Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Bulan ini aku sengkek

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ini post akan dipenuhi dengan gambar-gambar.. Walaupun mungkin kualiti gambar dan modelnya tidak menarik perhatian anda tetapi jangan pedulikkan itu semua.. Bayangkan sahaja yang model itu seperti ‘Jehan Miskin’ atau Cristiano Ronaldo.. Huhuhuhuhuhuhuhu..

Nampaknya bulan Disember ni saya tidak dapat menyimpan wang . Bukan tiada wang dalam bank atau tunai tetapi duit-duit tersebut telah direservekan.. Namun pembayaran pinjaman rumah yang telah meningkat dari RM399 ke RM540 sedikit sebanyak telah menyebabkan bajet sedikit lari..Huhuhuhu.. Malahan hutang grill sebanyak RM920 pun belum dibayar-bayar lagi.. Aiyok, banyaknya nak bayar ni.. Duit dalam maybank2u pun dah tinggal RM110 je.. Nasib baik bulan ni gaji masuk awal sikit.. Masih boleh bertahan lagi tu.. Disamping utang-utang dari pelanggan prepaid yang akan dibayar dalam tempoh terdekat ni.. Wallahualam.. Oh.. seperti yang telah diperkatakan tadi dalam blog ni saya akan paparkan sedikit gambar-gambar untuk saja-saja… Jom layan.

Hasil Duit
Si Zool sedang memikirkan samada tabung duit syiling yang disimpan akan dikorbankan untuk perbelanjaan harian bulan ni.. Hm perlukah beliau menggunakannya?? Tunggu dan lihat..

Keretaku
Inilah kereta yang telah berjasa membawa si ZOol berulang alik dari tempat keje dan jalan-jalan. Beliau membawanya dari tahun 2007 selepas abang beliau bertukar kereta.. Dah habis bayar tapi agak menyedihkan kondisinya..

Bumper Kereta

Bumpercabut
Keadaan bumper kereta yang amat menyedihkan.. Nampaknya ia seperti merayu kepada Zool untuk memakaikan mereka dengan persalinan baru…

Kereta Karat
Bahagian atas kereta yang berkarat dan menakutkan.. Nampaknya sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.. Tapi perlukah saya mengadaikan wang ASB saya?? Simpanan ASB yang direservekan kalau-kalau terjadi perkara yang mengembirakan keluarga?? Nampak gayanya sedikit simpanan ASB terpaksa dikorbankan memandangkan keadaan kereta yang agak nazak .. Selain tu ‘aircond’ juga perlu pembaikan.. Rasa nak menangis pun ada gak ni.. Huhuhuhuhu

ZOol Da Rempit
Nampaknya 2-3 hari ni saya terpaksa membonceng motosikal BDFabregas kerana bumper kereta perlu diganti..

Tapi tak mengapa.. Semua tu saya anggap sebagai cabaran dalam hidup.. Mungkin ada kifarah yang berlaku.. Lagipun mungkin juga ia tanda-tanda bahawa saya akan berjaya mendapat duit yang ditunggu-tunggu..AMIN…

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 43
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

19 comments to Bulan ini aku sengkek

  • lawak pulak aku rasa entry kali ni..
    haha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Sesekali melawak..
    Lepaskan tension..
    Huhuhuhuhu..

    Reply

    CallisterNo Gravatar Reply:

    bagus2..
    terapi 2..

    Reply

  • bro, takkan business prepaid ada IOU. susah lah nak hidup.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nak buat camne…
    nasib baik kebanyakan orang opis…
    so lama sangat kena ingat2kan

    Reply

    azwanNo Gravatar Reply:

    ha..ha.. jangan diorang lupa sudah. at least, bagi hutang .. but sebelum next reload, settle hutang dulu .. ha..ha.., tapi kalau semua hutang, baik kau berhenti ajelah jual prepaid kat diorang.

    Reply

  • KPSU(PA)No Gravatar

    Salam…bro

    Biasa la tu.Itu la namanya cabaran hidup.Duit kalau tinggi gunung pun tak cukup.Apa yang penting ada tabungan untuk masa depan & kecemasan.Nie aku ada tips sikit untuk ‘Debt Diet’dari Oprah Winfrey show untuk pecahan gaji bulanan.Aku dah praktikkan.Setakat ni ok laa.

    Housing-35%
    Debt-15%
    Transport-15%
    Savings-10%
    others-25%

    Aku kursus kat D’Village Ayer Keroh 18-20.19 hb aku ada Jasin.Lepak minum teh nanti.Sori tak dpt jumpa kau ngan Sodok, aku ada assignment plus kena bisul.Ni baru ok.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Aku kena lebih displin untuk buat jadual dan ikutnya..
    Sebab kena siap2 dengan projek2 tahun depan…

    Reply

  • kereta saya pun dah tua. dah 8 tahun lebih dah… anyway, inilah cubaan! yg penting usaha dan tawakkal!

    Reply

  • rileks ar bro..
    aku pon sengkek gak nie..
    jangan ar merempit.. hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Dah merempit pun balik keje tadi..
    Huhuhuhuhu. merempit dalam keadaan hujan..

    Reply

  • saya kagum dengan ketabahan zool menghadapi hidup ini..mungkin keadaan sekarang pemangkin agar kita lebih bersyukur dan berusaha gigih…biar hidup sederhana jangan hidup bergaya tapi papa kedana.

    Reply

  • insyaallah.. rezeki dimana2… pakcik dulu pon pnh gak hadapi macam nie.. makan meggi 2 3 minggu… sib baik masa tuh lom kawin… tapi tuh arrr… lepas kejadian tuh.. buatkan pakcik beringat….

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    ain, shax , ajem –> ini semua cubaan..
    Uncle G –> betul tu pakcik..Insyaallah usaha ada jalannya

    Reply

  • ehm..insya-Allah. apa yang kita buat itu usahlah kerannyaNYA.. :)

    Reply

  • hidup ni umpama roda… kadang-kadang kita kat atas…

    Reply

  • Aku ada satu keta lg tua, charada taun 86, bumbung mmg dh karat mcm keta ngko gak. Enjin ‘cun’ lg, tp body mcm dh tak brapa nk tahan. Siap bocor skit klu hujan.

    TP still simpan la, sayang nk jual

    Reply

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>