Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni agak pening sikit, mungkin sebab makan banyak daging rendang. Dah tu tadi berpanas sekejap menemankan adik dan mak saya di sisir tepi tol AYer Keroh . Kereta Kancil rosak di tengah lebuhraya PLUS di kawasan Simpang Empat ke Ayer Keroh.. Nasib baik pihak PLUS membantunya menarik kereta tersebut ke tol Ayer Keroh.. Jadi tidaklah beliau di ‘towing’ oleh individu cekik darah.. Dan kereta usang itu dibawa ke bengkel.. Syukurlah mereka takde apa-apa.. Almaklumlah rosak di kawasan lebuhraya, macam-macam boleh berlaku…
Okay, cukup dengan mukadimah tu.. Hari ni saya bertemu dengan rakan blogger, Uzair . Bagi rakan blogger mungkin ada yang mengenali beliau yang juga seorang affiliater yang agak mantop.. Kalau nak dibandingkan kehebatan beliau dalam bidang affiliate dengan saya, amatlah jauh.. Macam kereta ROll Royce ngan kereta sorong.. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu..
Sebenarnya ini merupakan kali pertama kami berbincang secara terbuka.. Sebelum ni lebih di internet.. Walaupun berada di lokasi yang sama, namun tak pernah dapat berbincang terutamanya mengenai isu-isu online…
Sebenarnya ada beberapa perkara yang menarik yang dibincangkan oleh saya.. Ada yang ‘rahsia’ dan ada yang biasa-biasa saja.. Saya hanya akan menulis mengenai perbincangan yang diklasifikasikan sebagai ‘terbuka’ sahaja.. Yang ‘terhad’, ‘sulit’, ‘rahsia’ dan ‘rahsia besar’ tidak boleh ditaipkan disini… Antara perkara dibincangkan :-
1. Tujuan utama saya berjumpa beliau untuk melihat dan mendapat pandangan untuk penghasilan website jabatan. Mungkin ada yang telah mengetahui bahawa saya berjawatan ‘Penolong Pegawai Teknologi Maklumat’.. Walaubagaimanapun saya agak malas tentang-tentang nak buat website ni. Macromedia Dreamweaver, PHP, ASP memenatkan saya nak meng’explore’ coding-codingnya.. Disebabkan beliau pernah membuat website jabatannya, saya mendapatkan sedikit pandangan. Beliau mencadangkan saya menggunakan CMS (content management system).. Saya akui mengetahui sedikit sebanyak tentang CMS terutamanya wordpress (blog ini menggunakan wordpresslah). Beliau telah menggunakan CMS Joomla sebagai platform untuk menghasilkan portal UPEN Melaka (belum dipublish atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan).. Mengikut nasihat beliau, nampaknya saya akan meng’explore’ CMS Joomla.. Dan tatkala menaip ni saya baru je abis mendownload..
2. PHD di kalangan orang sekeliling.. Hm yang ni biasa berlaku kat mana-mana organisasi pun.. Yang menarik tu sampai tabur pasir kat periuk nasi kawan-kawan.. Paham tak?? Buat-buat paham la kan…
3. Dapatkan pengesahan dari Ketua Jabatan untuk buat ‘freelance’ dan sewaktu dengannya.. Hm.. buat masa ni saya tak fikir perlu lagi.. Almaklumlah pendapatan online masih sedikit dan tidak konsisten.. Tapi minta juga contoh surat tu.. Huhuhuhuhuhu..
4. Buat produk.. Hm saya rasa ramai yang tau prepaid, baja merupakan produk utama .. Cacing ?? Masih dalam tempoh percubaan.. Nampak gayanya tahun ini masih belum boleh menjualnya..
5. Cerita dengan blogstarz dan monsun biz..Ops yang ni agak sensitif.. Tak boleh cerita panjang..
Sedar tak sedar lebih 1 jam saya berborak dan telefon dari adik saya sebab kereta rosak menutup perbincangan.. Seronok juga bila berborak dengan rakan blogger ni..
Baru-baru ni pun blogger, Sebol telah datang ke Seri Negeri .. Agak malang ketika beliau menelefon, saya ada hal penting dan tak angkat.. Jadi tak dapat berbincang..
Insyaallah pada hari Ahad ni 3.5.09 photoblogger, Acai akan datang ke Melaka .. Mungkin ada perkara best nak bincangkan terutamanya perihal cacing.. He he he.. Nak cerita pasal blog foto malu…. Dia pakai DSLR kita pakai Digital Camera RM399 je…
p/s :- Kalau ada sesiapa blogger yang nak datang Melaka harap-harap bolehlah kita bincang.. Mana tau ada cerita-cerita menarik boleh kongsi..
Nak juga borak ngak KNizam, Afzai, Azwan, Rohaizad, Titan, Saffa, Kak Jie, Menteil, Kak Tom dan ramai lagi.. Penat dah nak menaip…
RSS Feed
Twitter



April 28th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


hehe..aku pon tak pernah jumpa uzair..stakat borak kat YM ada la..ekekkeke..pasal blogstarz jugak…
Reply
lama tak ke Melaka…. dulu kerapa masa suami ada projek di sana. Insya allah..kalau berkesempatan
Reply
teringin juga nak ke melaka..
nanti kalau betul2 ada masa dan kukuh akan ku kesana…
akan ku roger ko bro.. hehe…
nak gak tau bisnes cacing…
huhu..
Reply
Mak ak org Melaka, Bapak ak org Klang Selangor. Saje2 nak tls. HeHeHe
Reply
byk jugak yang dibincangkan erkk…..tu baru yang bersifat terbuka belum lagi yang bersifat tertutup. hahahahaha.
Reply
hehe.
apa kata hang datang banting atau jerantut. leh borak gak? kan?kan? ngeh-ngeh..
Reply
bila ntah nak turun Melaka. Hari tak jadi, sebab ke Port Diskson. Kita borak kat google chat ajelah
kau pulak, bila nak ke KL?
Reply
Hahaha.. banyak kali Saffa g melaka tapi tak terancang.. nanti kalau Saffa g lagi.. Saffa bagi tau..
Reply