Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Tengah sayu memandang kerdipan bintang di angkasa tiba-tiba termuntah sebuah idea mengenai rancangan untuk mengadakan satu cabaran ramadhan 1430 H.
Kalau sebelum ini saya pernah juga membuat cabaran tapi disebabkan ianya hanya melibatkan diri ini, ia hanya menjadi seperti peribahasa ‘hangat-hangat tahi ayam’. Jadi terfikir apakata kalau saya membuat satu entri di mana melibatkan anda, rakan-rakan pembaca semua. Ianya mudah, tidak memerlukan banyak duit (tipu kalau kata tak guna duit) cuma di ruangan komen tinggalkan cabaran anda (maksima 5 cabaran) di bulan Ramadhan ini. Sasaran pencapaian adalah pada 1 Syawal 1430 H dimana pada waktu tersebut akan terpapar satu entri yang akan memaparkan cabaran anda semua. Samada tercapai atau tidak ianya bergantung kepada usaha dan takdir..
Bagaimana caranya Zool? Mudah sahaja .
Saya mulakan dengan diri saya. Iaitu 5 cabaran yang perlu dijayakan oleh si Zool..
1. Menurunkan berat badan.. Biasalah ini kebanyakan sasaran di bulan Ramadhan . Berat badan saya sekarang 65kg amatlah tidak ideal dengan ketinggian yang hanya 153 cm je.. Jadi saya menetapkan matlamat untuk menurunkan 10 kg. Macam amat sukar tapi mesti dicuba juga.. Ops. Aizat AF boleh dijadikan contoh..
2. Menghantar kad ucapan Hari Raya sebanyak 50 kad. Almaklumlah saya tidak sepopular mana dalam arena blogging ni tapi insyaallah mampu melaksanakan. Kepada yang join cabaran ni mungkin anda akan menjadi salah seorang daripada individu yang mendapat kad ucapan hari raya dari si ZOol.
3. Meminimumkan perbelanjaan di pasar Ramadhan. Maksima perbelanjaan selama 30 hari sebanyak RM 100. Kenalah menahan nafsu makan yang pasti melonjak-lonjak di pasar Ramadhan nanti.
4. Tarawikh sekurang-kurangnya 20 hari. He he he.. Mungkin ada yang menggeleng kepala.. Ye lah sepatut buat 30 hari.. Tapi rasionalnya angka tu yang mungkin boleh dicapai oleh si ZOol ..
5. Membeli telefon (bukan handphone) bagi menggantikan yang rosak. Membayar PTPTN ( dah 3 bulan tak bayar), bil Streamyx ( 2 bulan ) . Mungkin ada yang menggaru kepala.. Ye lah orang sibuk beli baju raya, dia beli barang dan bayar hutang plak. Sebab rasanya itu yang lebih penting tu..
Berikut merupakan contoh yang bakal dipaparkan pada entri 1 Syawal 1430 H
——————————————————————–
Cabaran Zool Ligakampung
1) Zool
5 Cabaran
i) Tidak berjaya – Dpt kurangkan 0.05 gram sahaja
ii) Berjaya – Hantar 100 kad ucapan
iii) Tidak berjaya – Terlebih 5 sen . RM100.05
iv) Berjaya – Penuh tarawikh
v) Tidak berjaya – Telefon berjaya,PTPTN bayar, streamyx sangkut
Manakala cabaran rakan-rakan lain juga akan dipaparkan di entri dan terpulang samada sanggup mengupdatenya atau tidak di bahagian komen.. Mungkin ada tertanya apa hadiahnya?? Secara jujurnya tiada hadiah.. Cuma sesiapa yang menyertainya akan mendapat kad ucapan(kad konvensional bukan e-kad atau sms kad) hari raya dari si ZOol (untuk 50 rakan terawal.. Huhuhuhuhu ada ke orang nak join??) Tapi yang penting adalah keputusan yang anda perolehi.. Amacam?? Ada berani..
——————————————————————
Rakan yang sudi join
1. Acai
2. Fathuri
3. Meria
4. Hidayah
5. Loq
6. NZMS_ein
7. Adila
8. Kapten Afham
9. Mr. Roll
10. Haritz
Cabaran akan ditutup selepas 12 Ramadhan 1430 H…
RSS Feed
Twitter



August 20th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Ok, cabaran aku plak zool :
1. Turunkan berat badan kepada 70kg.sekarang 78kg.
2. Belanje ramadhan tak beli lebih dari yang sepatutnya. Sebab aku beli utk family aku. Belah wife 5 orang. Kalau kat belah aku dekat 10 orang. Jadi mmg RM tu susah nak kawal..:) just target nak elak pembaziran.
3. Tarawikh target 30 hari insyaallah. Tahun lepas aku tinggal 4 hari.
4. Beli DSLR baru,hahahaha. Mintak2 jadi kenyataan.
5. Khatam quran indidvidu dan group.Tahun lepas individu tak sempat abis. Tapi dapat join geng tadarus kat masjid dan ofis sampai abis.
Akhir bulan nanti aku update..:)
Reply
zool
Reply:
August 21st, 2009 at 17:22
caiyok2.. nanti aku anto ko kad raya..
Aku pun akan update gak samada rakan2 berjaya capai cabaran memasing..
Reply
Assalamualaikum Zool. Wah best! tu ada 5 cabaran yang perlu ditunaikan.
Saya akan sokong cabaran no 1. Saya pun nak target turun lagi 4kg bulan puasa ini. Idea 1kg/week sudah masuk minggu ke 5.
2)Bangun tiap hari 3.45am
3)Khatam 30 juzuk
4)Terawih sepanjang malam Ramadhan
5)Iktiqaf 10 malam terakhir
Moga kita diberi kekuatan untuk terus menjadi “lebih baik dari semalam”
Salam ceria dan selamat menyambut Ramadhan
kepp in touch zool..
Assalamualaikum
Reply
zool
Reply:
August 22nd, 2009 at 11:01
semoga kita berjaya mencapai matlamat ..
Kita tgk keputusannya 1 Syawal 1430H
Reply
Actually aku tak berapa faham sal cabaran ni, tapi aku tengok Acai dengan Fathuri punye, dah faham kot.
Tapi malangnya, tak ade apa yang nak dicabar kat diri aku ni bulan2 pose camni. Macam everything’s going smoothly je. Adeh. Masalah!
Reply
zool
Reply:
August 22nd, 2009 at 11:01
tak kisahlah tu.. Ni cuma cabaran kepada masing2 yang ada perkara perlu dicabar..
Reply
camat pose
Reply
Salam…sy pun nak join cabaran ni…
1.Khatam Al-Quran
2.Kurangkan belanja n lebihkan menderma.
3.Solat awal waktu..tang ni susah skit coz kerja shift..apa2 pun kena usaha.
Reply
nk join..nk join..
1. Penuhkan solat 5 waktu sehari semalam
2. Penuhkan pose 30 hari…heheh..
3. Tingkatkan sale tudung bulan pose ini kepada rm10k..
4. nak kurus gak..skang 51kg = 152cm..nk turun at least 5kg
5. xnak ngumpat org..heheh..[slalu pun x ngumpat, tp gosip2 je..]
Reply
aku pon nak join
1- menurunkan berat badan dari 60kg ke 55kg
2- menunaikan solat terawih setiap malam.Tak dapat kat surau
kumpai tak pe,kat rumah pon boleh.Janji cukup.
3- memperbanyakkan membaca al-quran.
4- mengumpul duit sekolah sebanyak yang boleh.Kalau boleh nak
lepasi RM50 sebelum hari raya.
5- belajar format PC dan tukar ke windows XP..huhu
satu lagi,aku mengharapkan hari lahir aku pada 19 september 1993 yg jatuh sehari sebelum hari raya merupakan hari yg paling best dalam hidup.hehe.Ade can dapat hadiah dan duit raya lebih ni*
Reply
salam zool…
sy nak join gak la..hehe
1) 1st ofcoz la nak turun kan berat kpd 53kg..b4 ni 58kg n now dh 55kg..tgl lg ckit je
2)nak tambah kan pendapatan di bulan pose ni dgn berniaga on9..hope bisnes akan berhasil..suma ni gara2 jd penganggur terhormat..hehe..
3)nak tolong mak dgn menyediakan juadah berbuka..cian mak blk keje penat2..then nak wat kuih raya byk ckit utk tahun ni..
4) sedang cuba utk habis kan @ khatam kan al-quran yg tgl lg bp juzuk je..dh kalah dgn abah..adeeiii..kena mengaji lbh ckit pasni
5)hujung puasa ni result interview keluar..ni la cabaran paling besar bg sy dlm bulan puasa ni..hope lulus la interview 2..klo lulus, mmg 1 rezeki yg plg bermakna wat sy n fmly..sbg 1 tanda tebus kegagalan yg lalu…
ni je la 5 cabaran wat diri ein utk puasa pd tahun ni..nnt hujung bulan ein update suma skali ye…
Reply
zool
Reply:
August 31st, 2009 at 22:25
bagus..
selamat lulus interview
Reply
perghh,maut betoi cabaran2 ko,ehehehe
Reply
zool
Reply:
August 27th, 2009 at 22:02
cabaran mesti kena ganas.. kalau cabaran leweh result pun anco
Reply
1. Tambah berat badan – berat kurang
2. Nak tambah ibadat bukan buat duit sbb buat duit bulan lain dah buat banyak dah hehe
3. Kurang kan perbuatan atau mulut atau mata dengan maksiat tempat kerja (maklumlah kerja ngan org bukan Islam semua seksi2 )
4. Bayar zakat lebih awal sbb aku tak suka last minit (sebenarnya yang afdhal bayar zakat sebelum waktu sembahyang hariraya)
5. Mintak ampun ngan mak ayah aku sbb aku tahu aku banyak dosa ngan mereka.
Reply
zool
Reply:
August 27th, 2009 at 22:06
bagus… ada emel menanti..
untuk kad raya..
Reply
salam ramadhan brader zool itteww..
Reply
Tengok kebab tu teringat kebab yang dijual lepas solat jumaat masa kat US dulu..
Reply
zool
Reply:
August 27th, 2009 at 22:10
letaklah cabaran.. Nak makan kebab sebanyak 30 ketul dlm bulan ramadhan ni..
Reply
erm… bukan takmo menyahut cabaran…
rasanya tak bape nak ader cabaran sgt kot…
ermm.. saya cabar diri senyap2 dululah…
test market dulu… heheheheh
Reply
serius, dua bulan + bulan ni tak bayar streamyx lg.
Reply
memandang afham mahukan kad raye dr zool
tts my cabaran..
1. pose penuh – sehingga sekarang still mantain..
2. terawikh – full..ehem..skang nie..tak tau cakap ler..
3. khatam quran – ?
4. beli tv n pasang astro – ?
5. beli perabot – ?
short term target..
Reply
nak join jugak! haha
cabaran sy:
1. kurangkan berat badan dari 55kg ke 50kg psl.. balik cuti start dari hari tu la “tertambah” 5 kg tu wakaka
2. kurangkan makan time sahur
3. kurangkan makan time bukak posa.. asyik2 terduduk aje lps bukak posa isk~
4. bangun awal pagi time posa. terover tido sejak akhir2 ni
5. try nak posa penuh? hehe
Reply
LOl..nak join gak !
1.Kurangkan Berat Badan xD
2.Cemerlang Dalam Pelajaran wahahaha
3.makan banyak2 mase sahur
4.makan sikit2 mase berbuka
5.berjimat cermat bulan pose o.O
Reply
[...] PenulisHubungi ZoolKenapa Ligakampung.comMencari Bilik Untuk Disewa!! Cabaran Ramadhan !!! 2 orang sahaja menyertai.. Kenapa anda [...]
salam kenal zool…
byknye cabaran nk kene diredahi…
huhu…
takut tak terbawak dek badan lak…
Reply
Semoga berjaya mengharungi cabaran… Aku lom buat senarai lagi.
Reply
[...] akan menyambut Syawal. Ini bermakna Ramadhan Al-Mubarak 1430 H akan meninggalkan kita. Bagi peserta Cabaran Ramadhan, ini juga bermakna cabaran yang di buat telah hampir ke [...]