BWF lanjut tempoh kelayakan Olimpik 2020

Para pemain badminton yang masih jauh dari proses kelayakan boleh menarik nafas lega dengan pengumuman badan induk badminton , Persekutuan Badminton Dunia(BWF).
Berikutan kejohanan terpilih akibat wabak COVID-19 BWF akan melaksanakan tempoh lanjutan bagi kelayakan Olimpik bermula minggu pertama hingga ke 17 2021.
Menurut badan badminton dunia itu, kejohanan yang mengutip mata kelayakan mesti diselesaikan menjelang minggu ke 17 2021. Kejohanan yang dijadualkan semula bagi penghujung 2020 akan dirombak kembali.

BWF juga berkata pemain dari China dan Hong Kong layak meraih mata daripada Kejohanan Berpasukan Asia 2021 selaku wakil benua Asia.

Kedua-dua negara itu tidak menyertai edisi 2020 pada Februari lepas setelah kerajaan Filipina mengenakan sekatan perjalanan terhadap atlet kedua-dua negara disebabkan pandemik COVID-19.

“Pendekatan ini hanya untuk kejohanan berpasukan ini sahaja yang terjejas akibat COVID-19 memandangkan tiada kejohanan berpasukan lain tersenarai di bawah tempoh kelayakan Olimpik lanjutan,” katanya.

Sementara itu, BWF dalam kenyataan sama berkata Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Sepanyol 2020 yang dibatalkan akibat COVID-19 kini dimasukkan di bawah sistem kelayakan yang diubah suai bermula 1 Jan hingga 28 Mac 2021.

Tarikh baharu kejohanan akan diumumkan kelak, katanya.

— BERNAMA

Kepada pemain-pemain badminton yang masih belum layak seperti Goh Jin Wei mungkin ini peluang bagi mereka untuk mengejar mata kelayakan ke Olimpik.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.