Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk artikel kali ini saya akan memberitahu sedikit sebanyak cabaran dalam menternak cacing ni.. Mungkin ianya tidak diberitahu oleh penceramah mahupun penjual cacing .. Saya memberitahu cabaran ini bukan untuk melemahkan semangat kepada mereka yang ingin mencuba bidang ini tetapi sebagai persiapan.. Saya bukanlah serius dalam bidang penternakan cacing ini..Walaubagaimanapun setelah hampir 5 bulan menternak cacing banyak cabaran yang saya hadapi…
Antaranya ialah :-
1. Banyak cacing saya yang tiba-tiba ghaib.. Huhuhuhu.. Berkemungkinan besar cacing tersebut lari meninggalkan kawasan tempat tinggal ataupun mati tanpa perkuburan.. Masalah ini sememangnya sukar dikesan memandangkan kematian mereka sukar untuk dikesan.. Jika binatang seperti lembu, kambing boleh dikesan mayatnya melalui baunya namun cacing sukar untuk dicari.. Ada individu mengatakan bahawa cacing akan ke permukaan.. Memang itu benar tetapi jika ianya mati didalam anda tidak dapat mengetahuinya.. Hanya dengan menimbang berat anda akan dapat merasai perbezaannya.. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu selalu menyemak keadaan cacing.. Jika didapati cacing-cacing tersebut rimas dengan tempat tinggalnya ia akan cuba meloloskan diri.. Dan jika ia berlaku tukar tempat tinggal mereka.. Berdoalah supaya mereka tidak lari ketika anda nyenyak tidur..
2. Kena kutuk.. Bagi mereka yang membuat secara besar ada kemungkinan awek anda akan merasa geli… Malahan tak mustahil anda ditinggalkan kerana malunya mereka kepada anda si penternak cacing.. Tapi jangan pedulikkan.. Usaha bersungguh-sungguh hingga berjaya.. Awekz boleh carik yang lain..
3. Sukar mencari pembeli cacing.. Minta maaf kalau mungkin tersilap tetapi setakat ini memang belum berjumpa lagi syarikat-syarikat membeli cacing untuk komersial.. Ye lah ini disebabkan harga cacing yang masih mahal lagi.. Kebanyakan komersialnya dari segi baja kompos yang dihasilkan cacing… Tapi jangan putus asa kerana insyallah akan ada jalannya.. Perlu mencari dan mencuba.. Mungkin apabila harga cacing dalam paras munasabah akan ada individu yang berani membuat produk lagipun banyak IPT seperti USM dan UPM yang sedang membuat kajian.. Diharap mereka berjaya kerana ianya akan membantu penternak-penternak sekalian..
Setakat ini saja cabaran yang dapat dicoretkan.. Ada beberapa masalah lagi yang tak teringat untuk ditulis.. Diharap dapat menjadi pedoman kepada mereka yang berminat atau nampak-nampak cam berminat..
p/s:-Nampaknya saya terpaksa bermula semula.. Ini kerana saya mengalami kehilangan cacing dalam jumlah yang agak tinggi.. Ini sekaligus mencacatkan perancangan untuk menghasilkan cacing dalam tempoh yang ditetapkan.. Ini atas silap saya yang tidak konsisten dalam memberikan penjagaan kepada cacing-cacing ini.. Bagi mereka yang baru-baru nak berjinak saya menyarankan agar anda lebih berdisiplin kerana walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya penternakannya masih berliku..
Berikut merupakan gambar yang diambil dalam keadaan sedih… Apahal pun layan je la..

Ini merupakan cacing-cacing yang sedang berposing sebelum proses pemindahan dilakukan..

YB cacing yang telah meninggal dunia dan tidak dapat diberi CPR..

Ini adalah air lebihan beras.. Ianya berguna untuk mengurangkan hama yang merupakan antara musuh cacing..









ieza rc Reply:
May 18th, 2009 at 9:49 am
cacing tu kuar sbb media tak ok..saya tak pernah bia tmpt dia terang pun bl malam, takder sekor pun kuar…
cuba check media..
u can email me for more details-vet_vermi@yahoo.com
[Reply]