Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Bowling, kamera digital dan menuai baja cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya hari ini buat julung kalinya saya keluar ke bandar Melaka pada hari minggu.. Almaklumlah line telefon mengalami masalah teknikal dan melibatkan screamyx streamyx.. Jadi untuk menghilangkan kebosanan pergilah menghiburkan hati bermain bowling ( walaupun tangan bangku)..
Lebih kurang pukul 11.00 pagi saya dan BD dengan memparking motosikal Yamaha Sport di Pasaraya Senyum, Melaka Raya..
Dengan semangat waja kami terus ke Xtreme Bowling.. Tiada pengunjung tetapi kami masih tidak dapat bermain, pekerja memaklumkan bahawa masih belum buka.. Aik?? Pukul 11.00 pun tak buka lagi?? Dengan rasa bengangnya kami mengangkat kaki lalu pergi ke Mahkota Parade untuk ke pusat bowling di sana… Ops nampaknya di situ juga kami tidak dapat terus bermain, perlu menunggu lagi 1 1/2 jam memandangkan terdapat ‘pertandingan’ di situ.. Takpelah, alang-alang dah sampai berjalan-jalan dulu.. Nak baca kisah selanjutnya?? Klik bawah..

Tengah jalan-jalan di ruang legar di Mahkota saya tertarik dengan beberapa pameran mengenai kamera digital .. Almaklumlah kamera digital saya, telah mengalami saat kerosakan.. Dalam berjalan-jalan tu saya tertarik dengan 2 model, iaitu dan . Mesti ada antara anda yang tersenyum. Ye lah kamera yang dinyatakan ini merupakan kamera yang rendah standardnya.. Ala, si Zool ni bukan minat sangat kamera digital ni cuma nak menggunakan untuk perkara tertentu sahaja terutamanya untuk mengambil gambar awek projek-projek untuk kegunaan blog ni…
Harganya pun murah, sekadar RM400.00 je.. Tapi setelah berfikir nampaknya saya masih tak sedia nak beli walaupun dalam offer.. Takut bajet bulan ni tak cukup.. So terpaksa membatalkan pembelian kamera buat masa ni..

Sambung kembali cerita permainan bowling… Nampaknya masa menunjukkan pukul 1.00 , setelah bermastautin selama 1 jam di kedai buku Thai Kuang kami pun terus ke matlamat asal, bermain bowling.. Nampaknya ramai pengunjung yang bermain bowling pada hari ini.. Hm.. tercetus plak idea untuk membina gelanggang bowling di kawasan tempat saya satu hari nanti.. Menarik gak tu kan… Selepas menghabiskan 3 game dengan permainan yang bertaraf amatur kami terus makan di KFC.. Biasalah makanan yang segera menjadi pilihan di tempat ni.. Dan nampaknya berakhinya perjalanan saya di Mahkota Parade.. Ops sebelum tu saya ternampak satu lagi peluang perniagaan mudah, parking motosikal dan tempat meletak topi kaledar.. Pergh penuh parking di kawasan tersebut.. Saya rasa tokei parking ni pasti tersenyum mengira duit melihatkan betapa ramainya pengunjung pada hari ni.. Tapi rasanya perniagaan ini tidak berapa sesuai untuk saya.. So tidak teruja untuk membuat cadangan di hari mendatang.. Huhuhuhu

Balik dah tentulah kena mandi.. Lepas mandi apalagi tidorlah.. Ops ada satu lagi topik yang tertinggal.. Tentang menuai cacing, nampaknya hari ni merupakan waktu untuk menukar media cacing.. Ini bermakna saya perlu mengasingkan cacing dan juga media ( separuh telah menjadi tinja cacing untuk baja vermikompos)..Nampaknya satu perkara yang menarik ialah cacing saya telah bertambah.. Sebelum ini cacing yang dimasukkan di bekas A adalah sekitar 0.52 kg namun kini ianya telah bertambah menjadi sekitar 0.7kg.. Pertambahan 0.2 kg dalam tempoh sebulan merupakan sesuatu yang agak membanggakan.. Malahan dalam proses pengasingan tersebut didapati terdapat lebih kurang 20 telur cacing yang belum menetas..Insyaallah ianya akan membiak dan seterusnya membantu saya untuk menambahkan lagi storan cacing di rumah bagi proses produk baja..

Rasanya cukup setakat ini celoteh saya pada hari ini.. Diharap line telefon akan kembali stabil yang akan membantu saya menghasilkan artikel-artikel yang mantap.. Terima kasih kerana sudi membaca..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 35
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

12 comments to Bowling, kamera digital dan menuai baja cacing

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>