Buku 555 yang penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernahkah anda memiliki buku ’555′ atau lebih dikenali dengan buku tiga 5. Mesti pernahkan terutama mereka yang sering berurusan di kedai kopi mamak berhampiran.

Sebelum bercerita lebih lanjut, bagi mereka yang belum pernah tengok cuba tatap gambar buku ’555′.. Mungkin anda pernah melihatnya..


Selain digunakan oleh mamak-mamak sebenarnya buku ’555′ ni juga boleh digunakan oleh kita.

Berikut merupakan antara kegunaan buku 555 yang boleh diaplikasikan untuk kita :-

1. Kegunaan yang popular bagi buku 555 adalah mencatit hutang. Sebagai salah seorang penjual top up saya memerlukan buku ni. Walaupun sekarang ni mencatat kat telefon bimbit namun keuzuran h/p memerlukan alternatif lain. Lainlah kalau ada sesiapa nak sponsor blackberry… Senang nak tulis-tulis hutang-hutang top up kawan dan pelanggan. Ini perlu memandangkan kadang-kadang lupa mencatat kat h/p terutama bila h/p tengah charge atau tinggal kat umah. Lagipun leceh nak keyin data tu..Rasa elok pakai cara tradisional..
2. Mencatat hutang sendiri. Saya rasa kita semua mempunyai hutang.. Jangan kelentong kalau anda menafikan anda tidak berhutang. Paling handal pun pasti anda mempunyai bil utiliti kan. Itu bermaksud anda perlu membayar hutang kegunaan utiliti anda. Guna dulu bayar kemudian.. Lainlah kalau anda dah bayar advance bil utiliti anda untuk tempoh sampai ke akhir hayat.
Alamak bila cerita pasal hutang ni yang terkenang. Hutang PTPTN dan bil-bil utiliti banyak yang perlu dijelaskan ni..
3. Sebagai seorang blogger yang tegar, penggunaan buku ini boleh digunakan untuk mencatat idea-idea. Almaklumlah kadang-kadang idea ni datang tanpa dijangka. Dekat bilik termenung pun boleh menyelinap idea tu.. Jadi lepas selesai bolehlah mencatit idea agar tak lupa di kemudian hari..
4. Dapat mencatat no telefon, alamat, lokasi dengan segera. Kalau nak cari sesuatu tempat boleh je catatkan dalam buku ’555′ ni. Tapi janganlah gunakan untuk mengurat awek.. Jatuh standard bro..

Cukuplah setakat ini. Mungkin anda juga ada kegunaan lain dalam buk 555 ni . Ceritakanlah bersama-sama ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1980
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

17 Responses to “Buku 555 yang penting”

  1. KujieNo Gravatar says:

    bagus juga ni, nak kena beli buku tigalima – catit idea

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    penting kak jie.. mana tau idea dtg tetiba

    Reply

  2. bardNo Gravatar says:

    stkt ni blm penah guna buku 555..
    tp bila baca entry ni, btol gak blh digunakan untuk catat idea nak wat entry..
    thx, akan di aplikasikan…
    =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    murah je buku 555 ni.. 30 sen.. dulu 10 sen je

    Reply

  3. farhanaNo Gravatar says:

    Boleh wat catit idea untuk blogging.. Ye tak ye kan.. Gud2.. Blh gak bawak ke mana2, agak2 berkenan ngan mana2 awek, koyakkan jek dn jgn lupe letak alamat umah.. snang org nk msuk minang.. hehehe.. ;p

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    apa2 sajalah

    Reply

  4. AzahNo Gravatar says:

    dulu 10sen je..skrang dah 30 sen ek?
    xleh la nk pkai buku ni tuk catit idea..
    x ckup ruang nnt..
    hoho..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    catit idea tak cukup??
    kalau terus buat karangan memang lah tak cukup

    Reply

  5. x-poNo Gravatar says:

    dlu time sekolah, aku mmg suka guna buku 555 ni wat nota..kenangan time sekolah dlu2

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenangan ek.. aku baru nak start guna..

    Reply

  6. AzizulNo Gravatar says:

    old skul punya item ni. buku ni mmg nostalgic. btul3x, utk kutip utang :P

    p/s: camner nak letak logo blogger we care kt sebelah kanan mcm ko buat tu ek? bleh ajar x?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang old skool..

    ko pakai blogger.com kan..

    sebelum tu ko save dulu picture ni kat komputer ko
    pegi kat layout…
    add a gadget..
    pilih picture kat drive ko…

    Reply

  7. ikinNo Gravatar says:

    hmm..rasanya kali pertama singgah sini. buku tiga lima tu dulu mase skola rendah beli sbb nak catat new vocabulary..maklumlah, budak sekola.. =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasalah budak sekolah…
    rajin2 la singgah sini nanti saya pun blh selalu buat kunjung balas

    Reply

  8. loqNo Gravatar says:

    aku ade buku nota.setiap kali ke makmal atau tempat2 lain di sekolah,kebiasaanya buku nota tu akan ade dengan aku setiap masa.sebab,buku tulah tempat aku hasilkan sketch2,dan idea2 untuk entri di blog

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    buku nota ngan buku 555 lain.. buku 555 ni old skool..
    dah lama wujud masa zaman berzaman.. cuma skg mula dikuasai oleh buku nota yang kiut2

    Reply

  9. beliamudaNo Gravatar says:

    dah lama tinggalkan buku tigalima. paling last pun guna masa tingkata tiga. sekarang ni dah biasa masuk dalam hp je. tapi, sebagai alternatif, bagus juga buku ni.

    Reply

Leave a Reply