Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Buah Naga memang menjadi satu fenomena sedikit masa dahulu. Almaklumlah buah ni bukan berasal dari Malaysia. Memang banyak yang menanamnya termasuk di rumah saya.. Masa pergi kursus di Kluang tahun lepas banyak sekali tanaman buah naga samada di depan rumah ataupun secara komersial..

Credit Pic and Bandwith :- Phantomixblog
Seperti biasa kita cari sedikit info mengenainya..
Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.
Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah).
Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.
Sumber :- wikipedia
Nampaknya sepohon (betul ke penjodoh bilangan ni) pokok naga yang ditanam baru nak membuah hasil. Rasanya dah dekat setahun tanam. Mungkin sebab tanah yang melambatkan walaupun baja cacing sering ditaburkan sebulan sekali.. Berikut merupakan beberapa gambar diambil..

Buah yang baru beberapa hari timbul.. Insyaallah dalam 2-3 minggu akan dapa hasilnya
Blog/ Website Berkaitan :-
Nagamadu.com
Manual Ringkas Penanaman Madu dari Azlina.net
Fazlisyam – Segalanya Tentang Tumbuhan
RSS Feed
Twitter



July 28th, 2009
zool 
Posted in
Tags: 


aku pun ada pokok buah naga kat jasin. tapi baru last year tanam la. hehe
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:56
tengok le.. untung2 dah timbul buah. aku pun dah setahun lebih baru timbul..
sebelum ni ada kat depan rumah tapi kena buang sebab buat garaje.. eh bila ko nak lepak ngan aku kat kedai makan belia 4 B/ Din Corner ??
Bukan jauh sgt..
Reply
Wah menjadik buah
jual ka?
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:57
satu bijik je tokei.. mau jual camne..
Reply
Naga yang jahat ini telah di sumpah menjadi buah oleh sang Kelembai hehehe
ps:fakta diatas bohong semata-mata.
Reply
zool
Reply:
July 28th, 2009 at 15:58
wooo.. baru tau.. Ini boleh catit dalam buku hikayat-hikayat sang merapu ni…
boleh jual citer ni…
ala J.K Rowling boleh buat.. takkan kita tak leh kan
Reply
menjadi tanah buah naga.anyak khasiat.ingat untuk perhiasan sahaja.
Reply
bagus khasiat buah naga ni..
sy ada satu peluang bg menjana pendapatan dgn jus buah naga dan B-kopi..
boleh layari http://www.bestawaran.com/mozac926
Reply
Ok arr tu zool.
dah dapat merasa buah sulung tanam sendiri. tentu puaskan.
mcmana rasa n warna .. menarik n tertarik x.
kalau x cukup , kat sini ada http://www.nagamadu.com he2.
ok .. selamat n salam.
Reply
zool
Reply:
September 9th, 2009 at 11:51
ok… menarik… sori lambat balas..
Reply
buah naga ni memeang sedap dimakan sebagai pencuci mulut..
anda semua dah pernah minum air buah naga? sy setiap hari minum air buah naga..air buah naga campur madu asli..memang sedap rasenye..anda semua cubalah! untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di sini.. http://www.bestawaran.com/duitunai
Reply
zool
Reply:
September 9th, 2009 at 11:52
air buah naga penah minum tapi campur madu asli blm try lagi..
bagilah satu sampel.. boleh saya promo kan..
Reply