Bumper kereta lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya calculation untuk bulan ni agak mencabar… Setelah terpaksa mengganti bateri kereta, nampaknya ada sedikit pergeseran berlaku.. Waduh.. waduh.. dan mangsanya bumper kereta menjadi galang gantinya.. Memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi baru je angkat ‘kamera digital’. Nampaknya bertangguh lagi hendak menukar bumbung kereta yang mana memerlukan sekitar RM700-800.. Banyak tu… Baru je hari tu dapat kumpul RM600 tiba-tiba je berlaku masalah bertimpa..

Tak mengapalah mungkin ada hikmah disebaliknya.. Jadi hari ni pergeseran yang berlaku di ’roundabout’ Malim menjadi satu lagi kisah-kisah luka oleh kereta tersebut.. Adakah beliau merajuk kerana selalu dicadangkan agar menukar kereta tersebut dengan kereta baru.. Bukanlah tak mau tukar atau mempunyai sifat Hagemaru, namun pembahagian wang telah dilakukan.. Jadi saya hanya mampu menunggu ‘confirm’ untuk mengeluarkan wang KWSP.. Lagipun pendapatan online masih terlalu sedikit dan tidak konsisten untuk menampung pembayaran ansuran kereta..

Jadi walaupun hujung minggu ni akan ke Langkawi mungkin ianya lebih kepada melihat tempat-tempat menarik sambil mengambil gambar… Mungkin tiada berbelanja sakan..

Sebelum menutup tirai entri ini ingin saya bertanya sedikit soalan kepada anda.. Adakah anda rasa penggunaan ’roundabout’ lebih selamat dari lampu isyarat atau sebaliknya.. Jom bincang-bincangkan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1961
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Bumper kereta lagi..”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    salam takziah. biasalah tu dugaan kan

    Reply

  2. budeenNo Gravatar says:

    kita perlu perspektif utk melihat isu secara objektif…
    terima kasih kerana memulis entry ini

    Reply

Leave a Reply