Buah Kundang, kenal ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ni mak saya membawa balik buah kundang dari rumah makcik saya. Memang dah lama tak layan dengan buah yang masam-masam ni. Almaklumlah buah ni jarang sekali untuk dijejaki di kedai buah mahupun pasar malam.


Gambar Pokok Kundang .. Pinjam dari Erisar

Sedikit Info

Kundang juga dikenali sebagai Kemior merupakan sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.

Nama saintifik : Bouea oppositifolia (Roxb) Meisner
/blockquote>
Sumber :- Wikipedia

Wah tak tau plak yang buah kundang ni boleh makan dengan kulit sekali.. Biasa memang asingkan dengan kulit..
Memang layan makan buah ini dengan garam atau kicap dicampur gula. Pergh lebih-lebih lagi time ujan-ujan .. Sambil minum teh misai kucing.. Lena layan kemasamannya..

Anda kenal ke dengan buah kundang?? Ada info lain nak tambah??

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4068
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Buah Kundang, kenal ke?”

  1. loqNo Gravatar says:

    waaa kat jasin mane nak carik ni??
    eh eh,musim buah dah start ke?

    Reply

  2. blinkkyNo Gravatar says:

    Pernah tengok buah ni. Tapi tak tahu nama =)

    Reply

  3. syiaNo Gravatar says:

    erk..cm nah tgk tp x pernah mamam..

    Reply

  4. mariaNo Gravatar says:

    First time tgk buah ni…nampak macam sedap…nak
    cuba carilah kat kedai buah.. kot2 ada jual…

    Reply

  5. iduraNo Gravatar says:

    Sy kenal buah ni… n sangat sedap…. nyumiiiii…
    Encik zool sila pos buah ni ke rumah sy jugak wokey???

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Er lambat la.. Dah abis.. Masuk dlm perut

    Reply

  6. safarNo Gravatar says:

    Zool buah Kundang kalau tanam belakang longkang dekat rumah boleh tumbuh tinggi ke……teringin nak rasaa …………….

    Reply

  7. KNizamNo Gravatar says:

    perghhhh best neh makan raw kan. hehe :)

    Reply

  8. rizalNo Gravatar says:

    Sila berkunjung ke Temerloh kerana setiap hari Ahad akan ada pekan sehari disini. Buah kundang byk dijual oleh peniaga dari kampung. X pun g Kg sy je. Jgnkan buah, nak mkn kulit pokok dia pun blh…..

    Reply

  9. zakariaNo Gravatar says:

    Eden nak colah sikit yo..tak semua kundang tu masam
    yang bosar tu manis macam emas hitam tau …RM 30/kilo
    Den boli kat Kota Bharu …

    Reply

Leave a Reply