Ha ha ha satu lagi post pelik dari saya.. Tetiba je saya teringat petang Jumaat (29 Jun 2007) budak2 opis keluarkan perkataan tu. Jadi atas dasar prihatin saya pun nak berkongsi topik nie dengan anda semua.
Adakah anda buncit?? Secara jujurnya saya memang seorang yang buncit.. Tapi takdelah dalam kritikal sangat.. Walaubagaimanapun setelah ditimbang didapati angka masih menunjukkan ke angka 60 kg.. So masih takde perubahan. Walaubagaimanapun target saya untuk mencapai angka 55 kg masih belum mendekati sasaran. Nampaknya saya akan cuba untuk menggunakan pendekatan seperti:-
1) Sarapan sedikit sebelum ke tempat kerja
2) Menaiki tangga ke pejabat dan balik. Ala bukan tinggi sangat pun ( 3 tingkat, Basement–>Ground –> 1st floor).
3) Makan malam dalam kuantiti sikit… Ni agak susah sikit.. Huhuhu..
4) Buat kerja2 mengeluarkan peluh pada hari cuti..
Anda ada pendapat atau cadangan bolehlah komen..
Pegi ke idea kedua. Masih dengan topik buncit..
Adakah orang yang buncit tidak menarik??Adakah dengan perut buncit akan mengurangkan kadar kehenseman atau keanggunan seseorang??
Saya tak tau nak komen… Cuma kalau dilihat dari persepsi orang ramai memang orang buncit nie sering ditertawakan.. Wallahualam…
Tapi saya selalu mendapat maklumat bahawa ramai orang yang akan menjadi buncit setelah berkahwin.. Ye ker??? Kalau ikut pengamatan saya memang ada benarnya tapi kalau pengalaman.. Eh saya mana ada pengalaman lagi.. Lagipun dah memang buncit pun… ha ha ha….
Nampaknya hari ini saya telah membuat keputusan yang penting. Harap2 keputusan ini tepat. Namun transaksi yang seterusnya akan terus mengikat saya. Oh mungkin ada yang tertanya2 apa transaksi yang saya nyatakan ini. Kalau berminat selalulah melawati blog ligakampung.com. Anda akan mengetahui kisah2 selanjutnya ————————————————————————————-
sila ke blog saya http://ligakampung.blogspot.com
http://mangatoread.blogspot.com
Jun
29







June 29th, 2007 at 2:22 pm
Askm Zool, byknya bola kat sini..heheheeh
Berkenaan dgn buncit ni, takde siapa yg nak. Nak suruh kempis perut, buatlah sit up setiap hari dalam kiraan 20, jgn makan nasi pada waktu malam, jgn minum ais, jgn lupa sarapan pagi dan byk lagi lah……
Zool, org perempuan ni dia sygkan awak bukan sebab perut awak ler…tp hati awak….cinta itu buta dan cita tidak mengenal siapa. Ia kan datang sendiri tanpa diundang…..
June 30th, 2007 at 8:37 pm
erm..
bila sebut pasal buncit ni rasa semacam jer..tp saya tak lah buncit kot…cuma kalau bab berat badan tu..mungkin tinggi skit….dalam 75kg…but maybe sbb tinggi saya 180cm…so boleh dikatakan dalam BMI…berat badan yang masih lagi ideal…
*sebut pasal buncit lepas kahwin mungkin ada juga kebenarannya bila di perhatikan kawan2 yg dah kahwin…but banyak yang buncit dan perut jer….atau dgn kata lain…boroi…heheheheheh
July 1st, 2007 at 3:17 am
thank u ktom n mijie…
kepada ktom.. hm ada kebenarannya cinta tu buta… harap2 jgn orang butalah,,.. tapi kalau dah tu jodoh redhalah kan..
November 6th, 2008 at 5:30 am
pasal perut buncit ni, memang ramai orang malaysia berperut buncit. terutama yang dah berkahwin. tapi ada satu daerah di sulawesi tu, sesiapa yang nak kawin mesti buncitkan perut baru boleh kawin, pelik kan?? apa pun hidup biar bahagia…..