Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya dah 3 hari tak berblog. Masalah komputer nampaknya tiba-tiba datang kembali.. Adakah saya perlu mengantikannya?? Tapi Kumpulan Wang Disatukan untuk pembelian PC/laptop tidak pernah diwujudkan.. Nampaknya terpaksalah membuka satu lagi kod untuk pembelian PC/laptop. Waduh gawat la poket ku ini…
Okay pergi ke topik utama .. Semalam saya menghantar adik saya, BDFabregas ke rumah sewanya di Bukit Beruntung. Ini kerana beliau akan menjalani latihan praktikal di Rawang di sebuah kilang. Perjalanan dengan menaiki Pajero memakan masa 2 jam lebih memang meletihkan. Terutamanya saya duduk dibelakang dengan motosikal Yamaha Sportsnya.. Sampai sahaja di kawasan Bukit Beruntung tersebut saya agak terkejut dengan suasananya.
Antara perkara yang mengejutkan saya ialah :-
1. Jalan rayanya yang teramat sempit. Bayangkan hanya cukup-cukup je untuk 2 kenderaan. Memang sukar sekali untuk memotong… Tak tau kenapa camni sedangkan kawasan ni agak sesak…
2. Jalan ke kawasan Taman Perumahan amatlah teruk. Banyak kawasan berlopak yang menyukarkan pemanduan. Nasib baik bawak Pajero, tapi camne adik saya nak gi keje tiap-tiap hari ek?? Mau jahanam Sport Rim..
3. Banyak perumahan dan rumah kedai yang tidak didiami.. Tak tau le samada ianya tidak dibeli ataupun pemaju tak siapkan.. Tapi memang memburukkan pemandangan..
Sebenarnya saya agak terkejut kerana Selangor telah diisytiharkan Negeri Maju dalam 2 tahun lepas (betulkan kalau salah).. Dan kawasan perindustrian yang berhampiran dengan Rawang sepatutnya mendapat tempias dari kemajuan di sana.. Jadi sebab itulah saya mengatakan bahawa Bukit Beruntung ni tak de untung. Cuma untung bila Afdlin Shauki dan Din Beramboi nyanyi lagu ‘Ah Long Bukit Beruntung’.. Layan je la…

















dulu ura2 , KLIA tu nk buat area utara selangor…tu yg projek bersepah tu….belum tengok Lembah Beringin lagi…sayang sgt tengok rumah bersepah ditinggal mcm tu saja.
Reply
zool
Reply:
June 14th, 2009 at 8:00 pm
Tu le pasal.. tgk rumah tak de penghuni…
rasa cam tak yakin je penghuni sana nak duduk
Reply
aku belum sampai lagi ke sana walaupun selalu lalu plus tuh
Reply
hohoho bdfabregas tu adik ko ke..
Reply
zool
Reply:
June 14th, 2009 at 8:01 pm
ye lah.. rasa dah byk tulis kat sini
Reply
penghuni dekat mesti beruntung.
Reply
angah
Reply:
July 10th, 2009 at 3:36 pm
kalau untung mst rmi yg akn pndh kat sne..nie x der pown..rmh byk yg terbiar tak berpenghuni.. jgn smpai…….dot dot dot…….
Reply