Bonus Tabung Haji 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan bonus tahun 2013 sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Pengumuman bonus itu dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dimana kadar pembayaran bonus tahunan TH meningkat 14.3 peratus kepada RM2.4 billion berbanding RM2.1 billion pada tahun sebelumnya.
Menurut beliau, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposit dengan 7.7 juta daripadanya iaitu pendeposit yang belum menunaikan haji akan menikmati bonus Haji.

tabung-haji

– Sumber :- Bharian
Alhamdulillah, sebagai salah seorang pendeposit pastinya saya juga merasa gembira dengan pengumuman tersebut. Walaupun duit dalam tabung haji tidak banyak manapun tapi dapatlah sedikit sebanyak tempias bonus tu. Semoga Tabung Haji semakin maju jaya dan sebolehnya selain memberi bonus, dapat juga membantu pendeposit terutama warga emas yang sudah cukup duitnya untuk menunaikan haji. Termasuk juga ibu dan bapa saya yang telahpun cukup simpanan tapi masih belum mampu menunaikan haji kerana had kuota yang terpaksa ditunggu.. Wallahualam.

| DAFTAR TABUNG HAJI |

Kepada yang belum memiliki akaun tabung haji, cepat-cepatlah membuka akaun tabung haji. Yang ada akaun tabung haji tu cepat-cepatlah mendaftar haji. Lama juga nak kena tunggu nanti tu..

5 thoughts on “Bonus Tabung Haji 2013

  1. Boleh tahan juga, tidak setinggi public mutual, tapi masih agak memberasangkan kutipan dia. Harap dapat menambah lagi simpanan dalam tabung haji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.