist, korg kena rajin do research…sekarang saya dah tau jalan yg betul n cacing2 tgh giat membiak dan membesar sgt2..
    nak tau aper2 yg penting psl peternakan ni, sila email saya n saya akn bantu anda..
    y i wana help??
    sbb tak lama lagi klu anda yg melayu ni (mcm saya la)taknak usahakan btl2, bl chinese take over, kita jugak yg nganga…bidang tll besar peluang utk bjy, tapi dah lumrah org kita nak cpt kaya n takut risiko…
    kita mesti sama2 luaskan cara pk kita utk bjya k..

    Reply

  22. alinNo Gravatar says:

    salam
    skrg sy ngh wat LI kt RISDA
    skrg RISDA onthwy untk wat projek ternakan cacing untk owg kampung
    tp pihak RISDA xade byk info berkaitan ngn cacing
    kalo awk xkeberatan
    boleyy xbekerjasama ngn pihak kami untk projek ini??
    ni.no.sy 0194255216

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    RISDA mana tu? Cuba citer serba sedikit..
    kalau mampu ditolong..

    Reply

  23. madNo Gravatar says:

    sy mencri pembeli cacing….

    Reply

  24. MUHAMMAD LUQMAN BIN ABD AZIZNo Gravatar says:

    INGIN MENYERTAI BISNES INI JGK

    Reply

  25. KamarulNo Gravatar says:

    Saya dah menternak cacing hampir 2 tahun, permulaan memang ada masalah sikit.. mediun tak sesuai dan sebagainya, tapi sekarang dah stabil… pasaran biasanya saya cari sendiri. jika ada yang berminat mendapatkan induk medium baja atau bekalan cacing hubungi saya 019-267 1809 kamarul.

    Reply

  26. [...] penternakan cacing. Saya tau ada sesetengah anda yang mengikuti blog ini disebabkan oleh keyword cacing tersebut. Setelah hampir 2 tahun mencubanya akhirnya saya mengaku kalah kerana tidak mampu [...]

  27. mrnamieNo Gravatar says:

    wah..baru tahu ni zool..kalau pasal2 ternak2 ni kursus dia macam mana ek? free ke?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah tak buat dah…
    pasal ternak ni seelok masuk kursus tapi aku tak suggest ternak cacing ni.. cari yang senang.. cam kambing ke..

    Reply

  28. pradanaNo Gravatar says:

    waduh, ternyata tidak semudah yang saya pikirkan dalam beternak cacing. padahal saya ingin sekali belajar ternak cacing… mudah-mudahan ini bisa menjadi pelajaran buat para pemula yang ingin belajar ternak cacing

    Reply

Leave a Reply