Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mungkin ramai yang bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Begitu juga saya dan adik beradik saya. Cuti kali ini cuba diisikan sedikit untuk bersama. Almaklumlah sementara mereka masih belum mendirikan rumahtangga elok kiranya menjalankan aktiviti jalan-jalan. Ye lah kalau masing-masing dah berumahtangga pasti sukar untuk melakukan aktiviti bersama lagi. Untuk entri hari ini si ZOol mengisikan dengan aktiviti seharian kami bagi memenuhi hari cuti. Mungkin tidak menarik seperti anda semua tapi tak kisahlah kan kalau berkongsi ye..
Lokasi pertama yang disinggahi ialah ‘Mahkota Parade’, Melaka. Kepada rakyat Melaka mungkin tau tentang kompleks membeli belah yang semakin dilupai dengan kewujudan kompleks lain. Seperti yang dirancang tempat pertama yang disinggahi ialah pusat Bowling yang dinamakan ‘ Ampang Superbowl Sdn Bhd’. Tak pasti kenapa dinamakan Ampang Superbowl, mungkin pemiliknya dari Ampang kot. Bermula agak lambat kerana adik saya tidak membawa stokin dan sistem bowling tersebut berada dalam keadaan ‘idle’. Terpaksa membeli dari pusat bowling baru perjalanan sistem digerakkan. Kepada sesiapa yang datang sini, sila pastikan membawa stokin . Diorang boleh kesan samada anda pakai stokin atau tak woo… Corak permainan memang agak mengecewakan dan tangan masih ‘pengkau’ dalam permainan ini. Tak tau apa silapnya.. Samada memang tak berbakat atau silap gelanggang tersebut…
Selepas penat dengan persembahan bowling, kami singgah ke Pusat Karaoke di tingkat atas. Tak ingat apa nama pusatnya tapi memang selalu singgah sini sebelum ni. Melayan karaoke selama 2 jam. Saya dapati adik-adik boleh juga menyanyi.
Selepas bersukaria dengan nyanyian, kami singgah ke AEON Jaya Jusco.. Saja je singgah sebab memang tak pernah pun menjejakkan kaki disana. Korang nak tau apa yang kami beli?? Gula, milo dan susu je.. Huhuhuhuhuhuhu..
Selepas singgah menunaikan Zohor di Masjid MITC, kami mengakhiri perjalanan dengan makan-makan.. Tempat yang dirancang ialah di restoran ikan bakar Malim. Saya dan BDFabregas melayan ikan pari manakala adik perempuan saya melayan ikan hapantah.. Memang layan dan sedikit penat untuk aktiviti hari ini..
SIla layankan gambar-gambar yang sempat diambil..

Pemain boling kampung sedang membaling bola laksana membaling buah kelapa.. Tak berskill langsung

Keputusan penuh. Si ZOol menggunakan nama zz . Teruk sungguh persembahan . 100 markah pun tak sampai.. Malu woo..

Penyanyi yang telah bersara dari profession tersebut kerana takde orang nak dengor dia menyanyi.. He hehe..

Pasaraya Jusco AEON yang telah dibuka.. Besar sungguh pasaraya ni.. Ala-ala Midvalley kat KL tu..
Koleksi makanan yang telah selamat dihabiskan dari restoran Ikan Bakar Malim, Ayer Keroh.. Dengan campuran kuah asam yang masyuk.. Memang ‘pasti tinggal tulang’ ..
Cukuplah setakat ni.. Kalau ada jalan-jalan akan diceritakan lagi.. Pon pon..
RSS Feed
Twitter



February 13th, 2010
zool 

Posted in
Tags: 


rasanya salah floor bowling tersebut tuh. sebab tuh permainanan anda cam hancus sket. :p
Reply
zool
Reply:
February 13th, 2010 at 21:15
hohohoho.. mungkin kot..
Reply
bowling tu saya tengok bergaya juga si zool ni.gambar
terakhir tu.kenapa tunjuk tulang je.hehehe……….
Reply
zool
Reply:
February 14th, 2010 at 07:18
gaya mesti ada.. main hancus..
tunjuk tulang sebab saja je.. he hehe
Reply
selalu je gi pusat boling tak bawa stokin. pandai2 sorok. haha.
Reply
zool
Reply:
February 14th, 2010 at 07:19
memang sorok pun tapi camne ntah diorang perasan..
Reply
saya pun pegi Aeon jusco tuh..sampai at 6pm..banyak kedai tutup mahu makan besar..
Reply
zool
Reply:
February 14th, 2010 at 07:20
oo ye ke. saya dtg pukul 1.00 lebih. masa dtg semalam ramai sgt org..
Reply
aduh bestnya.. cuti raya cina ni duk bertapak di utp je.. bangun makan, tengok movie, baca blog tengok movie makan,tdo..tu jee… adeehh..
Reply
zool
Reply:
February 14th, 2010 at 07:21
ala kesiannya.. tak balik kampung ke??
Reply
*erk cuti2 ni bengang seket sbb line ternet zzzzzzzzz HARHARHAR
Reply
zool
Reply:
February 14th, 2010 at 18:11
oo patutlah tak berapa nampak kat fb n gb ek….
Reply
kalau ada masa nanti.jangan lupa.ajak saya sekali.
tulang tu saya tetap tak mahu.ikan ada isi saya mahu.hehehe…..
Reply
Baru je semalam g Melake. Naik river cruise, jalan2 kat Jonker street, g makan ikan bakar kat Umbai. Melaka memang best.
Reply
zool
Reply:
February 16th, 2010 at 11:16
wah selamat dtg ke Melaka.. Lain kali singgah lagi
Reply