Buku perlu dihabiskan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mungkin tajuk di atas sungguh meng’confuse’kan.. Buku perlu dihabiskan?? Camne tu?? Di makankah ? Atau di rebus?? He hehhe.. Sebenarnya saya sendiri tiada idea untuk mencari tajuk yang sesuai lalu dihentam sajalah..


Kredit :- PTS

Mungkin ada di antara anda pernah membaca buku seperti diatas. Sebenarnya buku ini telah dibeli oleh saya pada 2 bulan yang lalu tetapi masih tak habis-habis baca lagi. Secara amnya buku ini menarik kerana ianya memaparkan tajuk-tajuk secara ringkas dan ditambah dengan sampel-sampel kes yang boleh dijadikan panduan.. Namun kekuatan mental dalam diri agak lemah.. Sepatutnya buku sebanyak 296 mukasurat ni boleh dihabiskan dalam tempoh kurang dari seminggu namun kemalasan untuk membuka helaian-helaian menyebabkan ingatan terhadap mukasurat sebelum ini mula kabur.. Walaubagaimanapun saya telah menetapkan dalam diri agar menyelesaikan pembacaan buku ini dalam minggu ini juga. Mungkin buku ini tidak seseronok buku komik Penyiasat Muda Kindaichi tetapi topik dalam buku ini mungkin boleh membantu saya.. Lagipun ianya mungkin memberikan sedikit sebanyak idea untuk bersaing di arena blogger ni.

Bagaimana pula dengan anda?? Ada ke buku yang terbengkalai untuk di baca.. Kalau ada cepat-cepatlah habiskan.. Lepas ni boleh cari buku lain plak..

p/s :- Seekor anak kucing di rumah ni mengalami penyakit seperti Chikuunguya.. Nampaknya keadaannya tidak stabil.. Banyak nyamuk kat rumah sekarang ni.. Kena bersihkan ni

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :330
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Buku perlu dihabiskan”

  1. AASSHHNo Gravatar says:

    Minat kita untuk membaca sesebuah buku sehingga ke mukasurat terakhir selalunya bergantung kepada bahasa dan cara penyampaian penulisnya..

    Reply

  2. fareastNo Gravatar says:

    Betul2, habiskan bacaan. Aku minat jugak baca buku. Aku cadangkan rich dad poor dad untuk bisnes. Tak menyesal kalo baca. Best cam apa.

    Reply

  3. amanNo Gravatar says:

    nanti nak kena cari gak buku nie..huhu

    Reply

  4. bd fabregasNo Gravatar says:

    siapakah yang mengalami chikugunya tu??

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    esok tengok gambar siapa… akan dipaparkan di blog ni..

    Reply

  5. che-mieNo Gravatar says:

    buku yang baik

    boleh tambah dalam library nih

    Reply

  6. KampungBoyNo Gravatar says:

    Tuk motivasi diri, aku lebih sukakan baca artikel mengenai kejayaan orang laen, cm syed mokhtar albukhary contohnya…

    Reply

  7. MIJINo Gravatar says:

    Kampungboy,kalau nak baca citer2 camtu jemputlah ke blog saya-

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com

    Reply

  8. lydiarayyanNo Gravatar says:

    kindaichi itu memang best….

    Reply

  9. botakNo Gravatar says:

    boleh carik buku neh.. Tapi cam tak best aje ade dalam 300 pages. Camtuh kena baca ulang² sampai aku hapal la. Bape RM buku nih? (nota: aku baca 300 pages dalam 2-3 jam aje)

    Reply

Leave a Reply